Isnin,
13 Syawal 1445H,
22 April 2024M:
Wednesday, 24 April 2024
Pameran Sejarah Penubuhan 39 Perpustakaan UiTM
Tuesday, 23 April 2024
Majlis Perasmian Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja
Isnin,
13 Syawal 1445H,
22 April 2024M:
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Risiko Psikososial Tempat Kerja pada:
Tarikh: 22 April 2024 (Isnin)
Masa:9:30 pagi
Tempat: Ruang LCE, PTAR
Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib telah sudi menyempurnakan majlis perasmian di hadapan hampir 80 orang yang terdiri daripada Presiden MITASA YBrs. Saharuddin Lin dan Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan.
Profesor Datuk Dr. Shahrin menyatakan penganjuran program Saringan Psikososial Tempat Kerja adalah bertepatan dengan waktunya berikutan trend gangguan psikologi ditempat kerja semakin meningkat. Justeru, warga UiTM digalakkan merebut peluang ini bagi menjamin kesihatan mental individu.
Majlis berakhir jam 1:00 petang.
Thursday, 18 April 2024
Kunjungan Hormat ke atas Dato' Seri Utama Mufti Selangor
Khamis,
9 Syawal 1445H,
18 April 2024M:
Kunjungan Hormat ke atas Dato' Seri Utama Mufti Selangor Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir telah diadakan pada:
Tarikh: 18 April 2024 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi - 12:15 petang
Lokasi: Pejabat Mufti Negeri Selangor
Intipati perbincangan bersama Dato' Seri Utama Mufti Selangor ialah:
- Pembangunan koleksi digital Jawi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Pembangunan sistem FAQ bagi Fatwa Guide dan Falaq Guide.
- Pembangunan Repositori Koleksi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Perkongsian ilmu menerusi Bicara Ilmu@PTAR bersama Dato' Seri Utama Mufti Selangor.
Ts Haji Azizi turut dibawa melawat ke Maktabah (Pusat Sumber) Jabatan Mufti Negeri Selangor yang mengandungi sejumlah 7,000 naskah bahan.




























