• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday, 7 July 2023

Bicara Ilmu: Wacana Membangun Malaysia Madani

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) telah menganjurkan Bicara Ilmu: Wacana Membangun Malaysia Madani seperti butiran berikut: 

Tarikh: 5 Julai 2023 (Rabu) 
Masa: 2:30 petang hingga 4:00 petang 
Tempat: Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam 

Wacana yang dibawakan secara hibrid telah berjaya menarik jumlah tontonan sebanyak 183 tontonan (50 penonton fizikal dan 133 penonton dalam talian). 

Membicarakan aspek pembangunan negara menerusi gagasan Malaysia Madani, wacana yang telah bersiaran hampir dua jam ini telah membariskan dua orang pakar daripada Institut Darul Ehsan iaitu Encik Sharipuddin Muis dan Encik Khairul Arifin Mohd Munir. 

Untuk tontonan semula sila layari YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UITM. 




















Share:

Forum Semarak Jawi: Jawi Lambang Cerminan Bangsa

 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Forum Semarak Jawi: Jawi Lambang Cerminan Bangsa seperti butiran berikut:

Tarikh: 5 Julai 2023 (Rabu) 
Masa: 9:30 pagi hingga 11:30 pagi 
Tempat: Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Shah Alam

Forum yang telah berlangsung selama dua jam ini bertujuan menyebar luas pengetahuan mengenai tulisan Jawi  daripada aspek sejarah, perkembangan, teknologi aplikasi dan sokongan institusi dan masyarakat. 

Membawakan dua orang pakar tempatan dalam tulisan jawi iaitu Profesor Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz dan Dr. Makmur Harun, forum yang dibawakan secara hibrid telah mendapat jumlah tontonan sewaktu bersiaran sebanyak 371 tontonan iaitu 50 orang penonton fizikal  di LCE dan 321 orang penonton. 

Forum Semarak Jawi boleh ditonton menerusi saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UITM.  















Share:

Pameran Semarak Warisan Bangsa

 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia sedang menganjurkan Pameran Semarak Warisan Bangsa seperti berikut: 

Tarikh: 3 hingga 31 Julai 2023
Masa: 8:30 pagi hingga 4:30 petang 
Tempat: Ruang Bicara, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam 

Pameran Semarak Warisan Bangsa ialah pameran bahan manuskrip yang berkonsepkan bangsa Melayu dan nasionalisme. 

Ianya mengandungi koleksi Manuskrip, Koleksi Kemerdekaan, Manuskrip Al-Quran Tulisan Tangan dan Karya Ulama’ Perempuan Di Alam Melayu. 

Pameran ini adalah hasil kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Pustaka Al-Qardawi.  













Share:

Labels

Total Pageviews