• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 20 July 2023

Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB)

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) YBhg. Dato' Dr. Mohamed Ghazali bin Dato' Mohamed Yusoff seperti butiran berikut: 

Tarikh            : 20 Julai 2023 (Khamis) 
Masa              : 10:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat           : Nusantara Technologies Sdn. Bhd., 5, Jalan Anggerik Mokara, 31/45 Kota    
     Kemuning, 40460 Shah Alam  

Wakil PTAR   : 

  1. Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan 
  2. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli 
  3. Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad

Kunjungan hormat ini diadakan untuk menjalin hubungan antara PTAR dan ADAB disamping meneroka peluang kerjasama antara kedua belah pihak. 

Antara fokus perbincangan:

  1. Mewujudkan ruang Koleksi Dato' Mohamed Yusoff .
  2. Mewujudkan koleksi manuskrip Melayu dengan kerjasama Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu
  3. Kerjasama International Conference Malay-Polynesia 2024



Share:

Kertas kerja Talent Pool PTAR di Symposium on Strategy & Transformation Management for Tertiary Education

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menyertai Symposium on Strategy & Transformation Management for Tertiary Education (SSTM-TEd 2023) yang sedang diadakan menerusi platform dalam talian bermula 20 dan 21 Julai 2023. 

Pustakawan Kanan Puan Nurul Aida Noor Azizi telah menjadi wakil tunggal PTAR dengan membentangkan kertas kerja berjudul Unleashing Potential: The Talent Pool Management Practices of UiTM Library dibawah Pillar 4: Excellent Supporting Staff daripada keseluruhan 6 Pillars yang terpilih. 

Simposium antarabangsa ini menghimpunkan 16 orang pembentang kertas kerja dari 5 negara Asia: Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Jepun. 

SSTM-TEd 2023 yang disiarkan menerusi UiTM Channel adalah anjuran Bahagian Transfomrmasi Universiti (BTU) dan Institut Latihan & Pembangunan (ILD), UiTM. 



Share:

Saturday, 15 July 2023

Mesyuarat Bahan Rujukan Bidang Sains Aktuari

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbesar hati kerana terlibat dalam penyediaan bahan bacaan bercetak untuk ditempatkan di Pusat Sumber Sains Aktuari, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM). 

Oleh itu, satu Mesyuarat Bahan Rujukan Bidang Sains Aktuari telah dihadiri oleh wakil PTAR seperti butiran berikut: 

Tarikh: 15 Jun 2023 (Khamis) 
Lokasi: Bilik Kaspersky, Bangunan CS1, KPPIM
Wakil PTAR: 

      1. Puan Aznur Umiza Abu Kasim 
      2. Puan Azura Md Hashim
Menerusi pinjaman pukal, lebih 100 naskhah bahan PTAR dijangka akan ditempatkan di Pusat Sumber Sains Aktuari yang akan dibuka pada penghujung bulan Ogos. Pusat Sumber ini dijangka akan menarik kehadiran sehingga 700 orang pengguna. 

Share:

Friday, 14 July 2023

Lawatan Delegasi Universiti Oradea, Romania ke PTAR

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi Universiti Oradea, Romania seperti butiran berikut: 

Tarikh: 14 Julai 2023 (Jumaat) 
Masa: 11:15 pagi hingga 12:15 tengah hari  
Pelawat: 

    1.     Prof. Univ. Dr. Habil Constantin Bungau (Rektor)
    2.     Prof. Dr. Simona Bungau 
    3.     Dr. Amalia Sturza

Staf Pengiring:  Dr. Nor Dalila Nor Affandi (Fakulti Sains Gunaan) 

Kehadiran delegasi ini di UiTM adalah kerana program mobiliti melalui geran Erasmus+Program KA171 Staff Mobility for Training Higher Education di Fakulti Sains Gunaan, UiTM. 

Pustakawan Kanan Puan Zuhaslinda Sulaiman telah mengiringi lawatan delegasi di PTAR. Turut mengiringi, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Puan Hani Liza Norfin dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Pelanggan  Puan Azura Md Hashim. 















Share:

Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Yayasan Restu Selangor

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas Yayasan Restu seperti butiran berikut:

Tarikh    : 14 Julai 2023 (Jumaat) 
Masa      : 10:00 pagi hingga 12:20 tengah hari 

Tujuan kunjungan hormat ini dilakukan adalah bagi menjalin kerjasama erat bersama organisasi luar UiTM dalam aspek bahan manuskrip Al-Quran.  

Selama lebih dua jam, Timbalan Pengurus Yayasan Restu Puan Zarina Mahusin telah sudi berkongsi pengetahuan mengenai koleksi manuskrip Al-Quran yang amat bernilai ni. 











Share:

Thursday, 13 July 2023

"Map Exhibition and Competition" di PTAR

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menjadi pusat tumpuan pelajar yang terlibat dalam program "Map Exhibition and Competition" seperti butiran berikut:   

Tarikh          : 13 Julai 2023 (Khamis)
Masa            : 9:00 pagi - 3:00 petang 
Objektif       : Menggalakkan minat pelajar dalam bidang reka cipta peta 
Pensyarah    :  Sr. Dr. Mohd Shahmy Mohd Said 
    Centre of Studies for Surveying Science and Geomatics, 
    Kolej Pengajian Alam Bina

Lebih 50 orang pelawat telah memenuhi Ruang Bicara PTAR yang bertemakan peta dan pemetaan. 






Share:

Jadikan Perpustakaan "Rumah Kedua" Mahasiswa

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengalu-alukan penglibatan pelajar dan pensyarah untuk menyumbang hasil kerja seni pelajar ke perpustakaan bagi tujuan penyimpanan, penyebaran dan pemuliharaan bahan. 

Dalam ucapan sewaktu Majlis Perasmian Pameran Dokumentasi Art & Heritage Exploration Terengganu: Kairosclerosis yang berlangsung di ruang Galeri Perpustakaan Tun Abdul Razak, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan menyatakan akan kepentingan hasil kerja seni pelajar dikumpul, disebar dan dipelihara di perpustakaan sebagai sumber rujukan buat generasi berikutnya. 

Menurut beliau, UiTM Repositori Institusi atau lebih dikenali sebagai UiTM IR kini mempunyai 65,000 penerbitan warga UiTM akan dijadikan hub penyimpanan imej digital hasil seni pelajar memandangkan jenis bahan ini masih belum disimpan oleh perpustakaan. 

Tambahnya lagi, para pelajar harus menjadikan perpustakaan sebagai "rumah kedua" dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang mencambah daya kreativiti dan pengetahuan. 

Apatah lagi perpustakaan mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan bagi menyokong sistem pembelajaran di universiti.  

Pameran Dokumentasi Art & Heritage Exploration Terengganu: Kairosclerosis telah dirasmikan oleh Ketua Pengajian Seni Halus Profesor Madya Dr. Mumtaz binti Mokhtar di hadapan hampir 100 orang pelajar dan pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam. 

Pameran ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 12hb Julai hingga 14hb Julai 2023 di PTAR. 





























Share:

Labels

Total Pageviews