• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Sunday, 8 September 2024

Sesi Penutup Program Literasi Maklumat Komuniti Sekolah Parlimen Bagan Datuk

8 September 2024/ 4 Rabiulawal 1446 (Ahad) 

Proram Literasi Maklumat Komuniti Sekolah Parlimen Bagan Datuk telah diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak melibatkan 110 orang pelajar dari 11 buah sekolah. 

Memasuki hari terakhir, telah diadakan satu sesi penutupan program yang sarat dengan pesanan tentang ciri-ciri insan yang berjaya samada dalam laluan akademik mahupun sebagai angggota dalam masyarakat. Golongan muda harus menghargai pengorbanan generasi terdahulu yang telah bersusah payah membina asas pembangunan yang menyeluruh sehingga negara mencapai kemerdekaan dan keamananan kini. 

Sesi ini telah dihadiri oleh Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Exco Kelab Silaturahim Bagan Datuk Encik Muhamad Nabil Saleh dan pensyarah UiTM Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus. 

Di laman facebook Muhammad Nabil Salleh telah dikongsikan maklumbalas pelajar bernama Kumar yang telah mengikuti proram ini. 





Share:

Literasi Maklumat Komuniti Sekolah Parlimen Bagan Datuk

6 hingga 8 September 2024/ 2-4 Rabiulawal 1446H (Jumaat hingga Ahad)  

Seramai 110 orang pelajar daripada 11 buah sekolah di Parlimen Bagan Datuk telah terpilih untuk mengikuti program Literasi Maklumat Komuniti Sekolah Parlimen Bagan Datuk di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. 

Program yang memberi pendedahan mengenai teknik pencarian maklumat, teknik bacaan pantas, nilai kenegaraan, latihan kepimpinan dan kerohanian telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 6 September 2024. 

Senarai sekolah yang terlibat adalah: SMA Irshadiah, SMS Telok Intan, SMS Bagan Datoh, SMK Ulu Bernam, SMK Tun Abd Razak, SMK Seri Perkasa, SMK Khir Johari, SMK Seri Muara, SMK Hutan Melintang, SMK Rungkup dan SMA Al-Ulum Al-Syar'iyyah. 

Kumpulan tenaga pengajar yang terdiri daripada pustakawan dan mahasiswa terpilih telah memberi bimbingan secara teori dan praktikal di lokasi-lokasi terpilih di dalam kampus. Secara tidak langsung, kumpulan pelajar tingkatan empat ini merasai suasana sebenar pembelajaran di dalam kampus.

Program Literasi Maklumat Komuniti Sekolah merupakan program anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Institut Kepimpinan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar 2024/2024, Kelab Silaturahim Bagan Datuk dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Bagan Datuk.   


































Share:

Tuesday, 3 September 2024

Bicarawara Strategi 2/2024: Jiwa merdeka dalam transformasi UiTM; Integrasi citra bangsa gemilang untuk membina universiti bertaraf global

Tarikh: 3 September 2024/ 29 Safar 1446 (Selasa)  

Masa: 3:30 petang-4:30 petang

Tempat: Radio UFM

Ringkasan:

Bicarawara Strategi siri kedua menampilkan panel Naib Caselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib bagi mengupas mengenai aspek merdeka dan citra transformasi UiTM. Mengulas lanjut, Profesor Datuk Dr. Shahrin mengupas mengenai peranan setiap warga UiTM dalam melakukan pembaharuan demi mencapai aspirasi unversiti bertaraf global. Meraih seramai 400 tontonan sewaktu bersiaran, Bicarawara Strategi siri kedua boleh ditonton kembali di saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UiTM. 


Share:

Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus dan Komunikasi Strategik Perpustakaan UiTM bil. 1/2024

Tarikh: 3 September 2024/ 29 Safar 1446 (Selasa)  

Masa: 9:30 pagi-12:00 tengah hari

Tempat: Webex Meeting 

Ahli: 26 orang ahli mesyuarat. 

Ringkasan: 

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus dan Komunikasi Strategik Perpustakaan UiTM yang diadakan julung kalinya bil. 1/2024 yang bermatlamat melapor, menyelaras, memantau dan menambah baik hal ehwal tadbir urus data dan ketampakan imej, korporat serta kolaborasi Perpustakaan UiTM.
  2. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Nor Azwani Mohamad dan dihadiri oleh semua ahli mesyuarat terdiri daripada staf profesional dan staf sokongan termasuk dari 13 cawangan Perpustakaan UiTM. 
  3. Antara fokus mesyuarat ialah latarbelakang dan fungsi ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus dan Komunikasi Strategik,  penekanan carta terkini mengikut struktur perpustakaan yang baharu, tatacara pengurusan surat menyurat masuk dan keluar, undangan staf perpustakaan ke program-program luar dan 


Share:

Friday, 30 August 2024

Malaysia #QuranHour di PTAR kali ke-6 tahun 2024

Tarikh: 30 Ogos 2024/ 25 Safar 1446 (Jumaat)  

Masa: 10:00 - 11:00 pagi

Tempat: Library Community Engagement, PTAR 

Penceramah: Ustaz Haji Md Idris bin Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam)

Medium: Hibrid (fizikal dan dalam talian)

Penganjur: Unit Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan 

Ringkasan: 

  1. Bertemakan "Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara", kali ini Malaysia #QuranHour memilih Surah Al-Jumu'ah untuk dihayati hikmah disebalik surah ke-62 dalam Al-Quran. 
  2. Bacaan dan huraian surah yang mengandungi 11 ayat telah dipimpin oleh Ustaz Haji Md Idris dalam program yang turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan. 
  3. Pertama kali bersiaran secara langsung di saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UiTM, program ini telah ditonton hampir 200 orang sewaktu bersiaran. 










Share:

Thursday, 29 August 2024

Perbincangan bersama Kelab Silaturahim Bagan Datuk

Perbincangan bersama Kelab Silaturahim Bagan Datuk telah diadakan pada 28 Ogos 2024 jam 8:30 malam hingga 10:30 malam di Bilik Mesyuarat Utama PTAR UiTM Shah Alam. Perbincangan ini diadakan sempena program Literasi Maklumat Pelajar SPM/STPM Parlimen Bagan Datuk yang akan diadakan pada 6 September 2024 di PTAR dan dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. 

Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus, Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), UiTM Shah Alam. 





Share:

Labels

Total Pageviews