• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday, 22 September 2023

Bengkel Perancangan Strategik PTJ Di Bawah Seliaan Naib Canselor 2024








Bengkel ini menghimpunkan Ketua-ketua PTJ dibawah Pejabat Naib Canselor bagi membincangkan dan membentangkan perancangan strategik tahun 2024 masing-masing kepada YBhg. Naib Canselor UiTM

Berikut adalah objektif bengkel dianjurkan :


Maklumat bengkel adalah seperti berikut :

    Tarikh : 22 - 24 September 2023
    Tempat : ILD UiTM Nilai










Share:

Knowledge Day Pejabat Pendaftar


Jawatankuasa Kecemerlangan Operasi Pejabat Pendaftar (OE BPD)  berbesar hati menjemput Yang Berusaha Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan sebagai penceramah bagi sesi BPD Knowledge Day 2023. Untuk makluman tuan, BPD Knowledge Day merupakan sesi anjuran Pejabat Pendaftar (BPD) yang bertujuan untuk memberi taklimat, penerangan dan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan dalam pelbagai perspektif kepada staf BPD sebagai inisiatif memperkasakan ilmu pengetahuan dan proses kerja. 

Oleh itu, kami sangat berbesar hati untuk menjemput tuan ke sesi ini seperti  ketetapan berikut:

Sesi       :  BPD Knowledge Day
Tarikh    : 22 September 2023 (Jumaat)
Masa     : 9.00 pagi - 11.00 tengahari
Tempat  : Dewan Al Ghazali
Tajuk     : Pembudayaan Kecemerlangan Operasi 


 

Share:

Thursday, 21 September 2023

Empat Kertas Kerja Penyelidikan Pustakawan UiTM dibentang di ICOLIS 2023

PUTRAJAYA, 21 September 2023 - Seramai empat orang Pustakawan UiTM telah membentang empat kertas kerja penyelidikan sempena 9th International Conference on Libraries, Information and Society 2023 (ICoLIS 2023). 

Berikut ialah empat judul kertas kerja penyelidikan: 

  1. Exploring Libraries, Citizen Science, and the Sustainable Development Goals (SDGs): Insights from Researchers and Project Managers / Nurfarawahidah B., Yanti Idaya Aspura, M.K., Khairunisa binti Nikman and Muniratul Husna binti Mohamad Zaki
  2. Malaysian University librarians' inclination towards Citizen Science / Nurfarawahidah B., Kiran, K. and Yanti Idaya Aspura, M.K.
  3. Current Landscape of Open Educational Resources (OER) in Malaysian Academic Libraries / Nurul Diana Jasni, Noorhidawati A. and Yanti Idaya Aspura, M.K.
  4. Enhancing Library Disaster Management through Open Science: A Focus on Preparedness, Response, Recovery, and Mitigation / Mohd Ismail Abidin, Kiran, K., and Samsuddin, SF
Pustakawan UiTM yang terlibat ialah: 
  1. Nurul Diana binti Jasni
  2. Mohd Ismail bin Abidin
  3. Nurfarawahidah binti Badruesham
  4. Muniratul Husna binti Mohamad Zaki
ICoLIS 2023 dianjurkan oleh Universiti Malaya dan berlangsung selama dua hari bermula 20 September hingga 21 September 2023 di The Everly Hotel, Putrajaya, Malaysia. 




Share:

Pustakawan UiTM Dr. Muslim Membentang Kertas Kerja Dalam Seminar Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 21 September 2023 - Pustakawan Kanan Dr. Muslim bin Ismail telah membentang kertas kerja konsep berjudul "The Concept of Islamic Spiritualism in dealing with plague and infectious disease outbreaks"

The International Conference on Social Science & Technology 2023 dianjurkan oleh Universiti Kuala Lumpur dengan kerjasama strategik Universiti Teknologi MARA. 

Rakaman pembentangan kertas kerja boleh dilayari menerusi saluran YouTube Dr. Muslim Ismail @ Ahmad . 





Share:

Tuesday, 19 September 2023

Program Kecerdasan Warga UiTM: PTAR@Unifit Aerobic 2U

SHAH ALAM, 19 September 2023 - Hujan yang turun lewat petang Selasa tidak mematahkan semangat warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam menyertai Program Kecerdasan Warga UiTM: PTAR@Unifit Aerobic 2U di Dewan Kompleks Sukan. 

Program anjuran Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam bertujuan membudayakan gaya hidup cergas dan sihat di kalangan warga UiTM serta menyokong matlamat SDG3= Good Health and Wellbeing. 

Dianggarkan seramai 50 orang staf PTAR telah menyertai program yang telah berlangsung selama satu jam bermula jam 5:00 petang. 

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan turut bersama-sama staf PTAR melakukan senaman aerobik. 

Kredit foto: Rozita Sharudin, PTAR. 











Share:

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod PTAR

SHAH ALAM, 18 September 2023 - Seramai 37 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) terdiri daripada Pengurus Rekod Universiti telah hadir di dalam kursus yang diadakan selama dua hari bermula 18 September 2023. 

Hadir bersama ialah Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan. 

Berikut ialah pecahan Pengurus Rekod Universiti mengikut fungsi: 

  1. 5 Pegawai Pengelas (Ketua Jabatan)
  2. 10 Pendaftar Rahsia (Pelaksana)
  3. 3 Pendaftar Rahsia & Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) (Pelaksana)
  4. 7 Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) (P&P) 
  5. 12 Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) (Pelaksana)

Objektif penganjuran kursus ialah mempertingkat kesedaran kepentingan dan kemahiran pengurusan rekod dalam kalangan Pengurus Rekod Universiti. 

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik PTAR selaku penganjur kursus telah mengundang penceramah berpengalaman dalam pengurusan Rekod UiTM antaranya Pegawai Arkib Kanan Puan Azniza Mohamad Nor, Pustakawan Kanan Encik Abdul Razak Abdul Rahman dan Pustakawan Puan Wan Nur Khalidah Wahed. 

Turut berkongsi ilmu mengenai pengurusan rekod penting universiti dan pengurusan rekod digital ialah Timbalan Ketua Pustakawan Puan Noor Hayati Abu Kassim, Pustakawan Encik Muhammad Azrul Nizam dan Pustakawan Kanan Encik Mohd Izwan Salim. 

















Share:

Monday, 18 September 2023

Perasmian Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-undang UiTM



 


SHAH ALAM, 18 September 2023 - Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam menganjurkan majlis perasmian Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-Undang, yang telah dijenamakan semula daripada nama Pusat Perundingan dan Nasihat Perundangan (Legal Consultation Centre) (LCC). 

Majlis perasmian ini dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor memperkenalkan Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-Undang selaku satu pusat khidmat nasihat undang-undang kepada semua warga UiTM dan orang awam yang dikendalikan oleh para pensyarah berpengalaman dan para pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang.

Ts Hj Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan yang menjalankan Tugas Ketua Pustakawan dijemput hadir menghadiri majlis perasmian ini bertempat di Bangunan Cempaka 2 Fakulti Undang-undang UiTM. Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-Undang sebagai pusat nasihat perundangan dan perundingan undang-undang yang terkemuka di UiTM selaras dengan visi UiTM untuk mempertingkat pengetahuan, kepakaran dan penglibatan pensyarah dalam khidmat masyarakat dalam mencapai kecemerlangan yang holistik.



Share:

Labels

Total Pageviews