• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday, 8 February 2023

Persediaan Penyediaan Tempat Coffee Talk With Rozie Episod 1 Tahun 2023

 

Persediaan tempat dan program mengadakan Coffee Talk With Rozie

Lawatan Tapak oleh team Jabatan Komunikasi Korporat dan team CTWR di Ruang Media PTAR



Share:

Friday, 3 February 2023

Pembinaan Surau Baharu PTAR

Shah Alam, 2 Februari 2023 - PTAR akan memperoleh surau baharu di aras 5 yang boleh menampung hingga 40 orang pengguna beribadah pada satu masa. 

Kerja-kerja pembinaan surau oleh kontraktor yang dilantik dijangka mengambil masa selama 14 hari bermula pada 2 Februari 2023. 

Cadangan pembinaan surau baharu PTAR ini adalah untuk menggantikan surau sedia ada yang berusia sepuluh tahun dan hanya boleh memuatkan pengguna hanya 4 orang pada satu masa. Asalnya, surau yang kecil ini ialah Bilik Penyelidikan dan Penulisan yang telah diubah bagi kegunaan beribadah buat pengguna PTAR beragama Islam. 

Sejak lebih sepuluh tahun yang lalu, berlaku permintaan yang tinggi oleh pengguna PTAR bagi mendapat  kemudahan surau di dalam perpustakaan. Faktor keselamatan pengguna khususnya pada waktu malam turut mendorong kepada pembinaan surau yang baharu ini. 

Lokasi surau baharu ini telah dibina sebelah menyebelah bagi kemudahan pengguna lelaki dan perempuan berkeluasan 4.26 meter lebar dan 5.48 meter panjang seunit. Ruang ini akan dilengkapi dengan kemudahan lantai vynil baharu yang menggunakan hasil sumbangan orang ramai. 

Terima kasih kepada penyumbang kemudahan perpustakaan UiTM. 

Surau Lelaki (asal)
Surau Perempuan (asal)
Pembinaan surau baharu






 


Share:

Memperhebat aspirasi GRU2025 menerusi Webinar Bicara Transformasi, Bicara Motivasi dan Bual Bicara di Radio UiTM



Shah Alam, 1 Februari 2023 - Kepakaran PTAR dalam penerbitan program siaran langsung terbukti apabila telah diundang ke Mesyuarat Kolaborasi Penganjuran Program Webinar Bicara Transformasi, Bicara Motivasi dan Bual Bicara di Radio UiTM. 

Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Pengarah BTU Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Faizul Yahya dan Ketua Unit Transformasi Minda dan Organisasi Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus telah berlangsung di BTU, Bangunan Canseleri. Turut hadir dalam mesyuarat selama dua jam ini ialah Penolong Penerbit Rancangan Kanan Radio UiTM (UFM) Puan Nurafiza Abu Bakar dan Penolong Pendaftar Kanan ACIS Encik Muhammad Khalid Abdullah.  

Wakil PTAR yang terdiri daripada Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Ketua Unit Perhubungan Awam Puan Zuhaslinda Sulaiman dan Pembantu Pustakawan Tertinggi Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad, telah hadir bagi membincangkan objektif dan penyelarasan strategi diperingkat PTAR bersama jabatan terlibat. Jabatan Korporat UiTM dan Institute of Leadership and Development (ILD) UiTM turut disebut bagi menyokong pelaksanaan program ini. 

Sejumlah 29 topik pilihan menarik yang menyentuh tema-tema dalam Pelan Strategik UiTM 2025 telah sedia untuk dibicara dengan lebih lanjut menerusi penganjuran ketiga-tiga program ini. Antara topik yang dijangka menarik ialah Transformasi Keusahawanan, Transformasi Digital dan Transformasi Minda. Turut tersenarai topik berkaitan kualiti penerbitan UiTM dan Transformasi Kepimpinan. 

Program yang akan bersiaran selama dua jam ini akan mengundang tetamu khas dari Kampus/ Fakulti/ Jabatan di UiTM untuk berkongsi amalan terbaik yang boleh dicontohi oleh warga UiTM. Kepakaran luaran akan turut diundang untuk mengemukakan input dikalangan agensi pendidikan negara. 

Siri Webinar Bicara Strategi Transformasi dijangka akan mula bersiaran di Ruang Media PTAR bermula pada hari Selasa minggu ketiga bulan Februari. Manakala siri Bicara Motivasi Transformasi yang akan diterajui oleh ACIS dijangka akan mula bersiaran pada hari Jumaat minggu pertama  bermula bulan Mac. 

