• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday, 23 August 2024

Ruang 3R

Tarikh: 23 Ogos 2024/ 18 Safar 1446 (Jumaat) 

Masa: 9:30 pagi 

Tempat: Ruang 3R 

Wakil PTAR: 

  1. Asmah Sabtu 
  2. Siti Salwa A. Rahman 

Wakil IMPAK: 

  1. Rahman Naim Mat Ali 
  2. Mohd Shahril Zamri  
  3. Hussien Harnis 

Ringkasan: 

  1. Wakil IMPAK telah hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ruang 3R. 
  2. Ruang 3R telah diwujudkan di Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi menghimpun koleksi berkaitan ROYAL, RACE, RELIGION.  

Share:

Thursday, 22 August 2024

Majlis Perasmian Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli ke Majlis Perasmian Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah, hari ini.

Peristiwa bersejarah ini menandakan satu lagi pencapaian besar dalam perjalanan pendidikan tinggi di Malaysia, terutamanya dalam usaha UiTM untuk terus menjadi peneraju utama dalam pendidikan dan inovasi.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman.












Share:

Penilaian Anugerah Tokoh NILAM daerah Klang tahun 2024

Tarikh: 21-22 Ogos 2024/ 16-17 Safar 1446 (Rabu-Khamis) 

Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang 

Tempat: Research Writing Room, Smart Classroom, Experiental Learning Space 

Ringkasan: 

  • Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah menganjurkan Penilaian Anugerah Tokoh NILAM daerah Klang tahun 2024 buat kali kedua di Perpustakaan Tun Abdul Razak. 
  • Dianggarkan seramai 100 orang peserta dari kelima-lima zon daerah Klang telah menyertai penilaian yang berlangsung selama dua hari ini. 
  • Seramai 4 orang wakil PTAR terlibat dalam proses penjurian iaitu Puan Siti Salwa A.Rahman, Puan Eza Eliana Abd Wahid, Cik Ummi Halimatunssaadiya Shamsul Yuzli dan Puan Norazlin 
  • Turut dikongsikan ialah Literasi Maklumat yang disampaikan oleh Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman dan Puan Eza Eliana Abd Wahid manakala Teknik Bacaan Pantas oleh Puan Siti Salwa A. Rahman































Share:

Wednesday, 21 August 2024

Syabas: Nurul Aida dinobat Pembentang Terbaik sempena KPUA 2024

21 Ogos 2024/ 16 Safar 1446 (Rabu) 

Syabas diucapkan buat Ketua Unit Pembangunan Bakat, PTAR Puan Nurul Aida Noor Azizi kerana dinobat Pembentang Terbaik (Perak) sempena Konvensyen Pentadbir Universiti Awam (KPUA 2024) yang sedang berlangsung di Double Tree Resort, Pulau Pinang. 

Terdahulu, Puan Nurul Aida telah membentang kertas kerja berjudul Strategic Talent Management in Academic Libraries: A case study of UiTM library di konvensyen yang berlangsung selama 2 hari bermula 20 Ogos 2024.  

Semoga pencapaian yang membanggakan ini inspirasi kepada rakan-rakan staf perpustakaan UiTM untuk meraih pencapaian yang mahupun lebih baik di masa hadapan. 








Share:

Persekutuan Alumni UiTM berminat mengadakan program podcast di PTAR

Tarikh: 21 Ogos 2024/ 16 Safar 1446 (Rabu) 

Masa: 10:00 pagi 

Tempat: Ruang Media, PTAR 

Wakil PTAR: 

  1. Shahidatul Akhmam Rambeli 
  2. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad
Pelawat: 3 orang 
  1. Mohd Asrul Abu Seman - Persekutuan Alumni UiTM 
  2. Abdul Fattah Hussein - Persekutuan Alumni UiTM 
  3. Muhammad Luthfi Mohaini - Ketua Pusat Jaringan Alumni UiTM
Ringkasan: 

  • Diiringi oleh Encik Muhammad Luthfi, wakil Persekutuan Alumni UiTM telah hadir melawat kemudahan Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak dan kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan untuk penganjuran program audio siar (podcast). 
  • Lawatan di perpustakaan telah diringi oleh Puan Shahidatul dan Encik Mohd Khairul Idzwan. 




Share:

Labels

Total Pageviews