![]() |
![]() |
Menerusi MOC ini, institusi pendidikan tinggi di kedua-dua negara ini akan bekerjasama erat dalam perkara berkaitan pembangunan repositori, perkhidmatan perpustakaan dan komuniti serta pembangunan bakat di perpustakaan akademik.
Pemeteraian MOC ini telah ditandatangani oleh Ketua Timbalan Pustakawan UiTM YBrs. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Ketua Pustakawan UPI YBrs. Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si.
Turut hadir di majlis yang diadakan di Perpustakaan UPI, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, ialah Ketua Jabatan Perolehan Bahan Perpustakaan UPI YBrs. Hada Hidayat Margana, M.I.Kom., Pustakawan Kanan UiTM Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar dan Pustakawan UiTM Encik Asraf Zamani bin Hazim.
Dengan termeterainya MOC ini, Perpustakaan UiTM komited terhadap halatuju UiTM ke arah Gobally Renowned University 2025 (GRU2025) disamping memartabatkan perpustakaan dan profesion kepustakawanan di peringkat antarabangsa.
YBrs. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (tiga dari kiri) dan YBrs. Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si.
BKRP Digital Filing System ialah satu sistem repositori rekod yang mengandungi dokumen-dokumen utama di dalam format digital. Tujuan utama pembangunan BKRP Digital Filing System ini ialah untuk pengaksesan maklumat yang lebih mudah, pantas dan cekap. Ia juga membantu dalam penjimatan ruang rekod kesan kuantiti rekod fizikal yang semakin bertambah.
Pembangunan BKRP Digital Filing System ini bertepatan dengan jalinan Surat Hasrat (LOI-Letter of Intent) yang ditandatangani pada 28 September 2022 antara PTAR dan Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perkara yang lebih membanggakan, BKRP Digital Filing System dibangunkan oleh kepakaran dalaman tanpa melibatkan sebarang kos.
Perkongsian kepakaran antara sektor kerajaan ini memberi manfaat yang besar terhadap operasi institusi dan pihak berkepentingan. Dengan berbantukan teknologi pendigitalan dan sistem penyimpanan maklumat bersepadu, tahap penyampaian perkhidmatan ditambahbaik dan jangka hayat penyimpanan rekod kekal terpelihara.

Shah Alam, 23 November 2022 - Ketua Pustakawan UiTM telah berkongsi kemahiran Speed Reading atau bacaan pantas bersama-sama dua belas orang staf Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM yang mengikuti Modul Pakej B di PTAR pada pagi ini. Beliau turut dibantu oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Puan Hani Liza Norfin dan Pustakawan Kanan Puan Siti Salwa A. Rahman yang bertindak sebagai tenaga pengajar program Speed Reading.
Kemahiran Speed Reading merupakan teknik bacaan dengan kelajuan yang cepat. Kemahiran ini memerlukan kombinasi keupayaan visual dan keupayaan kognitif individu sewaktu membaca. Sewaktu pembacaan dilakukan, individu akan bertindak balas terhadap dua proses iaitu kepantasan membaca dan memahami isi bacaan. Bacaan pantas berfungsi memantau secara sepintas lalu bahan bacaan yang ada dihadapannya dan dalam masa yang sama memilik kemampuan memahami apa yang berlaku.
Penganjuran program Speed Reading di PTAR ini tercetus sewaktu Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan 365 Hari Naib Canselor UiTM pada 5 September 2022. Menerusi ucapannya, YBhg. Naib Canselor menggalakkan warga UiTM menguasai kemahiraan bacaan pantas. Menurut beliau lagi, individu yang memiliki kemahiran bacaan pantas mempunyai kelebihan berbanding individu lain malah memudahkan urusannya dalam menimba ilmu.
Justeru, PTAR mengambil langkah proaktif menganjurkan program Speed Reading yang telah dibuka penyertaannya kepada seluruh staf UiTM bermula 15 November 2022 yang lalu. Pendaftaran program ini boleh dilakukan menerusi pautan berikut: https://ptar.uitm.edu.my/libguides/subjects/guide.php?subject=speed-reading
Menerusi program Speed Reading PTAR ini, terdapat tiga pilihan modul fleksibel yang mensasarkan kepada tiga golongan peserta iaitu Modul Pakej A bagi kursus sehari, Modul Pakej B bagi program separuh hari dan Modul Pakej C bagi program dua jam.
