• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday, 10 May 2023

#QuranHour Tadabbur Surah Al Insan dan Ulasan Kitab Tafsir Al-Quran Abru Al Athir

 



Kembali kepada hakikat kejadian manusia.

Itulah yang boleh digambarkan apabila menghadiri program #QuranHour pada 18 April 2023.

Sebaik sahaja hadirin selesai membaca sepuluh ayat awal Surah Al-Insan, Ustaz Haji Md. Idris Abdullah memulakan syarahannya dengan gaya yang agak santai namun mengesankan.

Beliau menyebut, setelah manusia dan jin diciptakan, maka Allah timpakan ujian demi menguji tahap ketaatan iman masing-masing sewaktu hidup di dunia. Sekiranya manusia beriman, maka akan menerima balasan syurga namun jika sebaliknya, sesungguhnya azab Allah amatlah pedih. 

Seperti surah-surah lain yang terkandung dalam Al-Quran, dalam surah ini turut dinyatakan akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Program #QuranHour ini adalah inisiatif Read@UiTM, PTAR dan telah dihoskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tazkirah PTAR Encik Asraf Zamani bin Hazim. 


 



Share:

Tuesday, 2 May 2023

Lawatan Kerja Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke Universiti Teknologi MARA

 Pada 2 Mei 2023 bertempat di Aras 3, Bilik Mesyuarat Jabatan Pengurusan Sumber Manusia telah berlangsung pertemuan antara pihak JPA dengan UiTM. PTAR diketuai oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, menjalankan tugas Ketua Pustakawan, En Ahmad Amiri ,Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan En Mohd Khairul Idzwan, Pembantu Pustakawan Tertinggi. Manakala pihak JPA diketua oleh En Yusrizal bin Ahmad Timbalan Pengarah, Bahagian Perjawatan dan Organisasi. Pejabat Pendaftar pula diketuai oleh Encik Nor Amiruddin bin Mokhtaruddin Ketua Timbalan Pendaftar



Share:

Wednesday, 26 April 2023

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023

 


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh warga UiTM. 


Bila baring terus terlelap, 

Jangan sampai tidak bangun pagi, 

Jika ada salah dan silap,

Jangan simpan di dalam hati.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.


Ikhlas dari:

Jabatan Pengurusan Perpustakaan

Perpustakaan Tun Abdul Razak

UiTM Shah Alam


Share:

Wednesday, 19 April 2023

Mesyuarat Penambahbaikan Galeri Universiti

Mesyuarat telah diadakan pada 18 April 2023 jam 11.30 pagi bertempat di Pejabat TNC ICAN UiTM. Dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohamad Hariri bin Hj Abdullah, TNC ICAN UiTM dan PTAR dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan yang menjalankan fungsi Ketua Pustakawan dan En. Ahmad Amiri selaku Ketua Jabatan Arkib Universiti



Share:

Wednesday, 12 April 2023

Kompetensi Penulisan Artikel Bukan Fiksyen Dan Media Sosial

 


Perkongsian oleh Pengasas Bersama dan Ketua Kandungan syarikat The Patriots Encik Nur Helmi bin Afandi telah membuka mata peserta mengenai penulisan artikel di media sosial. 

Kelas Penulisan Artikel Bukan Fiksyen dan Media Sosial telah dihadiri seramai 20 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang terdiri daripada pentadbir media sosial PTAR Shah Alam. 

Program sehari ini dianjurkan bagi mendalami mengenai pengurusan kandungan di media sosial khususnya kandungan yang boleh meraih perhatian pengguna untuk membaca. 

Encik Nur Helmi telah mengendalikan program ini kepada tiga bahagian iaitu saluran media sosial, kandungan media sosial dan penjenamaan (branding). Penyampaian yang ringkas dan mudah difahami turut disertai dengan latihan penulisan kandungan media sosial dan latihan pengurusan penjenamaan.

