• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Monday, 12 September 2022

Idea Pembangunan Bakat Perpustakaan UiTM


Satu perbincangan dengan En Muhammad Akmal bin Ahmat Pustakawan Kanan USM telah diadakan bersama Ts. Hj. Azizi bin Hj Jantan Ketua Timbalan Pustakawan dan Pn Nurul Aida bt Noor Azizi Pustakawan Kanan tentang perancangan pembangunan bakat Perpustakaan UiTM.

Perbincangan ini menumpukan pelan latihan berkaitan Research Data Management, Speed Reading dan Writing serta bidang utama lain.





 

Share:

Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR Cawangan Negeri Sembilan


Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM sedang mengadakan lawatan kerja selama dua (2) hari ke PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan bermula 12 September 2022 hari Isnin. Lawatan kerja ini ialah kali kedua yang diadakan selepas lawatan kerja pertama di PTAR UiTM Cawangan Johor pada 4 September 2022 hari Ahad hingga 5 September 2022 hari Isnin. 

Ketua Pustakawan PTAR, YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah diiringi oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah mengadakan lawatan kerja ke tiga (3) lokasi PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu di PTAR Kampus Seremban, PTAR Kampus Kuala Pilah dan PTAR Kampus Rembau. 

Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ini telah disambut oleh Ketua Perpustakaan PTAR Cawangan Negeri Sembilan iaitu Puan Jamilah Md Yusoff. Satu taklimat pencapaian PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah disampaikan oleh Puan Jamilah di lokasi pertama lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM iaitu di PTAR Kampus Seremban. 

Sesi lawatan kali ini akan turut dihadiri oleh semua staf PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan, di setiap lokasi yang dikunjungi. Staf PTAR di sini berpeluang menyertai sesi perbincangan dua hala yang membincangkan aspirasi universiti ke arah matlamat sebagai Universiti Tersohor pada tahun 2025. 

Lokasi terakhir lawatan ini akan berlangsung di PTAR Kampus Rembau pada 13 September 2022 hari Selasa. 

Dari kanan: Encik Syaiful Hisyam bin Saleh, Encik Muhammad Shafiq bin Amirullah, Encik Mohd Hafiz bin Kasirun, Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Puan Jamilah binti Md Yusoff, Encik Mohd Aizat bin Abd Halim, Encik Bob Khairi bin Razali, Encik Norakhmalshah bin Nordin dan Puan Ashila binti Musa@Mossar.

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (tiga dari kanan) sedang dibawa melawat ke PTAR Kampus Seremban sambil diiringi Puan Jamilah Md Yusoff. 
Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (kiri) dan Encik Ahmad Amiri bin Mohamad
Ketibaan Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman disambut oleh Puan Jamilah binti Md Yusoff. 

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (duduk) sedang menandatangani buku pelawat. 

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (kiri) sedang melawat ruang Perpustakaan Kampus Kuala Pilah. 

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman bersama staf perpustakaan Kampus Kuala Pilah untuk sesi perbincangan dua hala. 

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman bersama staf Perpustakaan Kampus Kuala Pilah. 
Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman mendatangani buku pelawat di Perpustakaan Kampus Kuala Pilah. 

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman di bawa melawat ruang bacaan PTAR Cawangan Negeri Sembilan  Kampus Rembau.
Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman di bawa meninjau kemudahan komputer. 
Bergambar bersama staf PTAR cawangan Negeri Sembilan kampus Rembau. 
Duduk dari kanan: Encik Mohd Aizat bin Abd Halim, Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Puan Jamilah binti Md Yusoff, Encik , Encik Muhammad Shafiq bin Amirullah. 
Berdiri dari kanan: Puan Norlilawati binti Mohd Shah dan  Encik Al Hazriq bin Zainal Abidin.  

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (kiri) sewaktu lawatan di PTAR kampus Rembau. 
Share:

Istiadat Konvokesyen ke-94, UiTM


Sekalung tahniah kepada 21,851 orang graduan UiTM bersempena Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-94 sedang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam selama 20 hari bermula 10 September 2022 (Sabtu) hingga 29 September 2022 (Khamis). 


Share:

Saturday, 10 September 2022

Selamat Kembali Bertugas Puan Nurul Aida bt Noor Azizi Pustakawan Kanan

 Alhamdulillah setelah bertungkus lumus sebagai pelajar PhD pada 9 September 2022, Pn Nurul Aida bt Noor Azizi telah melapor diri semula ke PTAR. Selamat kembali membantu PTAR meneruskan perancangan GRU2025 Perpustakaan UiTM dengan membawa pengetahuan yang ditimba sepanjang bergelar pelajar PhD di Universiti Malaya.



