• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 4 January 2024

Lawatan dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Surabaya Indonesia

SHAH ALAM, 19 Disember 2023 - Lawatan dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Surabaya Indonesia telah diadakan seperti berikut: 

Tarikh: 19 Disember 2023 (Selasa)
Masa: 2:30 petang
Bil. Pelawat: 4 orang
Nama pelawat seperti berikut: 

      1. Hepi Hapsari Handayani 
      2. First Ambar Wati
      3. M Sharif Rezanta P. 
      4. Husnul Hidayat
Timbalan Ketua Pustakawan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli dan Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad telah mengiringi kumpulan pelawat sepanjang lawatan di PTAR.

Ruang Library Community Engagement

Pusat IT

Ruang Bicara

Kiosk StatsDigital 

Ruang Smart Classroom


Ruang Koleksi Jawi@PTAR

Ruang Koleksi Jawi@PTAR

Ruang Koleksi Jawi@PTAR

Ruang Experiental Learning
Share:

Wednesday, 3 January 2024

PTAR PTJ Pertama dikunjungi Naib Canselor UiTM Tahun 2024




SHAH ALAM, 3 Januari 2024 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu YBhg. Datuk Naib Canselor seperti butiran berikut: 

Tarikh     : 3 Januari 2024 (Rabu) 
Masa       : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari 

Ketibaan YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin dan Pegawai Khas Encik Afizul Sobri di PTAR telah disambut oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan bersama-sama Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian PTAR. 

Kunjungan selama hampir 3 jam telah diisi dengan sesi taklimat halatuju PTAR tahun 2024 dan lawatan ke ruang Koleksi Jawi yang terletak di aras 3. 

Berikut intipati kunjungan YBhg. Datuk Naib Canselor: 

  1. PTAR adalah Pusat Tanggungjawab (PTJ) pertama di UiTM Shah Alam yang ingin dilawati oleh YBhg. Datuk Naib Canselor.  
  2. Baginya, perpustakaan adalah nadi pembudayaan ilmu menerusi aktiviti pengumpulan dan penyebaran ilmu. 
  3. Perpustakaan juga adalah tempat yang wajib dikunjungi dan dihayati kerana kemuliaan ilmu yang terkandung di dalamnya. 
  4. Perpustakaan kekal relevan kerana menyediakan perkhidmatan secara digital. Hal ini selari dengan kaedah pembelajaran dan sumber rujukan  masa kini yang banyak berbantukan digital. 
  5. Konsep pendigitalan perpustakaan perlu ada elemen interaktif dan insaniah agar ilmu mudah difahami dan dijiwai.
  6. Cadangan tagline baharu perpustakaan oleh Tuan Ts Haji Azizi iaitu Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa kepada YBhg Datuk Naib Canselor UiTM dan bersetuju dengan cadangan tagline tersebut. 
  7. Perpustakaan perlu radikal, praktikal dan fleksibel. Konsep “Personalized Learning Network” harus diterap dan diperluas kepada komuniti mengikut profil peringkat sekolah, politeknik dan kolej komuniti agar sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan dapat dimanfaat oleh semua pihak.  YBhg. Naib Canselor UiTM bersetuju untuk MyKM dapat diperluaskan keupayaannya berdasarkan bidang dan pattern kehendak pengguna. 
  8. Portal Perpustakaan hendaklah mempunyai keupayaan fleksibel dengan kehendak pengguna diperingkat Universiti, Politeknik, Sekolah dan pelbagai lapisan.

















Share:

Tuesday, 2 January 2024

Perbincangan Penambahbaikan Pengurusan Memori Korporat UiTM

Pada 2 Januari 2024 telah berlangsung perbincangan antara PTAR dan Jabatan Komunikasi UiTM bagi pengurusan gambar korporat UiTM. Pengarah JKOM Puan Ezurya dan staf telah hadir untuk membincangkan halatuju baharu ini. PTAR di hadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan yang menjalankan tugas Ketua Pustakawan serta En Mohd Izwan Salim dari Jabatan Perpustakaan Digital UiTM.





