• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 26 September 2024

Mesyuarat Penyelarasan Putrajaya Festival of Ideas 2024 bersama Ketua Pustakawan Universiti Awam

26 September 2024/ 22 Rabiulawal 1446H (Khamis)

Puan Shahidatul Akhmam Rambeli telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Putrajaya Festival of Ideas 2024 bersama Ketua Pustakawan Universiti Awam yang didakan secara dalam talian.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Sharil bin Abdullah, Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Penyelidikan), Jabatan Pendidikan Tinggi.










Share:

Monday, 23 September 2024

Sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Terhadap Pembangunan Koleksi Khas Jawi @ UiTM

Isnin 
23 September 2024

19  ربيع الأول 1445


Koleksi Khas Jawi @ UiTM yang terletak di aras 4 Perpustakaan Tun Abdul Razak ditubuhkan bagi mengumpul, menyimpan dan menyebar bahan-bahan bertulisan Jawi. 

Idea penubuhan koleksi Khas Jawi tercetus sewaktu pertemuan khas Ketua Pustakawan bersama  Naib Canselor UiTM ke-7 iaitu Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib pada 9 November 2023. 

Sejak itu pelbagai usaha telah digerakkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak seperti mendigitalkan naskah jawi, membangunkan Repositori Persuratan Jawi, peluasan koleksi khas Jawi ke perpustakaan cawangan UiTM dan menyediakan ruang yang lebih kondusif agar matlamat pembangunan koleksi khas Jawi tercapai. 

Berbaki 14 hari lagi  Koleksi Khas Jawi @ UiTM akan dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM dan Mufti Negeri Selangor,  Yang Amat Dihormati Dato' Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir. 

Terbukti inisisatif ini telah mendapat sokongan pelbagai pihak sehingga meraih sumbangan  Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bernilai RM20,000.00 daripada Jawatankuasa Pengurusan Zakat & CSR, Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hasil sumbangan ini telah membolehkan Perpustakaan Tun Abdul Razak menyediakan peralatan seperti rak dan meja pameran agar naskah-naskah bertulisan Jawi yang lain boleh dipamerkan dan dirujuk oleh pengguna. Malah penyediaan ruang yang kondusif akan meningkatkan jangka hayat bahan disamping menjadi tarikan pengguna daripada pelbagai peringkat usia. 

Terima kasih di atas sokongan semua pihak terhadap pembangunan Koleksi Khas Jawi @ UiTM. 



Share:

Friday, 20 September 2024

Sesi Temu Bual Alumni Dewan Latehan RIDA

19 September 2024/ 15 Rabiulawal 1446H (Khamis)  

Seramai 8 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak telah terlibat dalam menjayakan sesi temu bual alumni Dewan Latehan RIDA (DLR) yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Kumpulan staf tersebut adalah: Asmah, Fikree, Azrry, Hazhar, Faisal, Farabie, Roszainatul dan Haizar.  

Di dalam sesi ini, seramai 20 orang alumni DLR yang hadir telah menjalani sesi pengkisahan sejarah lisan, perkongsian dokumentasi dan pengecaman nama pelajar DLR menerusi koleksi foto Bahagian Arkib Universiti, PTAR. 

Kumpulan alumni DLR tersebut adalah: Arphan Ahmad, Tuan Haji Mohd Kassim Salleh, Mohd Ridzuan Abdul Halim, Dato' Sri Mohammad, Tuan Haji Shahrim Mohd Said, Tan Sri Dato’ Mohd Ibrahim Mohd Zain, Dato’ Sri Mohamed Abid, Tuan Haji Ami Salleh, Tuan Haji Muhammad Abdullah, Tuan Haji Shahriman Rahim, Nurul Kamariah Kassim, Mariam Ismail, Dato’ Sharifah Aminah Syed Ahmad, Maimunah Abdullah, Azizah Zahari dan Zubaidah Haji Hussein. 

Sesi pengumpulan dokumentasi merupakan anjuran Jawatankuasa Penghasilan Buku Alumni Dewan Latehan RIDA yang dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Madya Datin Sri Dr Nazura Mohamed Sayuti. Terdapat 3 jabatan UiTM terlibat dalam jawatankuasa ini iaitu PTAR, Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) dan Pusat Asasi UiTM Dengkil bertujuan bagi menerbitkan buku khas Alumni Dewan Latehan RIDA sempena sambutan 25 tahun UiTM sebagai sebuah universiti. 


