• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Tuesday, 24 December 2024

Perpustakaan UiTM raih 7 anugerah di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi Kualiti UiTM 2024

Selasa 
24 Disember 2024 
 22 جمادي الأخير 1446

Kejayaan merangkul 7 anugerah sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi Kualiti UiTM 2024 telah melakar kenangan manis buat warga Perpustakaan UiTM. 

Menerusi majlis yang baharu sahaja diadakan di Dewan Agung Tunku Canselor, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah merangkul 6 anugerah manakala 1 anugerah diraih Perpustakaan UiTM cawangan Melaka. 

7 anugerah tersebut adalah: 
  1. Juara Kategori Bahagian/Pusat/Unit
  2. Kategori Kriteria Kepimpinan 
  3. Kategori Bidang Tumpuan Penyampaian Perkhidmatan 
  4. Saguhati Pengurusan Teks Penuh Bahan Harta Intelek UiTM 
  5. Saguhati Pengurusan Bakat Staf PTAR
  6. Poster Terbaik Pengurusan Bakat Staf PTAR 
  7. Johan Kumpulan C-Lite (Perpustakaan UiTM cawangan Melaka). 
Dalam majlis yang sama, seramai 9 orang staf perpustakaan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2023 seperti nama berikut: 
  1. Remie Salleh Udin - Pembantu Pustakawan Kanan 
  2. Ja'amayah Kosnan - Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
  3. Mohd Alfarabie Mohd Nasir - Pustakawan Kanan 
  4. Herman Tanbeh - Pembantu Pustakawan Kanan
  5. Mohd Adib Mohd Muhsin - Pembantu Pustakawan Kanan
  6. Wan Nur Syuhada Wan Adnan - Pembantu Pustakawan 
  7. Abdul Halim Mohd Daud - Pembantu Pustakawan Tertinggi
  8. Kamarulazlan Mohamad - Pembantu Pustakawan Kanan
  9. Nik Zatihulwani Jamaludin - Pustakawan Kanan 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 


























Share:

Monday, 23 December 2024

Mesyuarat Penutup Audit Dalam bil. 2/2024

Isnin
23 Disember 2024 
 21 جمادي الأخير 1446

Mesyuarat Penutup Audit Dalam bil. 2/2024 telah dilaksanakan pada jam 2:30 petang dengan keputusan 2 Minor dan 18 Scope for Improvement atau SFI. 

Terdapat peningkatan jumlah penemuan berbanding hanya 5 penemuan berstatus SFI sewaktu pengauditan bil. 1/2024. Berikutnya, proses penambahbaikan oleh setiap bahagian yang terlibat akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat agar proses setelah ditambah baik dipatuhi sepenuhnya. 

Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi Haji Jantan ketika mengulas laporan penemuan hasil audit menyatakan beliau berpuas hati dengan sesi pengauditan kali ini. Namun begitu, beliau menasihati agar disertakan punca kuasa untuk setiap penemuan serta menuntut penyelesaian masalah secara tuntas agar isu yang sama tidak berulang di masa hadapan. 

Beliau turut menggesa agar setiap bahagian perlu bersama-sama menggalas amanah memastikan agar proses perpustakaan berjalan lancar terutama melibatkan sistem automasi perpustakaan ketika ini. 

Seramai hampir 30 orang staf perpustakaan telah hadir bagi memberikan maklumbalas berkaitan penemuan audit yang telah dibentangkan oleh Ketua Sistem Audit (KSA) Puan Siti Aishah Sadan dan Timbalan KSA Puan Siti Salwa A. Rahman. 

Pelaksanaan pengauditan dalaman sebanyak dua kali setahun telah diamalkan sejak perpustakaan memperoleh pensijilan ISO9001 pada tahun 2006 adalah bagi memastikan penyampaian kualiti perkhidmatan perpustakaan adalah ditahap terbaik. 







Share:

Tuesday, 17 December 2024

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam bil. 2/2024

Selasa
17 Disember 2024 
 15 جمادي الأخير 1446

Amalan pengauditan di Perpustakaan Tun Abdul Razak bermula lagi dengan Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam bil. 2/2024 telah diadakan pada 2:30 petang Selasa di Bilik Seminar. 

