• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 27 June 2024

Kecerdasan Minda (AI): Cabaan dan impak terhadap komunikasi strategik

Tarikh: 27 Jun 2024 / 20 Zulhijjah 1445 (Khamis)

Tempat: Ruang Bicara  PTAR, UiTM Shah Alam 

Dalam Talian: YouTube Perpustakaan UiTM 

Masa: 2:30 petang

Perkara: Kecerdasan Minda (AI): Cabaran dan Impak Terhadap Komunikasi Strategik 

Kehadiran: 50 orang

Panel: 

  1. Encik Ally Iskandar, Penerbit Eksekutif, Pengurus Omnia Academy, Media Prima
  2. Encik Azad Khan, Penolong Pengarah, Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia   
Moderator: Saudara Mughammad Amirul Abrar Abdullah, Pelajar Sarjana Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi. 

Anjuran: Pusat Pengajian Perang saraf Media dan Informasi (CMIWS) dengan kerjasama PTAR. 

Ringkasan: 

Bersiaran secara hibrid, program bual bicara ini membincangkan cabaran dan kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap komunikasi media. Perkongsian ilmu telah disampaikan dengan gaya yang mudah oleh dua orang panel berpengalaman dalam industri media negara. Program ini sangat sesuai dijadikan rujukan penuntut khususnya dalam bidang pengurusan media dan maklumat.


Share:

Wednesday, 26 June 2024

Koleksi Sejarah Lisan dan Lawatan ke Perpustakaan UiTM Kampus Puncak Perdana

Pagi ini Ketua Pustakawan berpeluang melawat Makmal Sejarah Lisan Pusat Pengajian Sains Maklumat, KPPIM di Kampus UiTM Puncak Perdana. Dokumen ini akan dimasukkan ke dalam Repositori Institusi Universiti (IR UiTM) bagi rujukan pembelajaran dan pengajaran serta penyelidik.





Seterusnya Ketua Pustakawan melawat dan melihat persekitaran ruang dan koleksi Perpustakaan serta berbincang dengan Ketua Perpustakaan Kampus UiTM Puncak Perdana Encik Anuar Maasom Pustakawan Kanan.








 

Share:

Tuesday, 25 June 2024

Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM


Berlangsung program Karisma Pemikir Madani untuk IPTA yang pertama dilaksanakan pada 24 dan 25 Jun 2024 bertempat di Tamu & Suites Kuala Lumpur. Kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia telah menghimpunkan seluruh Ketua PTJ UiTM serta dihadiri oleh Pengerusi LPU UiTM dan Naib Canselor UiTM.












Share:

Thursday, 20 June 2024

Laporan Pencapaian Korporat dan Kolaborasi 15 Mei 2024 hingga 19 Jun 2024

Khamis,
14 Zulhijjah 1445H,
21 Jun 2024M: 

 


Share:

Wednesday, 19 June 2024

Terpilih selaku Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2024


Alhamdulillah sekali lagi PTAR terpilih sebagai finalis OE UiTM dengan mempertaruhkan dua (2) projek iaitu Pengurusan Bakat Staf PTAR dan Pengurusan Teks Penuh Bahan Harta Intelek UiTM.

 

Share:

Friday, 14 June 2024

Sumbangan Buku Cabaran dan Kepelbagaian Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains di Malaysia

Jumaat,
7 Zulhijjah 1445H,
14 Jun 2024M:

Sesi penyerahan buku berjudul "Cabaran dan Kepelbagaian Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains di Malaysia" telah diadakan pada: 

Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat)
Masa: 3:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Perpustakaan Tun Abdul Razak  










Share:

Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Ilmu: Literasi Maklumat Membentuk Adiwangsa

Jumaat,
7 Zulhijjah 1445H,
14 Jun 2024M:

Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Ilmu: Literasi Maklumat Membentuk Adiwangsa telah diadakan pada: 

Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat) 
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai (SKSB)

Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) YBrs. Amer Shakir Zainol telah sudi menyempurnakan majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA Shah Alam YBrs. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Guru Besar SKSB YBrs. Encik Mohd Arif bin Abd Muis. 

Buat julung kalinya, sistem CERDAS atau Capaian Pantas, Perekodan Mudah dan Analisa Bacaan Sepunya diperkenalkan. Objektif pembangunan sistem CERDAS ialah melahirkan generasi cerdas maklumat yang boleh membantu merealisasikan aspirasi negara. Sistem CERDAS yang lahir hasil kepakaran staf PTAR berfungsi merekod dan menganalisa data bacaan warga SKSB dengan cekap dan berkesan. 

Majlis ini juga menyaksikan upacara menandatangani sijil Kerjasama Pintar antara UiTM dan SKSB. Jalinan Kerjasama Pintar adalah kerjasama strategik oleh kedua-dua pihak dalam aktiviti pembudayaan membaca di peringkat komuniti SKSB. 

Sebagai penghargaan atas jalinan kerjasama yang amat bermakna, PTAR telah menyumbang sejumlah RM500.00 untuk program pembangunan sekolah beserta 300 naskah buku bagi kegunaan Pusat Sumber SKSB. 

Dianjurkan oleh SKSB, majlis yang berlangsung dengan penuh meriah telah dihadiri seramai 300 orang yang terdiri daripada barisan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Klang, staf PTAR, barisan pentadbir SKSB, ahli-ahli PIBG dan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SKSB. 

Majlis Pelancaran














Pra-Pelancaran









Share:

Labels

Total Pageviews