Share:

Friday, 9 September 2022

Ketua Pustakawan PTAR Meluangkan Masa Menziarahi Staf Perpustakaan Ditimpa Musibah Kebakaran

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ketua Pustakawan PTAR, UiTM telah meluangkan masa selama dua jam bermula jam 10:00 pagi hari Jumaat bertarikh 9 September 2022, bagi menziarahi Encik Noorwazit Nuruddin, Pembantu Pustakawan Kanan, Perpustakaan Alam Bina Tun Abdul Razak, Shah Alam, Selangor, yang ditimpa musibah kebakaran di kediaman beliau. 

Kehadiran Ketua Pustakawan PTAR telah diiringi oleh tiga (3) orang staf PTAR iaitu Encik Khairul Idzwan Mohd Saad, Encik Mohd Adib Mohd Mohsin dan Encik Muhammad Fikree Rahmat dan disambut oleh Encik Noorwazit dan isteri, Puan Siti Aisha Hassan. 

Menurut Encik Noorwazit, kejadian kebakaran berlaku pada 5 September 2022 hari Isnin jam 4:30 petang berpunca daripada litar pintas.

Sewaktu kejadian hanya anak perempuan beliau berusia sembilan (9) tahun mendiami rumah tersebut dan sempat menyelamatkan diri. 

Rumah dua tingkat yang didiami oleh Encik Noorwazit sekeluarga di nombor 287 Jalan Medan 20 PJS/20, Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor telah mengalami kemusnahan di ruang bawah dan sebahagian ruang atas hingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit. 

Lewat petang itu, Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya telah berjaya memadamkan kebakaran sebelum merebak ke kediaman lain. 

Seluruh warga kerja perpustakaan turut berdukacita atas musibah kebakaran yang menimpa Encik Noorwazit sekeluarga. Oleh itu, PTAR telah menyerahkan sumbangan wang tunai daripada warga kerja PTAR Shah Alam serta Jawatankuasa Tazkirah PTAR, Shah Alam,  demi meringankan beban yang ditanggung oleh Encik Noorwazit. 

Encik Noorwazit (kanan) menunjukkan ruang yang musnah akibat kebakaran. 

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (kanan) telah menyampaikan sumbangan daripada warga kerja PTAR, Shah Alam. 



Share:

Thursday, 8 September 2022

Kecemerlangan Kumpulan KIK Blitz, PTAR Shah Alam.


Kumpulan Blitz telah berjaya memenangi Naib Johan di Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) peringkat Zon Tengah tahun 2022, selain turut memenangi kategori Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik dan Pengiktirafan Emas. Pengisytiharan pemenang ini telah dilakukan dalam majlis Penutup Konvensyen KIK menerusi saluran langsung Youtube Fakulti Sains Gunaan pada jam 4:00 petang pada 7 September 2022 hari Rabu. Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini turut boleh ditonton di pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=oazZ5Y8OvEE

Kumpulan Blitz ialah satu-satunya kumpulan KIK yang mewakili PTAR di Konvensyen KIK Zon Tengah yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 5 September 2022 hari Isnin. Kumpulan Blitz  telah mempertandingkan projek berjudul Executive Information System (EIS) iaitu  menyokong pengurusan data pencapaian prestasi di peringkat Perpustakaan UiTM. 

Pembentangan projek kumpulan Blitz dihadapan dua (2) orang panel penilai iaitu Profesor Madya Dr.Thuraiya Mohamad dan Ir. Ts. Dr. Syazwan Osman, telah dijayakan secara atas talian oleh tujuh (7) orang ahli kumpulan Blitz iaitu: 

   1. Puan Azura binti Mohamad Hashim (Fasilitator)                                                                                     2. Cik Laily Hafidzun binti Shukri (Ketua)                                                                                                   3. Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli                                                                               4. Puan Zuraidah binti Md Hassan                                                                                                               5. Puan Nik Nurshihah binti Muhamad                                                                                                         6. Encik Remi bin Salleh Udin                                                                                                                     7. Mohamad Hazri bin Abdul Karim 

Kumpulan Blitz akan melangkah ke Peringkat Akhir Konvensyen KIK UiTM yang dijangka berlangsung pada 17 dan 18 Oktober 2022. 

Kumpulan Blitz tersenarai dalam senarai pengumuman pemenang pengiktiran EMAS

Ahli kumpulan Blitz. 



Share:

Monday, 5 September 2022

Kolaborasi Bersama Ketua Pustakawan Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM

PTAR sangat berbesar hati apabila Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM telah menerima lawatan Ketua Pustakawan UiTM En. Jamalludin bin Hj. Sulaiman bersama Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan pada 5 September 2022. Ketua Pustakawan Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM iaitu Pn Zaharah binti Abdul Samad telah menyambut ketibaan Ketua Pustakawan UiTM.


Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan berkongsi halatuju perpustakaan masing-masing demi meningkatkan tahap perkhidmatan Perpustakaan.


Semoga kerjasama yang terjalin ini akan memberikan impak dan bersama-sama memartabatkan peranan Perpustakaan agar sentiasa menjadi nadi Universiti masing-masing

Share:

Labels

Total Pageviews