Disertai oleh hampir 40 orang terdiri dari auditor dan auditee, sesi pengauditan kali ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 17-18 Disember 2024 dan melibatkan 6 auditor yang akan mengaudit 5 bahagian. 

Pengauditan melibatkan 70 auditee akan melihat keseluruhan aspek operasi dan pengurusan di 5 bahagian utama perpustakaan yang menyumbang terhadap kelancaran penyampaian perkhidmatan perpustakaan. 

Seramai 6 orang auditor telah terpilih untuk melaksanakan pengauditan kali ini iaitu: 
  1. Pn. Nurul Farihah Binti Sarmin Panut
  2. En. Mohd Alfarabie Bin Mohd Nasir
  3. Pn. Nur Azian Binti Azis
  4. Pn. Masnida Hanim Binti Che Mahmood
  5. En. Mohd Hazrul Bin Mohd Hussin
  6. Pn. Roszainatul Haizan Binti Rusili
Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi Haji Jantan dalam ucapannya berharap agar amalan pengauditan kali ini menfokuskan isu-isu utama perpustakaan terutama melibatkan perkhidmatan pengguna. Beliau menambah, ketepatan maklumat dalam laporan hasil audit sentiasa menjadi keutamaan dan budaya berterusan dalam apa jua bentuk laporan. 

Ts Haji Azizi turut mengingatkan tentang persediaan semua pihak dalam menghadapi program tahun 2025 antaranya lawatan Institut Forensik Negara pada 2 Januari, audit Lloyd's pada 23-24 Januari, audit keselamatan atau Malaysian Society for Occupational Safety and Health-MSOSH dan Congress of Southeast Asian Librarians-CONSAL bakal berlangsung pada 19 Jun 2025. 

Mesyuarat berakhir jam 3:50 petang. 





MESYUARAT PRA AUDIT PADA 16 NOVEMBER 2024




SESI PENGAUDITAN 


Share:

Monday, 2 December 2024

Mengurus proses kerja perpustakaan menerusi Repositori Tadbir Urus Perpustakaan

Isnin 
2 Disember 2024 
 30 جمادي الأول 1446

کڤنتيڠن مڠوروس دان ملكسانا ڤروسيس کرجا برڤندوکن داسر، اکتا، ڤکليليڠ اتاو ݢاريس ڤندوان سچارا Ú†Ú©Ú¤ دان ڤانتس تله مندوروڠ ڤرڤوستاکاءن تون عبد الرازق  ممباڠونکن سيستم ريڤوسيتوري تدبير اوروس ڤرڤوستاکاءن UiTM.

Kepentingan mengurus dan melaksana proses kerja berpandukan Dasar, Akta, Pekeliling atau Garis Panduan secara cekap dan pantas telah mendorong Perpustakaan Tun Abdul Razak membangunkan sistem Repositori Tadbir Urus Perpustakaan UiTM. 

Oleh yang demikian, satu sesi Taklimat Repositori Tadbir Urus Perpustakaan UiTM telah diadakan  pada pagi Isnin melibatkan seluruh sistem Perpustakaan UiTM. 

Seramai 402 orang staf perpustakaan telah hadir di dalam taklimat yang disampaikan secara dalam talian oleh Puan Nor Azwani Mohamad, Ketua Bahagian Pengurusan Perpustakaan. 

Taklimat dimulai dengan sesi penerangan mengenai latar belakang sistem repositori olah Puan Nor Azwani Mohamad selama sejam. Sesudah selesai, Puan Wan Nur Khalidah Wahed telah mengambil tempat dengan sesi penerangan mengenai operasi sistem repositori terutama proses muat naik bahan rujukan mengikut 262 proses kerja perpustakaan. 

Dengan pelaksanaan repositori tadbir urus akan meningkatkan kecekapan proses kerja perpustakaan, mengurangkan risiko dan membangunkan proses kerja baharu yang inovatif dan mampan. 





Share:

Labels

Total Pageviews