• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday, 8 September 2023

Program Lokakarya Pengembangan Internasional Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga (UIN SUKA) Yogyakarta, Indonesia

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pusat Pengajian Sains Maklumat, UiTM Shah Alam telah diundang ke program Lokakarya Pengembangan Program International pada 5 hingga 7 September 2023 (Selasa hingga Khamis) di Fakultas Adab dan Ilmu Budaya, Universitas Negeri Islam Sunan Kalijaga (UIN SUKA), Yogyakarta, Indonesia. 

PTAR yang diwakili oleh Puan Aznur Umiza Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan disamping Dr. A'dillah Mustafa, Pensyarah Kanan telah bertindak sebagai source person bagi program Latihan Industri Pelajar UIN ke UiTM.  

Sesi perkongsian sumber maklumat telah dilaksanakan menerusi Program Workshop MBKM Internasional yang diadakan di Ruang teatrikal Gedung Kuliah Terpadu Lantai pada 6 September 2023. 

Wakil PTAR turut membincangkan perkara berikut: 

  1.           Perkongsian sumber bahan : Bercetak melalui ILL
  2.           Mahasiswa UIN SUKA yang terlibat dalam program pertukaran pelajar boleh merujuk kepada bahan UiTM
  3.           Artikel eJurnal dan Tesis : Akses oleh UIN SUKA
  4.           Librarian Exchange : Perpustakaan UIN SUKA dan UiTM
  5.       Webinar: Sesi Perkongsian

Program ini juga menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara UiTM dan UIN SUKA dan Program Pertukaran Pelajar UIN SUKA-UiTM seramai 9 orang adalah antara aktiviti terawal melibatkan kedua-dua negara. 

Surat Undangan Narasumber/ Source Person oleh Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga bertarikh 
25 Julai 2023

Perbincangan awal UiTM-UIN SUKA menerusi dalam talian bertarikh 29 Ogos 2023

Dr. A'dillah (kiri), Pn. Aznur (tengah) bersama Profesor Dr. Nurdin, S.Ag., S.S., M.A. Guru Besar Ilmu Perpustakaan (kanan)

Majlis menandatangani MoU antara UiTM-UIN SUKA di bilik Rektor. 

Gedung Kuliah Terpadu tempat berlangsungnya Program Workshop MBKM Internasional 

Seramai 70 orang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan staf perpustakaan terlibat dalam Program Workshop MBKM Internasional. 

Slot pembentangan Pn. Aznur Umiza Abu Kassim dan Dr. A'dillah Mustafa
Tentatif Program MBKM Workshop Internasional

Dr. A'dillah bersama 9 orang pelajar Program Pertukaran Pelajar UIN SUKA-UiTM

UiTM, staf Perpustakaan dan pensyarah UIN SUKA

Perpustakaan UIN SUKA

 
Replika Rektor Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Profesor Dr. Phil. H. Al Makin, S.A.g., M.A. dan Kepala Perpustakaan Dra. Labibah, MLIS. 

Kaunter Perpustakaan UIN SUKA

Ruang Santai Perpustakaan UIN SUKA

Ruang OKU Perpustakaan UIN SUKA

Koleksi Manuskrip Perpustakaan UIN SUKA 

Koleksi Manuskrip Perpustakaan UIN SUKA 

Koleksi Manuskrip Perpustakaan UIN SUKA 

Pameran aktiviti Perpustakaan UIN SUKA

Pintu Masuk Perpustakaan Grhatama Pustaka, Yogyakarta.

Suasana di pintu masuk Perpustakaan Grhatama Pustaka, Yogyakarta

Suasana Perpustakaan Grhatama Pustaka, Yogyakarta

Bergambar bersama Pustakawan Grhatama Pustaka, Yogyakarta 

Pustakawan Grhatama Pustaka menerangkan mengenai tulisan braille. 

Koleksi braille Perpustakaan Grhatama Pustaka

Ruang Pelawat Perpustakaan Grhatama Pustaka

Suasana dalam bangunan Perpustakaan Grhatama Pustaka.

Koleksi Manuskrip Perpustakaan Grhatama Pustaka.

Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat


Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat

Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat

Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat

Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat
Share:

Thursday, 7 September 2023

Taklimat Penggunaan Paper Machine dan Grammarly di UiTM cawangan Melaka




MELAKA, 7 September 2023, Khamis - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah diundang untuk menyampaikan Taklimat Penggunaan Paper Machine dan Grammarly sempena Bengkel 2 Days Boot Camp Writing On Indexed Journal yang dianjurkan oleh Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka. 

Taklimat telah disampaikan oleh Dr Hajah Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Shah Alam dengan dibantu oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka sebagai fasilitator dari PTAR. 

Seramai 50 orang peserta terdiri daripada kumpulan penyelidik UiTM Cawangan Melaka telah menyertai taklimat selama dua jam yang diadakan di di Mini Auditorium, Aras 7, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka, bermula jam 10.00 pagi.














Share:

PTAR dipilih lokasi Penjurian Anugerah Nilam Daerah Klang

SHAH ALAM, 5 September 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah dijadikan lokasi penjurian Anugerah Nilam daerah Klang selama 4 hari berturut-turut bermula 5 September 2023 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor. 

Proses penjurian yang diadakan di Ruang Bicara, PTAR turut melibatkan staf PTAR berikut: 

  1. Puan Eza Eliana binti Abdul Wahid 
  2. Puan Nurul Aida Noor Azizi

Seramai 20 orang terdiri daripada barisan juri dan peserta daripada sekolah dalam daerah Klang terlibat dengan program penjurian ini. 

















Share:

Labels

Total Pageviews