• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday, 8 May 2024

Sua Raya 2024

Rabu, 
29 Syawal 1445H,
8 Mei 2024M:

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah turut serta membuka reruai sempena Majlis Sua Raya UiTM 2024 pada:

Tarikh: 8 Mei 2024M bersamaan 29 Syawal 1445H

Masa: 11:00 pagi - 2:00 petang 

Tempat: Dataran Parkir Bertingkat DATC 

Tema: "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" 

Kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah dengan diiringi Naib Canselor di setiap reruai telah menambahkan kemeriahan sambutan raya tahun ini. 

Sejumlah 500 bungkus masakan utara Rojak Pasembor telah berjaya diagih dan dinikmati oleh pengunjung yang terdiri daripada staf dan pelajar UiTM Shah Alam. 

Persiapan Reruai PTAR


















Reruai PTAR sempena Sua Raya UiTM















Share:

Monday, 6 May 2024

Perbincangan Kolaborasi PTAR dan Pejabat Mufti Negeri Selangor

Isnin, 
27 Syawal 1445H,
6 Mei 2024M:

Satu perbincangan kolaborasi antara PTAR dan Pejabat Mufti Negeri Selangor telah diadakan pada: 

Tarikh: 6 Mei 2024 
Masa: 2:30 - 5:30 petang 

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan bersama 6 orang pegawai iaitu: 

  1. Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR) 
  2. Asraf Zamani bin Hazim (Pustakawan, PTAR)
  3. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi, PTAR) 
  4. Khairiamri bin Ahmad (Penolong Mufti Kanan - Ketua Bahagian Maktabah)
  5. Muhammad Nuruddin bin Norisham (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat - Unit Sistem)
  6. Abdullah Ahmad bin Senin (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan - Pusat Maklumat)

Intipati perbincangan:

  1. Penerangan pembangunan repositori Fatwa Mufti Negeri Selangor melalui kepakaran pustakawan PTAR. 
  2. Surat niat tanda kolaborasi UiTM dan Pejabat Mufti. 
  3. Latihan sangkut staf Pejabat Mufti ke PTAR.
  4. Mengadakan sesi Training of Trainers (TOT) sebelum penyerahan.
  5. Mengadakan majlis Prapelancaran simbolik penyerahan sistem.
Sesi perbincangan diakhiri dengan lawatan di Koleksi Jawi PTAR. 

Dari kanan:  Muhammad Nuruddin bin Norisham, Abdullah Ahmad bin Senin, Khairiamri bin Ahmad, Ts Haji Azizi Haji Jantan, Shahidatul Akhmam Rambeli.









Share:

Lawatan dan Perbincangan Institut Maritim Malaysia ke PTAR

Isnin, 
27 Syawal 1445H,
6 Mei 2024M:

Pada 6 Mei 2024, Pusat Sumber Institut Maritim Malaysia (MIMA) telah mengadakan lawatan dan perbincangan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam. 

Tujuan lawatan ini adalah:

  1. Mengeratkan hubungan antara Pusat Sumber MIMA dan PTAR. 
  2. Sesi perkongsian dan perpindahan ilmu dan teknologi (Knowledge and Technology Transfer) berkenaan pengumpulan, pendigitalan koleksi bahan perpustakaan di UiTM Institutional Repository.
  3. Perkongsian maklumat mengenai My Knowledge Management (MyKM) yang merupakan personalized services yang disediakan kepada pengguna perpustakaan.

Sesi lawatan ini dihadiri oleh:-

    Wakil PTAR, UiTM Shah Alam

  1. Ts. Tuan Haji Azizi bin Jantan (Ketua Pustakawan)
  2. Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan), Jabatan Pepustakaan Digital
  3. Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir (Pustakawan Kanan), Jabatan Pepustakaan Digital

    Wakil MIMA:-

  1. Encik Mohd Khairulanuar bin manshor (Ketua Penerbitan & Pusat Sumber MIMA)
  2. Encik Mohamad Amarfarhan bin Aminuddin (Pustakawan MIMA)
  3. Encik Muhammad bin Zakaria (IT Eksekutif)
  4. Encik Zainol bin Azman (Pereka Grafik)
  5. Puan Nor Asfasyuhada binti Abdullah (Pembantu Pustakawan)

Taklimat sesi lawatan telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan dan lawatan kerja juga diadakan dengan melihat kepada peralatan pendigitalan yang digunakan oleh pihak PTAR untuk proses tersebut.








Share:

Friday, 3 May 2024

Taklimat Program Bicara Ilmu Bersama Naib Canselor


Khamis, 
23 Syawal 1445H,
2 Mei 2024M:

Satu taklimat berkenaan penganjuran program Bicara Ilmu yang akan menampilkan YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan pada 2 Mei 2024 di Pejabat Naib Canselor.  

Pertemuan pada hari Khamis jam 9:00 pagi adalah bagi menerangkan perjalanan program Bicara Ilmu yang akan diadakan pada 30 Mei 2024. YBhg. Datuk Naib Canselor telah sudi melapangkan masa sebagai panel dalam program siaran langsung anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang akan mengupas tajuk 'Pembudayaan Ilmu membentuk Adiwangsa'. 

Pertemuan selama satu jam ini turut dihadiri oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi PTAR. 

Share:

Training of Trainers (TOT) dan perbincangan Majlis Pelancaran Sistem Perekodan dan Analisa Bacaan bersama pengurusan Sk Sungai Binjai

Jumaat, 
24 Syawal 1445H,
3 Mei 2024M:

Sesi Training of Trainers (TOT) dan perbincangan Majlis Pelancaran Perekodan dan Analisa Bacaan bersama pengurusan SK Sungai Binjai telah diadakan pada 3 Mei 2024 hari Jumaat jam 3:00 petang. 

Sesi TOT telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal Sawardi Lukman dihadapan Guru Besar Encik Mohd Arif bin Ab. Muis, Guru Penyelaras Nilam Puan Norhalizah binti Mohamed Hassim dan Guru Pusat Sumber Puan Suraya binti Mohd Tap. 

Pertemuan kali ketiga bersama pengurusan kanan SK Sungai Binjai telah mencapai keputusan berikut: 

  1. Sistem telah bersedia untuk digunakan sepenuhnya. 
  2. Penambahan beberapa perkara untuk memantapkan sistem Perekodan dan Analisa Bacaan. 
  3. Perancangan Majlis Pelancaran Literasi Maklumat Membentuk Adiwangsa akan diadakan pada 14 Jun 2024 yang akan dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM. 
  4. Pembahagian tugas antara pihak sekolah dan PTAR. 
  5. Majlis pelancaran yang dirancang adalah bertemakan Melayu dan Klasik. 

Sesi latihan dan perbincangan yang diadakan di SK Sungai Binjai telah berakhir jam 5:00 petang. 

Berdiri dari kiri: Suraya binti Mohd Tap (Guru Perpustakaan dan Media), Ruzana binti Mohd Rashid (Penolong Kanan Petang), Rozani binti Kamarudin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Nor Azizah binti Mohd Noh (Penolong Kanan Pentadbiran), Nang Zuraini binti Awang@Nik Ishak (Penolong Kanan Kokurikulum), Norhalizah binti Mohamed Hassim (Penyelaras Nilam).
Duduk dari kiri: Wan Izzatul Fahrah Wan Ishak (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan), Shahidatul Akhmam Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan), Mohd Aris bin Ab. Muis (Guru Besar), Mohd Khairul Idzwan  Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) dan Encik Mohd Faizal Sawardi Lukman (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat). 





















Share:

Labels

Total Pageviews