Program-program ini bermatlamat sebagai agen transformasi minda disamping pengukuhan 'mindset' yang betul dikalangan warga UiTM. Disamping itu, kesemua program ini dirangka bagi menyedia warga UiTM ke arah pencapaian aspirasi Globally Renowned University 2025 (GRU2025) UiTM.  

Siri webinar, bicara motivasi dan bual bicara di radio ini akan dianjurkan secara bulanan sepanjang tahun 2023 dan terbuka untuk semua warga UiTM. Ayuh bersama memperhebat aspirasi GRU2025 UiTM. 

 


 





Share:

Thursday, 2 February 2023

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 & 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 (𝐏𝐓𝐀𝐑) 𝐔i𝐓𝐌 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦





 

𝟐.𝟐.𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦 - Pejabat PERKESO Negeri Selangor telah mengadakan perbincangan serta lawatan tapak bagi program karnival kerjaya.

Kesinambungan kunjungan hormat dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UITM bersama PERKESO Negeri Selangor, Pejabat PERKESO Negeri Selangor dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UITM bakal mengadakan karnival kerjaya pada Februari ini.

Sesi perbincangan pada hari ini membincangkan hala tuju PERKESO dalam memastikan program penempatan pekerjaan melalui Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan Negeri dapat membantu Orang Berinsurans dibawah Sistem Insurans Pekerjaan yang kehilangan pekerjaan dan juga Penganggur mendapatkan pekerjaan.

Peranan Perpustakaan sebelum ini yang merupakan tempat rujukan pelajar untuk mendapat maklumat telah diperkembangkan lagi dengan menjadikan perpustakaan sebagai Pusat Sumber untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Ini merupakan salah satu bentuk jajaran baru dari pihak PTAR bagi memastikan kepelbagaian fungsi perpustakaan kepada pelajar UITM dan juga orang awam.

Sesi perbincangan pada hari ini telah dihadiri oleh YBrs Tuan Hj Azizi bin Hj Jantan Ketua Timbalan Pustakawan, Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Zuhaslinda binti Sulaiman Pustakawan Kanan, Encik Khairul Idzwan bin Mohd Saad Pembantu Pustakawan Tertinggi.

Barisan dari Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Selangor YBrs Mohammed Syaddad Bin Marop Ketua Negeri Perkhidmatan Pekerjaan, Khairina Fatin Shahirah Binti Khairuddin Pengurus Kes, Muhammad Iqbal Bin. Mohd Yusop Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Syaznida Binti. Othman Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan En Mohd Sazuan bin Abdul Hadi Pegawai Strategik Korporat PERKESO Negeri Selangor.

Semoga dengan usaha kerjasama ini dapat mempelbagaikan lagi ruang dan peluang kepada semua pencari kerja untuk mendapat pekerjaan seterusnya menjadikan Perpustakaan ini sebagai salah satu Pusat Satelite MyFutureJobs.

Share:

Wednesday, 1 February 2023

Penerimaan Buku Sumbangan Perpustakaan UiTM kepada Perpustakaan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI)

 




Perpustakaan UiTM telah menyumbang sebanyak 68 judul buku kepada Perpustakaan UPI. Ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan berdasar kepada Memorandum Kerjasama (MOC) antara Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dengan Perpustakaan Universiti Pendidikan Indonesia pada 11 Disember 2022.

Pihak Perpustakaan UPI juga telah mengkatalog bahan tersebut di dalam sistem OPAC untuk proses pinjaman.Buku UiTM di dalam OPAC UPI




Share:

Wednesday, 25 January 2023

MESYUARAT SEMAKAN DATA STRATEGIK UNIVERSITI

Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dengan kerjasama Jawatankuasa Ranking Universiti ke arah mendokumentasi dan membangunkan data architecture UiTM secara keseluruhan. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyemak data strategik di setiap domain utama pusat tanggungjawab (PTJ) universiti selaku pemegang data-data strategik universiti.


Tarikh             :  25 Januari 2023 (Rabu)

Masa               :  8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat           :  Dewan Melati Perak, Kolej Melati



Share:

Friday, 20 January 2023

Bengkel Persediaan ABM 2024 Perjawatan Perpustakaan UiTM

 Bengkel persediaan perjawatan bagi ABM 2024 telah dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Pn Norazwani Mohamad Timbalan Ketua Pustakawan. Kehadiran ini penting untuk memastikan dokumen permohonan Perpustaaan UiTM adalah lengkap dan tepat.

Semoga Perpustakaan UiTM akan lebih kukuh pengorganisasian dan penstrukturan di masa hadapan.



Share:

Labels

Total Pageviews