• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Monday, 26 June 2023

Mesyuarat Tindakan Susulan Pelaksanaan MoU-UiTM (Penerbitan, Perkongsian Bahan Bacaan Integriti dan Tata kelola)

Mesyuarat Tindakan Susulan Pelaksanaan MoU-UiTM antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diadakan seperti berikut: 

Tarikh: 26 Jun 2023 (Isnin)
Masa: 9:00 pagi hingga 1:00 petang 
Tempat: IIM, Putrajaya 

PTAR telah diwakili oleh: 
  1. Ts. Haji Azizi Jantan 
  2. Puan Aznur Umiza Abu Kassim
  3. Shahidatul Akhmam Rambeli 
  4. Siti Salwa A. Rahman 
  5. Encik Mohd Izwan Salim 
IIM pula diwakili oleh: 
  1. Puan Alice Surati Mazlan - Ketua Seksyen Komunikasi Korporat
  2. Nabilah Abd Rahman - Pustakawan
  3. Mohd Ridzuan Zainal Ariffin - Penolong Pustakawan
  4. Mohd Fadzly Mohd Poad - Penolong Pustakawan

Mesyuarat ini diadakan sebagai semakan tindakan susulan terhadap MoU-UiTM dalam aspek penerbitan, perkongsian bahan bacaan integriti dan tata kelola. 

Terdahulu, suatu perbincangan agenda MoU antara UiTM (PTAR) dan IIM telah diadakan di PTAR Shah Alam pada 17 Mei 2023.  










Share:

Friday, 23 June 2023

Aplikasi PaperMachine@UiTM dilancar kali pertama di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022

 

Aplikasi PaperMachine@UiTM telah dilancarkan oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Pusat Tanggungjawab di bawah seliaan Naib Canselor. 

Platform digital yang dihasilkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Bahagian Transformasi Universiti (BTU) ini bermatlamat sebagai alat sokongan buat staf  UiTM menghasilkan penulisan penyelidikan secara sistematik dan cekap. 

Digital PaperMachine@UiTM merupakan inisiatif UiTM ke arah '1 pensyarah, 1 penulisan'. 

Terdahulu, seramai 180 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2022 telah diraikan dalam majlis yang diadakan seperti berikut: 

Tarikh: 23 Jun 2023 (Jumaat) 
Masa: 2:30 petang
Tempat: Hotel UiTM Shah Alam  

Seramai 13 orang staf PTAR tersenarai sebagai penerima APC tahun 2022.  




















Share:

Thursday, 22 June 2023

Perkongsian PTAR Document Management System bersama Bahagian Audit Dalam UiTM

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan kerja daripada Bahagian Audit Dalam UiTM yang ingin mengetahui secara lanjut mengenai penggunaan sistem PTAR Document Management System. 

Butiran lawatan kerja adalah seperti berikut: 

Tarikh: 22 Jun 2023 (Khamis) 
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari 
Lokasi: Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Shah Alam 
Wakil PTAR: 

    1. Encik Ahamad Zuber Mohamed
    2. Puan Nor Azwani Mohamad
    3. Encik Mohd. Izwan Salim
    4. Puan Siti Aishah Sadan
    5. Puan Azniza Hj. Mohamad Nor
    6. Encik Mohd Asraf Zamani Hazim
    7. Puan Wan Nur Khalidah Wahed

Wakil Bahagian Audit Dalam: 

    1. Puan Mia Imawati Jalil - Timbalan Juruaudit Kanan
    2. Cik Hajah Nurul Huda Abdul Kadir - Timbalan Juruaudit
    3. Encik Mohd Zaki Tahir - Timbalan Juruaudit
    4. Encik Nurul Jeffri Jasmin - Juruaudit Kanan
    5. Encik Kamalunizam Mohd Maamor - Juruaudit Kanan
    6. Encik Nazirul Aslam Mohd Nashir - Juruaudit Kanan
    7. Encik Mohd Naswan Mohd Nasron - Penolong Juruaudit
    8. Puan Norhani Mohamad Ihsan - Setiausaha Pejabat 
Objektif lawatan kerja Bahagian Audit Dalam UiTM adalah untuk benchmark sistem yang boleh diguna pakai sebagai platform standard penyimpanan dokumen-dokumen digital pentadbiran, pengauditan dan mesyuarat. 







Share:

Wednesday, 21 June 2023

Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan program berikut: 

Program: Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan: Akta 262
Tarikh: 21 Jun 2023 (Rabu) 
Masa: 8:00 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat: Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam  

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia YBrs. Encik Kamal bin Pardi. 

Menerusi ucapan sewaktu majlis perasmian penutup program, YBrs. Encik Kamal memaklumkan hanya 960 ribu rakyat Malaysia telah menjadi ahli kesatuan berbanding 10 juta rakyat Malaysia yang bekerja dan layak menjadi ahli kesatuan. 

Program yang bermatlamat menyebar luas kepentingan kesatuan sekerja dalam organisasi turut mengundang kehadiran tetamu kehormat berikut: 

  1. Encik Ahmad Faisal Mohamed Fiah - Presiden MITASA (Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM) 
  2. Tuan Haji Zulkifli Mohamad Presiden KKUUiTM (Kesatuan Kakitangan Umum UiTM)
Sejumlah 89 orang pelajar telah hadir dalam program ini.

Pelajar ini terdiri daripada pelajar tahun akhir program berikut: 

  1. Sarjana Muda Seni Reka Fesyen (Kepujian)-CAAD246
  2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Tekstil dan Teknologi Fesyen-AS291
  3. Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian)-AD228
  4. Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian)-LG241
  5. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.


















Share:

Labels

Total Pageviews