• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday, 22 December 2023

Sumbangan Bank Makanan daripada Koperasi Kakitangan UiTM

 

SHAH ALAM, 22 Disember 2023 - Persatuan Perpustakaan UiTM (PUTRA) telah menerima sumbangan Bank Makanan bernilai RM1,000.00 daripada Koperasi Kakitangan UiTM seperti butiran berikut: 

Tarikh:     22 Disember 2023 (Jumaat) 
Masa:       10:00 pagi 
Lokasi:     Aras 3, PTAR.

Simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Encik Syahrudin bin Hanib kepada Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.  Turut hadir Pengerusi PUTRA Encik Badle Shah bin Yahaya. 

Inisiatif Bank Makanan yang disediakan oleh PTAR sejak 7 Julai 2023 bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan warga UiTM. 


Dari kiri: Affian bin Dzulkifli, Badle Shah bin Yahaya, Encik Syahrudin bin Hanib, Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad. 

Share:

Thursday, 21 December 2023

Mengurus Komunikasi Sewaktu Krisis Kesihatan Terburuk Negara

 

SHAH ALAM, 21 Disember 2023 - Ketokohan Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah sewaktu mengendalikan krisis Covid-19 sememangnya amat dikagumi oleh ramai orang. Tidak ramai memiliki keupayaan menyampaikan maklumat dengan yakin dan bersahaja di hadapan ratusan wakil media sewaktu negara sedang dilanda krisis kesihatan global dan geopolitik.   

Memulakan perkongsian sewaktu program Siri Cakna Polisi yang diadakan di Ruang Bicara jam 10 pagi, Tan Sri telah berkongsi pengalaman beliau mengurus komunikasi, maklumat dan media dengan amat berkesan hingga menjadikan beliau orang ketiga dirujuk di dunia mengenai penularan semasa wabak COVID-19. 

Disamping saluran media massa, Tan Sri telah memanfaatkan sepenuhnya saluran sosial media sebagai alat komunikasi umum. Setiap hantaran akan dinilai kesahihannya, difahami secukupnya dan disampaikan dengan bahasa yang mudah agar mesej dapat diterima dengan berkesan. Tambah beliau, keupayaan teknologi masa kini telah membolehkan maklumat COVID-19 disebar dengan segera demi kesejahteraan umum. 

Menceritakan kembali detik peningkatan kes COVID-19 bermula dengan perhimpunan lebih 10,000 orang di Masjid Sri Petaling, perkongsian maklumat yang cepat dari rakan sejawatan di Brunei dan Indonesia telah berjaya mengekang penularan wabak dalam tempoh yang pantas. 

Memanfaatkan sepenuhnya pengalaman sebagai pakar bedah di beberapa buah negara, Tan Sri amat arif dalam melaksanakan dasar dan polisi perubatan terbaik negara. Dasar pencegahan dan kawalan telah terbukti berjaya menurunkan jumlah kes COVID-19 hingga negara menghentikan sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan pada 1 April 2021.

Program Cakna Polisi: Kronologi Satu Tahun Pertama COVID-19; Pengurusan Komunikasi dan Polisi adalah anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang diadakan di Ruang Bicara PTAR. 











Share:

Projek Rintis DDMS antara PTAR dan Pejabat Naib Canselor UiTM

PTAR dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor telah mengadakan perbincangan bagi memperkasa pengurusan fail dan rekod penting universiti secara bersepadu dan sistematik melalui inisiatif pembangunan sistem Digital Document Managament System UiTM. PTAR dan Pejabat Naib Canselor adalah PTJ menjadi Projek Rintis menggunakan Sistem ini berdasar kepada Standard Klasifikasi Fail Baharu UiTM yang telah diluluskan oleh Arkib Negara Malaysia.





Share:

Wednesday, 20 December 2023

Tahniah! Perpustakaan UiTM raih 6 anugerah termasuk Juara AKNC (Bahagian, Pusat, Unit) tahun 2023


SHAH ALAM, 20 Disember 2023 - Perpustakaan UiTM telah diisytihar sebagai  Juara AKNC kategori Bahagian, Pusat, Unit sewaktu Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2023 yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) bermula jam 2:30 petang tadi. 

Dengan kemenangan ini, Perpustakaan UiTM telah membawa pulang sijil, trofi dan wang kemenangan bernilai tujuh ribu ringgit.