Sementara itu, para pengguna PTAR telah berpeluang memperoleh buku terbitan Patriots Publishing di kaunter jualan buku The Patriots@PTAR  di aras 3 ruang Library Community Engagement (LCE). Lebih 20 judul buku terbitan Patriots Publishing dipamer bagi memudahkan pengguna memilih judul yang diminati. 

Bermula sejak tahun 2015, The Patriots telah berjaya mengembangkan jenamanya menerusi penerbitan pelbagai genre penulisan di samping mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial. Sehingga kini, The Patriots mempunyai 300 ribu pengikut di laman facebook, 100 ribu pengikut di Twitter, 100 ribu pengikut di Instagram dan 10 ribu pengikut di Tik Tok. 

Penganjuran program ini adalah di bawah Strategi 7 Read@UiTM iaitu Pemantapan Aktiviti Pembacaan dan Penulisan oleh Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan (JPP), PTAR.   















Share:

Tuesday, 11 April 2023

Program Rewang Ramadan Perdana UiTM 2023

 

Seramai 24 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah secara bergilir-gilir menyertai program Rewang Ramadan Perdana UiTM 2023 yang telah diadakan di perkarangan parkir terbuka Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 April 2023 bersamaan 20 Ramadan 1444H.

Program rewang ini telah berjaya menyediakan sejumlah 8 periuk besar bubur lambuk untuk diagihkan kepada seluruh warga UiTM Shah Alam. 

Selain PTAR, 21 jabatan UiTM Shah Alam berikut turut menyertai program Rewang Ramadan ini: 

  1. Pejabat Naib Canselor
  2. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 
  3. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
  4. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
  5. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni)
  6. Pejabat Pendaftar
  7. Pejabat Bendahari
  8. Pejabat Penasihat Undang-Undang
  9. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
  10. Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur
  11. Kolej Pengajian Seni Kreatif
  12. Kolej Pengajian Kejuruteraan 
  13. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media 
  14. Kolej Pengajian Alam Bina
  15. Fakulti Sains Gunaan 
  16. Fakulti Undang-Undang
  17. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
  18. Akademi Pengajian Bahasa (APB) 
  19. Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) 
  20. Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS)
  21. Institut Sains (IOS) 
Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah binti Mohd Janor telah sudi meluangkan masa hadir sebagai perasmi program disamping turut mengiringi pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros.

Kedua-dua tetamu kehormat ini kelihatan menyertai aktiviti memasak bubur lambuk mengikut jabatan sambil beramah mesra bersama staf bertugas di program rewang kali ini.

Program Rewang Ramadan Perdana UiTM 2023 telah dianjurkan secara bersama oleh 5 jabatan berikut: 

  1. Jabatan Komunikasi
  2. Bahagian Hal Ehwal Islam
  3. Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan 
  4. Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur
  5. Ibu Pejabat Polis Bantuan. 
Agihan bubur lambuk telah diadakan jam 3:00 petang menerusi wakil setiap jabatan dan menandakan program Rewang Ramadan Perdana UiTM 2023 telah berakhir dengan jayanya. 










Share:

Wednesday, 5 April 2023

Ts. Hj. Azizi Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan UiTM

YBhg. Datuk Naib Canselor telah bersetuju melantik YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa mulai 3 April 2023 hingga ketetapan baharu dibuat.

Pemakluman mengenai perkara ini telah dilakukan menerusi hantaran emel bertarikh 4 April 2023, jam 2:24 minit petang oleh Korporat Perpustakaan UiTM kepada seluruh warga UiTM. 

Ketua Pustakawan UiTM YBrs. Encik Jamalludin bin Haji Sulaiman telah mula bercuti pada 3 April 2023 hari Isnin sehingga tarikh persaraan beliau pada 15 Mei 2023. 

Seluruh warga Perpustakaan UiTM mengucapkan Selamat Menjalankan Tugas buat Tuan Ts Hj Azizi Hj. Jantan. 



Share:

Labels

Total Pageviews