Duduk (dari kiri): Nurul Kamariah Kassim, Mariam Ismail, Dato’ Sharifah Aminah Syed Ahmad, Maimunah Abdullah, Azizah Zahari dan Zubaidah Haji Hussein. 

Berdiri (dari kiri): Arphan Ahmad, Tuan Haji Mohd Kassim Salleh, Mohd Ridzuan Abdul Halim, Dato' Sri Mohammad, Tuan Haji Shahrim Mohd Said, Tan Sri Dato’ Mohd Ibrahim Mohd Zain, Dato’ Sri Mohamed Abid, Tuan Haji Ami Salleh, Tuan Haji Muhammad Abdullah, Tuan Haji Shahriman Rahim. 























Share:

Wednesday, 11 September 2024

Sistem CERDAS raih Perak di seminar anjuran PPD Klang

Tarikh: 11 September 2024/ 7 Rabiulawal 1446H (Rabu)  
Masa: 11:00 pagi
Tempat: KSL Esplanade, Klang 

Ringkasan: 

  1. Sistem Perekodan dan Analisa Bacaan atau CERDAS telah berjaya meraih satu pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi Terbuka anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang. 
  2. Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai (SKSB) turut meraih satu pingat Emas dan tiga pingat Perak menerusi dua kategori iaitu kategori Bicara Amalan Terbaik dan juga menerusi kategori Inovasi.  
  3. Julung kali menyertai pertandingan yang diadakan sempena Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi  Selangor, sistem CERDAS telah mendapat perhatian ramai pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem perekodan bacaan yang telah dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. 
  4. Detik manis tersebut telah dikongsikan oleh guru SKSB menerusi satu hantaran mesej lewat petang Rabu. 
  5. Sistem CERDAS merupakan sistem bagi merekod, menilai dan menyimpan data pembacaan komuniti sekolah yang telah diaplikasikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai bermula bulan Mei 2024.








Share:

Tuesday, 10 September 2024

Takziah atas kembalinya ke rahmatullah suami Puan Azura Mohamad Hashim

Tarikh: 10 September 2024/ 6 Rabiulawal 1446H (Selasa)  
Masa: 4:30 petang 

Takziah atas kembalinya ke rahmatullah suami kepada Puan Azura Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Arkib Universiti PTAR UiTM Shah Alam. 

Mohd Azwan bin Sairy telah meninggal dunia pada 10 September 2024 dikediaman beliau di Jalan Kebun, Klang Selangor. 

Rakan-rakan staf PTAR UiTM Shah Alam dan UiTM Puncak Alam dianggarkan seramai 50 orang telah menziarahi jenazah dan mengadakan bacaan Yasin dengan bimbingan Encik Muhammad Hazwan bin Abd Wahab, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. 


Share:

Perbincangan Briged Sukarelawan Perpustakaan bersama Pusat Kokurikulum

Tarikh: 10 September 2024/ 6 Rabiulawal 1446H (Selasa)  
Masa: 10:00 pagi hingga 11:00 pagi 
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pusat Kokurikulum 

Wakil PTAR: 

  1. Shahidatul Akhmam Rambeli 
  2. Asmah Sabtu 
  3. Siti Salwa A. Rahman 
  4. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad 
  5. Fariz Azuan Harun 

Wakil Pusat Kokurikulum: 

  1. Datuk Ts Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono - Pengarah 
  2. Mohd Azmil Alias - Timbalan pendaftar Kanan 
  3. Najihah Azmi - Penolong Pendaftar 

Ringkasan:
Perbincangan mengenai gerakan Briged Sukarelawan Perpustakaan telah menghasilkan rumusan berikut: 

