• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 4 April 2024

Program Agihan Bubur Lambuk 2024

 

Khamis,
24 Ramadan 1445H,
4 April 2024M: 

Suasana penuh kemesraan menyelubungi program Agihan Bubur Lambuk PTAR 2024 yang telah diadakan pada:

Tarikh: 4 April 2024 (Khamis)
Masa: 2:50 petang
Lokasi: Ruang Lobi PTAR Utama 

Sejumlah 160 bubur lambuk dan 160 pek mini beras telah diagihkan kepada staf PTAR Shah Alam. 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi kepada ketua-ketua Jabatan atau wakil PTAR Shah Alam. 

Program agihan ini telah mendapat tajaan daripada Kelab PUTRA dan Jawatankuasa Tazkirah PTAR, yang kedua-duanya dipengerusikan oleh Encik Badle Shah Yahaya dan Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman. 

Muhammad Amirul Mohd Desa selaku pengacara program.



Encik Abdul Razak Abdul Rahman (kiri) sebagai pembaca doa. 

Ts Haji Azizi Hj Jantan menyampaikan ucapan. 



Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada Pejabat Ketua Pustakawan diwakili oleh Encik Mohamad 'Ammar Arsyad Zainal Abidin (kiri). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada Jabatan Pengurusan Perpustakaan diwakili oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli (kiri). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada Jabatan Sumber Rujukan Universiti diwakili oleh Encik Muhamad Nasir Roslan (kiri). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan diwakili oleh Puan Azura Mohamad Hashim (kiri). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada PTAR Sains & Teknologi diwakili oleh Encik Zulkarnain Ridzwan (kiri). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada PTAR Undang-Undang diwakili oleh Puan Hanani Rojikin (tengah). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada PTAR Alam Bina diwakili oleh Encik Zharif Farhan Muhamad Pauzi (kiri). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada PTAR Kejuruteraan diwakili oleh Encik Mohd Asmawi Mohamed (tengah) dan Encik Mohd Farid Mohamed Said (kiri). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada Jabatan Arkib Universiti diwakili oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad (tengah). 

Agihan bubur lambuk dan pek mini beras kepada Jabatan Perpustakaan Digital diwakili oleh Encik Ahamad Zuber Mohamed (kiri). 
Share:

Wednesday, 3 April 2024

Kunjungan Persatuan Veteran RTM


Rabu,
23 Ramadan 1445H,
3 April 2024M: 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah dikunjungi oleh Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) pada: 

Tarikh: 3 April 2024 (Rabu) 
Masa: 2:00 petang hingga 4:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, PTAR

Ts Haji Azizi Haji Jantan telah sudi melapangkan masa menyantuni kunjungan PVRTM yang terdiri daripada: 

  1. Puan Zohara binti Gany - Pengerusi
  2. Datuk Baharuddin bin Aziz - Naib Pengerusi
  3. Hj Sano bin Sengari - Setiausaha
  4. Hj Jamsari bin Ahmad- Bendahari
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi menjalin ukhwah disamping memperkenalkan PVRTM. 

Pada masa sama, PVRTM berhasrat mempromosikan Coffee Table Book yang mengandungi senarai tokoh-tokoh hebat RTM seperti Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin binti Abdul Rahman yang menjadi penaung persatuan ini.

Tidak melepaskan peluang, PVRTM telah dibawa melawat sekitar PTAR sambil mengimbau kenangan sewaktu bergelar pelajar dan staf UiTM. Lawatan ini telah dipandu oleh Puan Zuhaslinda Sulaiman. 















Share:

Perbincangan Bersama Komuniti SK Sungai Binjai, Klang (Siri 2)

Selasa,
22 Ramadan 1445H,
2 April 2024M: 

Perbincangan bagi program Khidmat Komuniti PTAR bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai telah diadakan pada: 
Tarikh: 2 April 2024 (Selasa) 
Masa: 11:30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, PTAR

 PTAR diwakili oleh: 

  1. Shahidatul Akhmam Rambeli
  2. Asmah Sabtu
  3. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad
  4. Mohd Faizal Sawardi Lukman 
SK Sungai Binjai diwakili oleh:
  1. Encik Mohd Arif bin Ab. Muis (Guru Besar) 
  2. Hajah Nor Azizha binti Mohd Noh (Penolong Kanan Pentadbiran) 
  3. Suraya binti Mohd Tap (Guru Perpustakaan dan Media) 
  4. Norhalizah binti Mohamed Hassim (Penyelaras Nilam)

Siri kedua perbincangan ini diadakan 14 hari selepas perbincangan siri 1 dan menfokuskan susun atur sistem eNilam yang sedang dibangunkan oleh PTAR.   

Para guru turut mengambil peluang melawat sekitar PTAR 
















Share:

Tuesday, 2 April 2024

Penyerahan Salinan Buku Hajah Khadijah Tok Selehor


Selasa,
22 Ramadan 1445H,
2 April 2024M:

Penyerahan salinan buku agama karangan Hajah Khadijah Tok Selehor kepada YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki pada: 

Tarikh: 2 April 2024 (Selasa)
Masa: 1:00 petang 
Tempat: Menara Dato' Onn, World Trade Centre,  Kuala Lumpur
Wakil PTAR: 

  1. Shahidatul Akhmam Rambeli
  2. Abdul Razak Abdul Rahman 
  3. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad

Kunjungan kali kedua ini adalah bagi memenuhi hasrat Dr. Asyraf untuk menyimpan salinan buku tulisan nenek beliau yang amat bernilai ini. 

Sebagai rekod, PTAR telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr. Asyraf pada 4 Mac 2024. 


Share:

Semakan Tadbir Urus UiTM Edisi 2023


Sukacita dimaklumkan perbincangan siri 2/2024 Semakan Tadbir Urus Edisi 2023 akan

diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 1 April 2024 (lsnin)

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Sidang Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin

Anjuran : Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti 

Share:

Labels

Total Pageviews