• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Tuesday, 12 December 2023

Lawatan Tanda Aras Ke Pusat SDG Kuala Lumpur


SHAH ALAM, 12 Disember 2023 - Seramai 21 orang terdiri daripada staf sokongan dan staf profesional Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengikuti lawatan tanda aras ke Pusat SDG Kuala Lumpur seperti butiran berikut: 

Tarikh:         12 Disember 2023 (Selasa) 
Masa:           9:15 pagi hingga 12:15 tengah hari 
Penganjur:   Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, PTAR  

Lawatan tanda aras ke Pusat SDG ini bertujuan menanda aras piawaian pengurusan 17 Matlamat Pembangunan Mampan terutama daripada aspek struktur dan program. Taklimat di Pusat SDG telah disampaikan oleh Puan Norwahidah binti Abd. Wahid, Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).  

Bertempat di Jalan Raja Kuala Lumpur, Pusat SDG berfungsi sebagai pusat yang menghimpunkan inisiatif dan komitmen semua pihak dalam menggerak 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). 

Selain itu, Pusat SDG turut mempromosi kepada masyarakat Malaysia mengenai 17 matlamat  yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak September 2015 di New York, Amerika Syarikat. 

Staf PTAR yang mengikuti lawatan tanda aras ini adalah seperti berikut: 

      1. Encik Ahamad Zuber bin Mohamed - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
      2. Encik Ahmad Amiri bin Mohamad - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
      3. Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
      4. Puan Hani Liza binti Norfin - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
      5. Dr. Hajah Adlina binti Abdullah - Timbalan Ketua Pustakawan
      6. Puan Azura binti Mohamad Hashim - Timbalan Ketua Pustakawan
      7. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan
      8. Puan Nor Azwani binti Mohamad - Timbalan Ketua Pustakawan
      9. Puan Hanani binti Rojikin - Pustakawan Kanan
      10. Puan Norazlin binti Mohd. Yusof Pustakawan Kanan
      11. Puan Siti Salwa Binti A.Rahman - Pustakawan Kanan
      12. Puan Nurul Aida Binti Noor Azizi - Pustakawan Kanan
      13. Asmah Binti Sabtu - Pustakawan Kanan
      14. Puan Nur Azian Azis - Pustakawan Kanan
      15. Cik Laily Hafidzun Binti Shukri - Pustakawan
      16. Puan Wan Nur Khalidah Binti Wahed - Pustakawan
      17. Encik Badlee Shah Bin Yahaya - Ketua Pembantu Pustakawan
      18. Mohd Khairul Idzwan Bin Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi
      19. Puan Ili Kaiyisah Binti Abdul Rahman - Pembantu Pustakawan
      20. Cik Noorbaizura Binti Mazlan - Pembantu Pustakawan
      21. Encik Muhammad Fikree Bin Rahmat - Jurufoto 

Penyerahan cenderamata PTAR oleh Puan Nor Azwani binti Mohamad (kiri)

Puan Norwahidah binti Abd. Wahid

Share:

Academic Libraries in Society 5.0 Era : Challenges and Opportunities


Pihak Pusat Perkembangan Perpustakaan Negara Indonesia telah menjemput Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan sebagai pembentang bagi tajuk Academic Libraries In Society 5.0 : Challenges and Oppurtunities

 

Share:

Saturday, 9 December 2023

Lawatan dari Rumah Anak-Anak Yatim Asnaf Al-Solihin

SHAH ALAM, 9 Disember 2023: Seramai 33 orang dari Rumah Anak-Anak Yatim Asnaf Al-Solihin yang terdiri daripada anak-anak yatim dan guru penyelia telah mengadakan lawatan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) seperti butiran berikut: 

Tarikh: 9 Disember 2023 (Sabtu)
Masa: 11:00 pagi 

Pustakawan Kanan Puan Siti Salwa Ab. Rahman telah memandu kumpulan pelawat sepanjang lawatan di PTAR. 

Kehadiran kumpulan pelawat di PTAR telah diiringi oleh kumpulan pelajar kelas Ko-kurikulum Khidmat Komuniti UiTM Shah Alam (HPD133A & HPD233D) sempena Karnival Semarak Siswa Madani & Sambutan Hari Sukarelawan Sedunia pada 9-10 Disember 2023 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). 












