SHAH ALAM, 20 Disember 2023 - Perpustakaan UiTM telah diisytihar sebagai Juara AKNC kategori Bahagian, Pusat, Unit sewaktu Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2023 yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) bermula jam 2:30 petang tadi.
Dalam majlis yang sama, Perpustakaan UiTM turut meraih 5 anugerah mengikut kategori berikut:
- Angerah Emas: Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Pustakawan Kanan UiTM kampus Machang.
- Anugerah Khas Pentadbir PPUITM 2023: YBrs. Tuan Ts Noor Hidayat bin Adnan, mantan Ketua Pustakawan UiTM.
- Juara Keseluruhan Kecemerlangan Operasi UiTM 2022: Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah
- Johan Kecemerlangan Operasi UiTM 2022: Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah
- Anugerah Saguhati Kecemerlangan Operasi: Pengurusan Bahan Arkib, UiTM Shah Alam
Setinggi penghargaan buat semua staf PTAR yang telah mencurahkan sepenuh daya usaha sehingga meraih pengiktirafan di peringkat universiti.
Encik Omar Zainol (dua dari kanan) menerima trofi dan sijil kemenangan bagi projek Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah
Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (dua dari kanan) menerima trofi dan sijil kemenangan bagi Pengurusan Bahan Arkib UiTM Shah Alam.
Tuan Ts. Noor Hidayat bin Adnan mantan Ketua Pustakawan UiTM meraih Anugerah Khas Pentadbir, Persatuan Pentadbir UiTM 2023
Dr. Muslim Ismail, Pustakawan Kanan UiTM kampus Machang meraih Anugerah Emas, Persatuan Pentadbir UiTM 2023














.jpeg)


.jpeg)