  1. Briged Sukarelawan Perpustakaan akan diletakkan di bawah Briged Sukarelawan iaitu sebuah persatuan yang berdaftar dengan Pusat Kokurikulum UiTM. 
  2. Gerakan Briged Sukarelawan Perpustakaan berpandukan Perlembagaan Penubuhan Briged Sukarelawan tahun 2012 oleh Hal Ehwal Pelajar. 
  3. Keahlian Briged Sukarelawan adalah terbuka bagi pelajar UiTM yang berstatus pelajar aktif. 
  4. Aktiviti melibatkan pelajar boleh memohon peruntukan di bawah Dana Pusat Kegiatan Pelajar (di cawangan disebut sebagai Tabung Kegiatan Pelajar) dengan cara mengisi borang C manakala kelulusan perbelanjaan program oleh Timbalan Naib Canselor HEP diperoleh anggaran dalam tempoh sebulan. 
  5. Pada minggu ke-12 hingga minggu ke-15 pengajian, para pelajar tidak dibenarkan menganjurkan program berikutan minggu ulangkaji peperiksaan. 
  6. Masa terbaik penganjuran program adalah di awal semester. 

Turut dibincangkan: 

  1. Proses permohonan pembangunan Repositori Pusat Kokurikulum bagi menyimpan bahan rujukan modul kokurikulum format digital. 
  2. Satu sudut di dalam perpustakaan bagi menempatkan koleksi buku rujukan Pusat Kokurikulum. 
  3. Pembangunan portal pusat Kokurikulum dengan pengisian latar belakang persatuan, berita aktiviti/ program, pengiktirafan, pencapaian dan maklumat-maklumat umum untuk rujukan pelajar dan organisasi luar. 





Share:

Monday, 9 September 2024

Perbincangan Penerbitan Buku Alumni Dewan Latehan RIDA

Tarikh: 9 September 2024/ 5 Rabiulawal 1446H (Selasa)  
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari 
Tempat: Bilik Mesyuarat ANC, aras 3 blok 1 Rumah Alumni, Intekma Residence Shah Alam
Medium: Hibrid
Wakil PTAR: 

  1. Shahidatul Akhmam Rambeli 
  2. Asmah Sabtu
  3. Mohd Alfarabie Mohd Nasir 
  4. Roszainatul Haizan Rusli 
Ringkasan: 
Dipengerusikan oleh Encik Mod Lutfi Mohaini, rumusan perbincangan seperti berikut:  

  1. Penerbitan buku Alumni Dewan Latehan RIDA (DLR) adalah cetusan idea Naib Canselor UiTM YBhg Profesor Datuk Dr. Shharin Sahib, FASc. 
  2. Buku Alumni akan dilancarkan pada hari Alumni UiTM 19 Disember 2024. 
  3. Penerbitan buku Alumni adalah kerjasama ICAN, Jabatan Komunikasi, Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Akademi Penggajian Bahasa. 
  4. Melibatkan dua lokasi iaitu kampus UiTM Shah Alam dan UiTM kampus Dengkil. 
  5. Proses penerbitan: Pengumpulan Maklumat Alumni DLR pada bulan September, Penulisan buku pada bulan Oktober, Grafik dan Susunan Buku pada bulan November, cetakan buku pada bulan Disember.  
  6. Pada 19 September 2024, dijangka seramai 20 orang alumni DLR akan berkumpul di Hotel Hilton Petaling Jaya untuk sesi rakaman temubual. 
  7. Persiapan teknikal rakaman seperti kamera, voice recorder, web camera, pengimbas dan pencetak akan disediakan oleh PTAR dengan kerjasama ICAN, Jabatan Komunikasi dan APB.  
  8. Senarai alumni DLR yang akan hadir: 

1. Dato’ Sri Mohamed 
2. ⁠Pn Mariam
3. ⁠Hj Kassim 
4. ⁠Hj Ami
5. ⁠Pn Maimunah
6. Pn Nurul
7. ⁠Hj Shahriman
8. ⁠Pn Azizah
9. ⁠En. Arphan
10. ⁠Pn Maznah Merican
11. ⁠En. Bahar Attan
12. ⁠Pn Zubaidah Hussein
13. ⁠Hj Muhammad Abdullah
14. ⁠Dr. Juhari Samadi
15. ⁠Pn Aminah Yusof
16. ⁠Datuk Radzi Wahab
17. ⁠Pn Nurjanah Aris
18. ⁠Datin Hani Halim
19. ⁠Dato’ Adnan
20. ⁠Datin Shafni
21. ⁠Dato’ Ridzuan
22. ⁠Tan Sri Dato’ Ibrahim Zain




Share:

Labels

Total Pageviews