Share:

Thursday, 7 December 2023

Lawatan Tapak PNC Pembangunan UiTM bagi Projek Naik Taraf di PTAR


Shah Alam, 7 Disember 2023: Lawatan tapak Penolong Naib Canselor (PNC) Pembangunan YBhg. Profesor Ts. Dr. Md Yusof Hamid dan kumpulan kerjanya telah diadakan seperti berikut: 

Tarikh        : 6 Disember 2023
Masa          : 9:00 pagi
Ruang        : Bilik Perbincangan, aras 3, PTAR 
Staf Pejabat Pembangunan: 

    1. Ts. Mohammed Izrai bin Abd Razak - Ketua Bahagian Pembangunan Infrastruktur
    2. Zainudin bin Rebin - Jurutera
    3. Abdul Halim bin Abdullah - Ketua Penolong Jurutera 
    4. Tc. Azizul bin Ab Ghani - Penolong Jurutera Elektrik 
    5. Mohd Izam Azwar bin Sarffudin - Penolong Jurutera 

Lawatan tapak diadakan bersempena projek naik taraf Bilik Perbincangan PTAR dengan tajaan pihak industri Nusantara Technologies Sdn. Bhd.

Mengiringi PNC Pembangunan sepanjang lawatan tapak ini ialah Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Timbalan Ketua Pustakawan Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad 






Share:

SESI PERKONGSIAN BERSAMA PERPUSTAKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA

Shah Alam, 7 Disember 2023: Bersama-sama dengan Puan Shahidatul Akhmam bt Rambeli, Puan Nurul Aida bt Noor Azizi hadir bagi satu sesi lawatan kerja oleh Perpustakaan Nasional Republik Indonesia.

Antara agenda perbincangan adalah mengukuhkan hubungan antara perpustakaan UiTM bersama Perpustakaan Nasional Republik Indonesia. Turut diberi penerangan tentang transformasi perpustakaan UiTM yang boleh dijadikan contoh dan panduan. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan turut berkongsi projek pendigitalan JAWI dan Teaching Library.

Hasil perbincangan adalah kerja-kerja mengumpulkan buku-buku dan karya-karya yang boleh digabungkan bersama-sama dengan Pustakawan dari Negara Singapura dan Brunei.

Insya-Allah, dengan kerjasama ini akan mencerahkan masyarakat dan rakyat di samping membangunkan warisan Nusantara.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Bapak Drs. Muhammad Syarif Bando, Kepala Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PERPUSNAS) dan seluruh warga PERPUSNAS atas kesudian menerima kami dan kerjasama ini.

Delegasi dari Perpustakaan Negara Indonesia telah hadir ke PTAR yang terdiri daripada
 : 
Nama : Drs. Nurcahyono, SS., M.Si 
Pangkat/Gol : Pembina Utama Muda / IVc             
Jabatan : Kepala Pusat Pendidikan dan Pelatihan 

Nama : Dra. Nia Gusniawati NIP : 
Pangkat/Gol : Pembina Tk.I/ IV/b 
Jabatan : Pustakawan Ahli Madya 

Nama : Monalisa Silvia Maretta, S.Sos., MP. 
Pangkat/Gol : Pembina/ IV/a 
Jabatan : Pustakawan Ahli Madya 

Nama : Mohamad Indra Riawan, S.Kom.
Pangkat/Gol : Penata Tk.1/ III/d 
Jabatan : Pustakawan Ahli Muda


TAJUK

:

Academic Libraries and Special Needs School Libraries Development in Indonesia and Malaysia: Facts, Challenges, Services and Opportunities


TARIKH

:

7 Disember 2023 (Khamis)

MASA

:

9.00 pagi 

TEMPAT

:

Bilik Mesyuarat Utama, PTAR





Delegasi dibawa ke Bilik Koleksi Khas JAWI Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM



Share:

Tuesday, 5 December 2023

Lawatan Universitas Medan Area, Indonesia


Lawatan Universitas Medan Area, Medan, Sumatera Utara, Indonesia telah berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) seperti butiran berikut: 

Tarikh     :5 Disember 2023 (Selasa) 
Masa       : 2:15 petang
Jumlah    : 12 orang pelajar pasca-siswazah 

Lawatan di PTAR telah dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman dan Puan Azura Md Hashim. 

Ketibaan kumpulan pelawat ke PTAR telah diiringi oleh Dr. Nursaadatun Nisak Ahmad, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Shah Alam.   





Share:

Monday, 4 December 2023

Mesyuarat SENAT KHAS UiTM


Tempat : ILD UiTM, Nilai 
Tarikh : 4 dan 5 Disember 2023

Bersama YBhg Naib Canselor UiTM ke 7 YBhg. Datuk Prof. Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin dan ahli Senat UiTM dalam pertemuan Mesyuarat Senat Khas

 

Share:

Labels

Total Pageviews