Sesi temuduga bagi saringan kedua telah diadakan pada 12 Januari 2023 bertempat di Aras 3 Pejabat Pendaftar. Semoga calon-calon yang berjaya pada saringan kedua ini dapat memberikan prestasi masing-masing. Semoga kejayaan anda akan memberikan nilai tambah dan memajukan Universiti dan Perpustakaan UiTM berdasarkan kompetensi dan bakat masing-masing.
Thursday, 12 January 2023
Tuesday, 10 January 2023
Projek Stor kepada Ruang Media
Projek yang bermua pada 1 Oktober 2022 sehingga 9 Januari 2023 ini berjaya dilaksanakan dengan berkat kerjasama pihak yang terlibat. Pada hari ini secara rasminya pertama kali ruang ini digunakan bagi sesi fotografi staf PTAR.
Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Penolong Naib Canselor (Keusahawanan)
Shah Alam, 9 Januari 2023 - PTAR memulai kolaborasi pertama tahun ini apabila telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) YBhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang.
Kunjungan yang amat mesra ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, aras 3, Kompleks Keusahawanan. Seramai 11 orang terlibat dalam pertemuan yang diadakan pada hari Isnin, jam 2:30 petang.
Memulakan bicara, YBhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah telah mengalu-alukan kehadiran wakil PTAR seramai lima orang yang diketuai oleh Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan.
Selaku jabatan yang menganjur pertemuan ini, Tuan Ts. Hj. Azizi telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan prasarana terkini PTAR termasuk koleksi keusahawan. Dengan penyampaian yang santai namun berkesan, taklimat disampaikan telah menarik minat wakil MASMED untuk bertandang ke PTAR.
Selanjutnya, pertemuan ini turut membincangkan program-program yang boleh dirintis dan dijayakan secara bersama. Kekuatan dan kepakaran antara jabatan seharusnya saling berhubung agar manfaat yang lebih besar diperoleh oleh keseluruhan warga universiti.
Di akhir pertemuan selama satu jam ini, kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi demi menjayakan program bersama sepanjang tahun ini.
Tuesday, 3 January 2023
Perbincangan Projek Khas VC Paper Machine
Pada 3 Januari 2023 telah diadakan perbincangan tentang projek Paper Machine antara team PTAR dengan team BTU UiTM. Team PTAR dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, En Mohd Faizal dan Pn Wan Izzatul manakala team BTU dihadiri oleh Pengarah BTU Prof. Madya Dr. Mohamad Faizul Yahya dan Dr. Mohamad Fariz Mohamad Taib, Koordinator Analisis Perancangan Strategik. Pertemuan ini berlangsung di Pusat IT PTAR
Saturday, 17 December 2022
Pembentangan Perancangan Strategik di Bawah Seliaan PTJ Pejabat Naib Canselor
![]() |
Wednesday, 14 December 2022
UiTM, UPI meterai MOC Berfokuskan kepada Pembangunan perpustakaan dan Profesional Pustakawan
Menerusi MOC ini, institusi pendidikan tinggi di kedua-dua negara ini akan bekerjasama erat dalam perkara berkaitan pembangunan repositori, perkhidmatan perpustakaan dan komuniti serta pembangunan bakat di perpustakaan akademik.
Pemeteraian MOC ini telah ditandatangani oleh Ketua Timbalan Pustakawan UiTM YBrs. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Ketua Pustakawan UPI YBrs. Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si.
Turut hadir di majlis yang diadakan di Perpustakaan UPI, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, ialah Ketua Jabatan Perolehan Bahan Perpustakaan UPI YBrs. Hada Hidayat Margana, M.I.Kom., Pustakawan Kanan UiTM Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar dan Pustakawan UiTM Encik Asraf Zamani bin Hazim.
Dengan termeterainya MOC ini, Perpustakaan UiTM komited terhadap halatuju UiTM ke arah Gobally Renowned University 2025 (GRU2025) disamping memartabatkan perpustakaan dan profesion kepustakawanan di peringkat antarabangsa.
YBrs. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (tiga dari kiri) dan YBrs. Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si.






.jpeg)






.jpeg)
.jpeg)




