𝟐.𝟐.𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦 -
Pejabat PERKESO Negeri Selangor telah mengadakan perbincangan serta
lawatan tapak bagi program karnival kerjaya.
Kesinambungan
kunjungan hormat dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UITM bersama
PERKESO Negeri Selangor, Pejabat PERKESO Negeri Selangor dengan
kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UITM bakal mengadakan
karnival kerjaya pada Februari ini.
Sesi perbincangan pada hari
ini membincangkan hala tuju PERKESO dalam memastikan program penempatan
pekerjaan melalui Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan Negeri dapat membantu
Orang Berinsurans dibawah Sistem Insurans Pekerjaan yang kehilangan
pekerjaan dan juga Penganggur mendapatkan pekerjaan.
Peranan
Perpustakaan sebelum ini yang merupakan tempat rujukan pelajar untuk
mendapat maklumat telah diperkembangkan lagi dengan menjadikan
perpustakaan sebagai Pusat Sumber untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Ini merupakan salah satu bentuk jajaran baru dari pihak PTAR bagi
memastikan kepelbagaian fungsi perpustakaan kepada pelajar UITM dan juga
orang awam.
Sesi perbincangan pada hari ini telah dihadiri oleh
YBrs Tuan Hj Azizi bin Hj Jantan Ketua Timbalan Pustakawan, Puan
Shahidatul Akhmam binti Rambeli Timbalan Ketua Pustakawan, Puan
Zuhaslinda binti Sulaiman Pustakawan Kanan, Encik Khairul Idzwan bin
Mohd Saad Pembantu Pustakawan Tertinggi.
Barisan dari Cawangan
Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Selangor YBrs Mohammed Syaddad Bin Marop
Ketua Negeri Perkhidmatan Pekerjaan, Khairina Fatin Shahirah Binti
Khairuddin Pengurus Kes, Muhammad Iqbal Bin. Mohd Yusop Pegawai
Perkhidmatan Pekerjaan, Syaznida Binti. Othman Pegawai Perkhidmatan
Pekerjaan dan En Mohd Sazuan bin Abdul Hadi Pegawai Strategik Korporat
PERKESO Negeri Selangor.
Semoga dengan usaha kerjasama ini dapat
mempelbagaikan lagi ruang dan peluang kepada semua pencari kerja untuk
mendapat pekerjaan seterusnya menjadikan Perpustakaan ini sebagai salah
satu Pusat Satelite MyFutureJobs.