Dalam majlis yang sama, Perpustakaan UiTM turut meraih 5 anugerah mengikut kategori berikut: 

  1. Angerah Emas: Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Pustakawan Kanan UiTM kampus Machang.
  2. Anugerah Khas Pentadbir PPUITM 2023: YBrs. Tuan Ts Noor Hidayat bin Adnan, mantan Ketua Pustakawan UiTM. 
  3. Juara Keseluruhan Kecemerlangan Operasi UiTM 2022: Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah
  4. Johan Kecemerlangan Operasi UiTM 2022: Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah
  5. Anugerah Saguhati Kecemerlangan Operasi: Pengurusan Bahan Arkib, UiTM Shah Alam 
Anugerah kemenangan telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Datuk Profesor Dr. Shahrin bin Sahib dan majlis telah berakhir jam 5:30 minit petang. 

Setinggi penghargaan buat semua staf PTAR yang telah mencurahkan sepenuh daya usaha sehingga meraih pengiktirafan di peringkat universiti. 

Trofi dan sijil kemenangan Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM cawangan Kedah. 

Encik Omar Zainol (dua dari kanan) menerima trofi dan sijil kemenangan bagi projek Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah

Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (dua dari kanan) menerima trofi dan sijil kemenangan bagi Pengurusan Bahan Arkib UiTM Shah Alam.  

Tuan Ts. Noor Hidayat bin Adnan mantan Ketua Pustakawan UiTM meraih Anugerah Khas Pentadbir, Persatuan Pentadbir UiTM 2023 

Dr. Muslim Ismail, Pustakawan Kanan UiTM kampus Machang meraih Anugerah Emas, Persatuan Pentadbir UiTM 2023 

Staf PTAR Shah Alam

Staf PTAR bersama bekas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Noor Hidayat bin Adnan (empat dari kanan). 
Share:

Tuesday, 19 December 2023

Program Retreat Pengurusan Kanan UiTM Bersama Pengerusi LPU UiTM

Retreat Lembaga Pengarah Universiti telah diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh    : 19 Disember 2023 (Selasa) - 8.30 pagi hingga 10.30 malam
                 20 Disember 2023 (Rabu) - 7.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD)

                 Universiti Teknologi MARA
                 Lebuh Enstek, Bandar Enstek
                 71760 Nilai, Negeri Sembilan








 

Share:

Friday, 15 December 2023

Doa staf PTAR buat Puan Norlilawati Mohd Shah


SHAH ALAM, 15 Disember 2023 - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Begitulah gambaran yang dirasai oleh lima orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ketika menziarahi Puan Norlilawati binti Mohd Shah pada 15 Disember 2023 hari Jumaat jam 1:14 petang di wad 8B katil 17, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM kampus Puncak Alam: 

  1. Nurul Nadiah binti Harun
  2. Norsaliha binti Mad Mudin
  3. Ili Kaiyisah binti Abdul Rahman 
  4. Reza Edwana binti Mokhtar
  5. Nik Nurshihah binti Muhamad
Dalam pertemuan itu telah disampaikan sumbangan oleh staf PTAR Shah Alam dan didoakan semoga Puan Norlilawati kembali sembuh. 

Puan Norlilawati telah terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangi bersama suami Mohd Khairil Anuwar bin Mustakim telah bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 63 Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati, Kuala Kangsar pada 4 Disember 2023 hari Isnin jam 5:20 petang. 

Nahas tersebut telah mengakibatkan Puan Norlilawati patah buku lali kiri manakala suaminya meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar.  

Pada 13 Disember 2023 hari Rabu, Puan Norlilawati telah selamat menjalani pembedahan di HASA dan kini dalam keadaan stabil. 

Puan Norlilawati merupakan Pembantu Pustakawan yang sedang berkhidmat di Perpustakaan UiTM kampus Rembau cawangan Negeri Sembilan. 
Share:

Wednesday, 13 December 2023

Tahniah! Tiga orang staf PTAR naik pangkat ke gred N36, S26 dan S22



SHAH ALAM, 13 Disember 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengucapkan TAHNIAH kepada tiga orang staf atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Eksekutif Tertinggi (gred N36), Pembantu Pustakawan Tertinggi (gred S26) dan Pembantu Pustakawan Kanan (gred S22).

Tiga orang staf PTAR dan tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

1. Hajah Nor Asimah binti Mahmud - Pegawai Eksekutif Tertinggi (gred N36)

- Kuatkuasa 1 Oktober 2023
2. Herman bin Tanbeh         - Pembantu Pustakawan Tertinggi (gred S26)
                                                               - Kuatkuasa 1 September 2023
3. Zuraidah binti Md. Hassan - Pembantu Pustakawan Kanan (gred S22)
                                                                - Kuatkuasa 16 November 2023

Semoga tuan/ puan terus cemerlang dan sentiasa dirahmati. 

Share:

Labels

Total Pageviews