• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday, 29 November 2024

Repositori Persuratan Jawi, Khazanah Melayu curi tumpuan dalam majlis Setahun Naib Canselor bersama UiTM

Jumaat
29 November 2024 
27 جمادي الأول 1446

ريڤوسيتوري ڤرسورتن جاوي دان ريڤوسيتوري خزانه ملايو انتارا ڤرکارا يڠ منچوري تومڤوان دان ترکاندوڠ دالم اوچڤن سمڤنا مجليس ستاهون ناءيب چنسلور ک-7 برسام  UiTM.

Repositori Persuratan Jawi dan Repositori Khazanah Melayu antara perkara yang mencuri tumpuan dan terkandung dalam ucapan sempena majlis Setahun Naib Canselor ke-7 Bersama UiTM. 

Dalam ucapan yang memakan masa hampir sejam, Naib Canselor UiTM YBhg Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib menyatakan bahawa membudayakan tulisan Jawi dan memakai baju melayu lengkap bertanjak dan mengenakan rompi di dalam majlis-majlis rasmi UiTM merupakan alat untuk mendidik, memperkukuh identiti dan merapatkan jurang generasi. 

Dengan nada yang lembut namun penuh dengan harapan, YBhg. Datuk Naib Canselor mengajak seluruh warga UiTM agar bersama-sama melakukan perubahan khususya dari segi penulisan dan pemakaian agar identiti budaya bangsa kekal terpelihara. 

Dalam majlis yang sama, Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan bersama-sama ahli Majlis  Eksekutif Universiti telah menyertai sesi Town Hall bersama warga UiTM. 

Share:

Thursday, 21 November 2024

Mesyuarat Penyelarasan Program Literasi Maklumat SK Lembah Subang

Khamis
21 November 2024
19  جمادي الأول  1446

مشوارت ڤپلارسن تله دڤڠروسيکن اوليه ڤوان شهيداتول اخمم رامبلي دڠن دحاضيري اوليه ستف دان  ڤلاجر سراماي  18  اورڠ مواکيلي  2  بهاݢين ياءيت بهاݢين ڤڠوروسن ڤرڤوستاکاءن (اونيت کورڤورت دان كولابوراسي) دان بهاݢين ڤرخدمتن ڤلڠݢن سرتا مليبتکن کومڤولن ڤلاجر لاتيهن ايندوستري.

Seperti kelazimannya, Mesyuarat Penyelarasan diadakan bagi memastikan kelancaran program, agihan tindakan dan sumber, keselamatan peserta dan mengenalpasti keperluan lain sepanjang Program Literasi Maklumat Komuniti Sekolah: SK Lembah Subang yang akan diadakan pada hari Sabtu, 23 November 2024 dari jam 8:30 pagi hingga jam 3:00 petang. 



Share:

Wednesday, 20 November 2024

Ucapan khas sempena genap setahun Naib Canselor UiTM ke-7 bersama UiTM

Rabu 
20 November 2024
18  جمادي الأول  1446

ساله ساتو اوچڤن خاص سمڤنا ݢنڤ ستاهون ناءيب چنسلور يڠ بربهاݢيا ڤروفيسور داتوء شهرين بن صاحب برسام MTiU داتڠڽ درڤد ڤرڤوستاکاءن تون عبدالرازق.

Ketua Unit Korporat dan Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam Rambeli telah terpilih untuk menyampaikan ucapan khas yang akan ditayangkan  di dalam majlis yang akan berlangsung pada 29 November 2024.

Dengan berlatar belakangkan koleksi Khas Jawi @ UiTM di aras 4, Perpustakaan Tun Abdul Razak ucapan Puan Shahidatul telah dirakam pada jam 11:50 pagi hari Rabu oleh Unit Media Kreatif, Pejabat Komunikasi Strategik UiTM. 

Sempena genap setahun YBhg Datuk Naib Canselor tanggal 1 November 2024, seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak mendoakan kesejahteraan buat YBhg Datuk Naib Canselor UiTM. 




Share:

Thursday, 14 November 2024

Audit Pematuhan Etika di PTAR

Khamis 
14 November 2024
12  جمادي الأول  1446

اءوديت ڤماتوهن ايتيکا تله دلقساناکن دڤرڤوستاکاءن تون عبد الرازق  برمولا  12  هيڠݢ  14  نوۏيمبر  2024.


Audit Pematuhan Etika telah dilaksanakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak bermula 12 hingga 14 November 2024. 

Selama 3 hari sesi auditan diadakan bagi menilai tahap kesedaran dan kefahaman staf perputakaan terhadap etika, rasuah, integriti dan pengurusan risiko.

Kaedah pengauditan secara temu bual, mengisi soal selidik dan tinjauan telah dilaksanakan oleh auditor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) Puan Noor Azmah Zuber dan Ts Ezlina Mohd Ahnuar (Kolej pengajian Alam Bina). Antara yang terlibat sesi temu bual adalah Puan Jaz Norfazuna Jaafar, Puan Noor Hayati Abu Kassim dan Dr Zalifah Awang Zakaria. 

Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan telah mempengerusikan sesi pembukaan audit pada pagi Selasa di Bilik Mesyuarat manakala Puan Aznur Umiza Abu Kassim telah mempengerusikan mesyuarat penutup yang diadakan pada petang Khamis. 

Sewaktu pembentangan hasil audit, auditor memaklumkan telah berpuas hati dengan pelaksanaan 12 domain pematuhan, pencapaian dan inisiatif yang telah dilaksanakan di peringkat jabatan. Berikutnya, laporan hasil audit akan dibentangkan di peringkat universiti. 