Share:

Friday, 22 December 2023

Sumbangan Bank Makanan daripada Koperasi Kakitangan UiTM

 

SHAH ALAM, 22 Disember 2023 - Persatuan Perpustakaan UiTM (PUTRA) telah menerima sumbangan Bank Makanan bernilai RM1,000.00 daripada Koperasi Kakitangan UiTM seperti butiran berikut: 

Tarikh:     22 Disember 2023 (Jumaat) 
Masa:       10:00 pagi 
Lokasi:     Aras 3, PTAR.

Simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Encik Syahrudin bin Hanib kepada Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.  Turut hadir Pengerusi PUTRA Encik Badle Shah bin Yahaya. 

Inisiatif Bank Makanan yang disediakan oleh PTAR sejak 7 Julai 2023 bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan warga UiTM. 


Dari kiri: Affian bin Dzulkifli, Badle Shah bin Yahaya, Encik Syahrudin bin Hanib, Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad. 

Share:

Thursday, 21 December 2023

Mengurus Komunikasi Sewaktu Krisis Kesihatan Terburuk Negara

 

SHAH ALAM, 21 Disember 2023 - Ketokohan Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah sewaktu mengendalikan krisis Covid-19 sememangnya amat dikagumi oleh ramai orang. Tidak ramai memiliki keupayaan menyampaikan maklumat dengan yakin dan bersahaja di hadapan ratusan wakil media sewaktu negara sedang dilanda krisis kesihatan global dan geopolitik.   

Memulakan perkongsian sewaktu program Siri Cakna Polisi yang diadakan di Ruang Bicara jam 10 pagi, Tan Sri telah berkongsi pengalaman beliau mengurus komunikasi, maklumat dan media dengan amat berkesan hingga menjadikan beliau orang ketiga dirujuk di dunia mengenai penularan semasa wabak COVID-19. 

Disamping saluran media massa, Tan Sri telah memanfaatkan sepenuhnya saluran sosial media sebagai alat komunikasi umum. Setiap hantaran akan dinilai kesahihannya, difahami secukupnya dan disampaikan dengan bahasa yang mudah agar mesej dapat diterima dengan berkesan. Tambah beliau, keupayaan teknologi masa kini telah membolehkan maklumat COVID-19 disebar dengan segera demi kesejahteraan umum. 

Menceritakan kembali detik peningkatan kes COVID-19 bermula dengan perhimpunan lebih 10,000 orang di Masjid Sri Petaling, perkongsian maklumat yang cepat dari rakan sejawatan di Brunei dan Indonesia telah berjaya mengekang penularan wabak dalam tempoh yang pantas. 

Memanfaatkan sepenuhnya pengalaman sebagai pakar bedah di beberapa buah negara, Tan Sri amat arif dalam melaksanakan dasar dan polisi perubatan terbaik negara. Dasar pencegahan dan kawalan telah terbukti berjaya menurunkan jumlah kes COVID-19 hingga negara menghentikan sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan pada 1 April 2021.

Program Cakna Polisi: Kronologi Satu Tahun Pertama COVID-19; Pengurusan Komunikasi dan Polisi adalah anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang diadakan di Ruang Bicara PTAR. 











Share:

Projek Rintis DDMS antara PTAR dan Pejabat Naib Canselor UiTM

PTAR dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor telah mengadakan perbincangan bagi memperkasa pengurusan fail dan rekod penting universiti secara bersepadu dan sistematik melalui inisiatif pembangunan sistem Digital Document Managament System UiTM. PTAR dan Pejabat Naib Canselor adalah PTJ menjadi Projek Rintis menggunakan Sistem ini berdasar kepada Standard Klasifikasi Fail Baharu UiTM yang telah diluluskan oleh Arkib Negara Malaysia.





Share:

Labels

Total Pageviews