• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Tuesday, 19 September 2023

Program Kecerdasan Warga UiTM: PTAR@Unifit Aerobic 2U

SHAH ALAM, 19 September 2023 - Hujan yang turun lewat petang Selasa tidak mematahkan semangat warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam menyertai Program Kecerdasan Warga UiTM: PTAR@Unifit Aerobic 2U di Dewan Kompleks Sukan. 

Program anjuran Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam bertujuan membudayakan gaya hidup cergas dan sihat di kalangan warga UiTM serta menyokong matlamat SDG3= Good Health and Wellbeing. 

Dianggarkan seramai 50 orang staf PTAR telah menyertai program yang telah berlangsung selama satu jam bermula jam 5:00 petang. 

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan turut bersama-sama staf PTAR melakukan senaman aerobik. 

Kredit foto: Rozita Sharudin, PTAR. 











Share:

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod PTAR

SHAH ALAM, 18 September 2023 - Seramai 37 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) terdiri daripada Pengurus Rekod Universiti telah hadir di dalam kursus yang diadakan selama dua hari bermula 18 September 2023. 

Hadir bersama ialah Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan. 

Berikut ialah pecahan Pengurus Rekod Universiti mengikut fungsi: 

  1. 5 Pegawai Pengelas (Ketua Jabatan)
  2. 10 Pendaftar Rahsia (Pelaksana)
  3. 3 Pendaftar Rahsia & Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) (Pelaksana)
  4. 7 Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) (P&P) 
  5. 12 Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) (Pelaksana)

Objektif penganjuran kursus ialah mempertingkat kesedaran kepentingan dan kemahiran pengurusan rekod dalam kalangan Pengurus Rekod Universiti. 

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik PTAR selaku penganjur kursus telah mengundang penceramah berpengalaman dalam pengurusan Rekod UiTM antaranya Pegawai Arkib Kanan Puan Azniza Mohamad Nor, Pustakawan Kanan Encik Abdul Razak Abdul Rahman dan Pustakawan Puan Wan Nur Khalidah Wahed. 

Turut berkongsi ilmu mengenai pengurusan rekod penting universiti dan pengurusan rekod digital ialah Timbalan Ketua Pustakawan Puan Noor Hayati Abu Kassim, Pustakawan Encik Muhammad Azrul Nizam dan Pustakawan Kanan Encik Mohd Izwan Salim. 

















Share:

Monday, 18 September 2023

Perasmian Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-undang UiTM



 


SHAH ALAM, 18 September 2023 - Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam menganjurkan majlis perasmian Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-Undang, yang telah dijenamakan semula daripada nama Pusat Perundingan dan Nasihat Perundangan (Legal Consultation Centre) (LCC). 

Majlis perasmian ini dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor memperkenalkan Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-Undang selaku satu pusat khidmat nasihat undang-undang kepada semua warga UiTM dan orang awam yang dikendalikan oleh para pensyarah berpengalaman dan para pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang.

Ts Hj Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan yang menjalankan Tugas Ketua Pustakawan dijemput hadir menghadiri majlis perasmian ini bertempat di Bangunan Cempaka 2 Fakulti Undang-undang UiTM. Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-Undang sebagai pusat nasihat perundangan dan perundingan undang-undang yang terkemuka di UiTM selaras dengan visi UiTM untuk mempertingkat pengetahuan, kepakaran dan penglibatan pensyarah dalam khidmat masyarakat dalam mencapai kecemerlangan yang holistik.



Share:

Pameran Dekad Perkembangan Kesatuan Sekerja di UiTM

SHAH ALAM, 18 September 2023 - Tuan Haji Azizi bin Haji Jantan telah diundang bagi merasmikan Pameran Dekad Perkembangan Kesatuan Sekerja di UiTM anjuran bersama Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUiTM dan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA). 

Pameran ini diadakan di Ruang Bicara, PTAR 1 UiTM Shah Alam selama 26 hari bermula 18 September hingga 13 Oktober 2023. 












Share:

Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Ketua Perangkawan Malaysia


PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2023 - Kunjungan Hormat ke atas Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang julung kalinya diadakan bertujuan menjalin hubungan kerjasama antara Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Selama sejam, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Haji Azizi bin Haji Jantan telah membentangkan profail PTAR dan prospek kerjasama dihadapan sebelas orang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi kedua belah pihak .

Hadir bersama Tuan Haji Azizi ialah: 
  1. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan 
  2. Encik Mohd Izwan Salim - Pustakawan Kanan 
  3. Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi 
Jabatan Perangkaan Malaysia turut diwakili oleh: 
  1. Puan Ezatul Nisha Abdul Rahman - Pengarah, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa. 
  2. Puan Juniadah Ali - Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan 
  3. Encik Herzie Mohamed Nordin - Pengarah, Bahagian Integrasi dan Pengurusan Data 
  4. Puan Veronica S. Jamilat - Ketua Penolong Pengarah, Core Team Analitik Data Raya 
  5. Encik Anuar Abdul Aziz - Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa 
Kunjungan Hormat telah diadakan pada pagi Khamis bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya. 















Share:

Labels

Total Pageviews