Share:

Wednesday, 13 November 2024

Kaligrafi khat sumbangan pengasas Shah Tumin Art Gallery ditempatkan di PTAR

 Rabu 

13 November 2024

11  جمادي الأول  1446

سبواه کاليݢرافي خط يڠ دسومبڠکن کڤد UiTM اوليه ڤڠاساس شاه کاليݢرافي انچيق محمد شاه بن تومين تله دتمڤتکن

دڤرڤوستاکاءن تون عبد الرازق  (PTAR).

Penyerahan kaligrafi khat yang tertera kalimah Allah telah berlangsung sewaktu Majlis Penyerahan Cenderamata dan Sesi Fotografi Alumni Jemputan (Sidang Pertama) yang diadakan di lobi Dewan Agung Tuanku Canselor pada jam 12:00 tengah hari. 

Majlis yang diadakan sejurus selesai Istiadat Pemasyhuran Canselor UiTM ke-7 bertujuan untuk menghargai sumbangan alumni UiTM disamping meraikan pencapaian tertinggi mereka dalam bidang masing-masing. 

YBhg Naib Canselor UiTM Profesor Dr. Shahrin Shahib telah sudi menerima kaligrafi tersebut daripada Encik Mohd Shah atau lebih dikenali sebagai Shahtumin. 

Terdahulu, Shahtumin Alumni UiTM tahun 2007 telah berbesar hati terpilih bersama 18 orang alumni yang lain menghadiri Istiadat Pemasyhuran Canselor UiTM ke-7 sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100. 










Share:

Istiadat Pemasyhuran Canselor UiTM ke-7

Rabu 

13 November 2024

11  جمادي الأول 1446

استعادت کونۏوکيشن اونيۏرسيتي تيکنولوݢي مارا (UiTM) ک-100 تله ممبوک تيرايڽ برمولا دڠن استعادت ڤمشهورن چنسلور UiTM ک-7 كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ سلطان ابراهيم.


Menteri Pendidikan Tinggi YB  Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah membaca dan mempersembah  watikah pemasyhuran seperti yang diperuntukkan dibawah Seksyen 19A (2) Akta Universiti Tekbologi MARA 1976 (Akta 173) menyatakan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong. 

Dibawah akta yang sama, KDYMM Yang di-Pertuan Agong hendaklah mempengerusikan konvokesyen universiti seperti yang diperuntukkan dibawah Seksyen 19A(1). 

Turut berangkat hadir ke dalam istiadat ini ialah Pro-Canselor UiTM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib. 

Dalam istiadat yang sama, KDYMM Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif kepada Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas sumbangan dalam memasyhurkan Kain Tenun Pahang Diraja sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi Anugerah Ikon Kraf 2019 daripada Majlis Kraf Dunia di India. 

YBhg Naib Canselor sewaktu mempersembahkan penganugerahan tersebut berkata sumbangan Tunku Azizah terhadap bidang seni tekstil dan seni kraf tradisional amat meluas dan aktif dengan baginda menaungi organisasi dalam dan luar negara demi memartabat seni warisan negara. Minat yang mendalam telah mendorong baginda menubuhkan syarikat sebagai suatu galakan buat masyarakat  menghasilkan kain tenun bermutu bagi tujuan pengkomersialan. Bahkan penubuhan institusi Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan di Kompleks Budaya Pulau Keladi, Pekan Pahang yang berfungsi untuk memberi latihan kepada generasi muda adalah bukti sumbangan berterusan baginda terhadap seni tradisi ini. 

Sidang pertama Konvokesyen UiTM Shah Alam yang berlangsung pagi Rabu menyaksikan KDYMM Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 10 orang graduan cemerlang  dalam pelbagai bidang penyelidikan. 

Seramai 25,957 orang graduan bakal menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang sempena Istiadat Konvokesyen UiTM yang berlangsung dari 13 November hingga 12 Disember 2024 melibatkan 3 lokasi iaitu Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam (13-28 November 2024), UiTM cawangan Sarawak (4-5 Disember 2024)  dan UiTM cawangan Sabah (11-12 Disember 2024).   

Seluruh warga perpustakaan UiTM merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM di-Pertuan Agong atas pemasyhuran ini. 


























Share:

Thursday, 7 November 2024

Ruang 3R di GESTURZ: Perbincangan siri kedua

Khamis
7 November 2024
5  جمادي الأول  1445

ڤربينچڠن لنجوت PTAR  برسام اينستيتوت ڤميکيرن دان کڤيمڤينن ملايو (IMPAK) اونتوق موجودکن رواڠ برتيماکن 3R
(Royal, Race, Religion)  دGESTURZ  تله دأداکن ڤادا خميس جم  2:15 ڤتڠ .

Perbincangan lanjut PTAR bersama Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) untuk mewujudkan ruang bertemakan 3R (Royal, Race, Religion) di GESTURZ  telah diadakan pada Khamis jam 2:15 petang.  

Seramai 8 orang terlibat dalam membincangkan cadangan susun atur ruang, fungsi dan keperluan peralatan dengan PTAR diketuai oleh Ketua Unit Korporat dan Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam Rambeli manakala IMPAK diketuai oleh Pengarah IMPAK Dr. Khairudin Murad.

Sebelum perbicangan berakhir jam 4:00 petang, kertas cadangan penubuhan ruang 3R oleh IMPAK telah dikongsikan dengan PTAR untuk penelitian lanjut. 






Share:

Labels

Total Pageviews