Bagi individu yang ingin mengikuti program secara intensif disarankan mengambil Modul Pakej A. Kandungan modulnya sarat dengan teknik imbasan dan teknik luncuran yang amat sinonim dengan kemahiran bacaan pantas. Selain itu, modul ini turut menawarkan teknik kawalan pergerakan mata yang betul (Fixation Exercise). Sebagai tambahan, Modul Pakej A menawarkan latihan minda (Brain Gym) bagi meningkatkan tahap kawalan minda yang aktif sewaktu proses membaca. Latihan, penilaian dan kuiz persepsi (Perception Quiz) secara intensif turut disediakan buat peserta yang mengikuti Modul Pakej A.
Untuk golongan yang ingin menguasai kembali kemahiran ini, Modul Pakej C amat sesuai dijadikan pilihan. Modul ini hanya mengambil masa dua jam buat peserta membina kembali kemahiran bacaan pantas. Kandungan modulnya mengandungi teknik Fixation Exercise dan peserta akan diuji keupayaan bacaan pantas terhadap sumber bacaan secara atas talian dan bercetak. Modul ini tiada mengandungi kuiz persepsi berkaitan kemahiran bacaan pantas.
Modul Pakej B pula ditawarkan bagi individu yang mempunyai masa yang terhad bagi mengikuti program sehari. Modul ini mengandungi set latihan, penilaian dan kuiz. Teknik Fixation Exercise akan ditawarkan sebagai kandungan utama modul ini.
Kesemua modul di atas akan diadakan secara bersemuka di semua lokasi PTAR.
Namun begitu, program Speed Reading anjuran PTAR ini menjadi lebih menarik apabila ianya turut boleh diadakan di fakulti, pusat pengajian mahupun pejabat secara berkumpulan dengan syarat jumlah individu dalam sebuah kumpulan mencapai 15 orang atau lebih. Bagi memenuhi keperluan pembelajaran daripada kumpulan yang sama ini, tenaga pengajar bacaan pantas PTAR akan turun padang ke lokasi pemohon bagi berkongsi kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki berkaitan kemahiran bacaan pantas ini. Menarik bukan!
Ayuh, warga UiTM. Bersama kita jayakan program Speed Reading@PTAR.
PROGRAM PROFESSIONAL FINANCE FOR NON-FINANCE (ProFiNoF) merupakan anjuran AKEPT bersama Pejabat Bursar UPM bagi memberikan penerangan berkenaan pengurusan kewangan di Universiti.
Banyak input dan pelbagai pandangan yang dikongsikan bagi memastikan Universiti Awam dapat meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di Universiti dan strategi penjanaan pendapatan yang boleh dilaksanakan.
Shah Alam, 16 November 2022 - Seramai lima orang penyelidik daripada Universitas Indonesia telah memilih PTAR, Shah Alam sebagai lokasi kajian dalam bidang pengurusan maklumat. Dua kajian tersebut iaitu “Information Needs and Seeking Behaviour of Undergraduate Students in Indonesia and Malaysia in Times of COVID-19 Pandemic” dan “The Impact of COVID-19 Pandemic on Academic Libraries in Indonesia and Malaysia: Services Policy and Model”.
Ketua Pustakawan UiTM YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ketua Timbalan Pustakawan, Tuan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Bahagian Korporat & Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli dan Encik Mohd Izwan bin Salim telah membentangkan maklumat dan pengalaman menguruskan perpustakaan akademik sepanjang pandemik Covid-19.
Para penyelidik Universitas Indonesia terdiri daripada Dr. Fuad Gani (M.A.), Reynaldo De Archellie (M.Si.), Nurmaya Prahatmaja (S.Sos. MA), Wira Sakinatun Najahah (M.Hum.) dan Moethia Anggraeni (S.Hum.).
Perbincangan dua hala ini berakhir jam 1:00 petang dengan kedua-dua pihak mengalu-alukan kunjungan dan peluang kerjasama pada masa akan datang.
