• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday, 25 January 2023

MESYUARAT SEMAKAN DATA STRATEGIK UNIVERSITI

Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dengan kerjasama Jawatankuasa Ranking Universiti ke arah mendokumentasi dan membangunkan data architecture UiTM secara keseluruhan. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyemak data strategik di setiap domain utama pusat tanggungjawab (PTJ) universiti selaku pemegang data-data strategik universiti.


Tarikh             :  25 Januari 2023 (Rabu)

Masa               :  8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat           :  Dewan Melati Perak, Kolej Melati



Share:

Friday, 20 January 2023

Bengkel Persediaan ABM 2024 Perjawatan Perpustakaan UiTM

 Bengkel persediaan perjawatan bagi ABM 2024 telah dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Pn Norazwani Mohamad Timbalan Ketua Pustakawan. Kehadiran ini penting untuk memastikan dokumen permohonan Perpustaaan UiTM adalah lengkap dan tepat.

Semoga Perpustakaan UiTM akan lebih kukuh pengorganisasian dan penstrukturan di masa hadapan.



Share:

Wednesday, 18 January 2023

Perbincangan Program MyFutureJob UiTM

Perbincangan bersama pihak Perkeso En Mohd Sazuan Abdul Hadi Pegawai Khas Pengarah Perkeso Negeri Selangor untuk membantu pelajar UiTM mendapatkan maklumat pekerjaan. Ini selari dengan keperluan kebolehpasaran pekerjaan oleh graduan UiTM. Perpustakaan bukan sahaja menjadi gedung ilmu tetapi menjadi hub rujukan maklumat yang memberikan perhidmatan pelbagai secara fizikal. 




Share:

Monday, 16 January 2023

Mesyuarat Pengurusan Dalaman Perpustakaan (JPD)

 Mesyuarat JPD Bil.1 Tahun 2023 telah diadakan pada 16 Januari 2023 (Isnin) bertempat di Bilik Seminar PTAR. Tumpuan agenda adalah berkisar kepada perancangan oleh setiap jabatan bagi memastikan pegawai dapat memahami perkara yang bakal berlaku tahun 2023. 

Share:

Friday, 13 January 2023

Research Talk@IOS

Program Research Talk@IOS tahun 2023 telah bermula bagi siri 1 yang diadakan pada 13 Januari 2023. Program ini merupakan hasil kerjasama antara PTAR dengan IOS. Lebih bermakna apabila PTJ IOS merupakan PTJ pertama yang menggunakan ruang baharu yang dikenali sebagai Ruang Media. 

Sebelum ini, Ruang Media ini merupakan sebuah simpanan stor barang-barang dan telah berjaya di beri fungsi baharu hasil kerjasama staf yang terlibat.

Disertakan pautan program di channel Youtube : 

https://www.youtube.com/watch?v=hgbPMN2qELo



Ruang Media Perpustakaan Tun Abdul Razak



Share:

Thursday, 12 January 2023

Sesi Temuduga Jawatan Pustakawan gred S41

Sesi temuduga bagi saringan kedua telah diadakan pada 12 Januari 2023 bertempat di Aras 3 Pejabat Pendaftar. Semoga calon-calon yang berjaya pada saringan kedua ini dapat memberikan prestasi masing-masing. Semoga kejayaan anda akan memberikan nilai tambah dan memajukan Universiti dan Perpustakaan UiTM berdasarkan kompetensi dan bakat masing-masing.

Share:

Tuesday, 10 January 2023

Projek Stor kepada Ruang Media

Projek yang bermua pada 1 Oktober 2022 sehingga 9 Januari 2023 ini berjaya dilaksanakan dengan berkat kerjasama pihak yang terlibat. Pada hari ini secara rasminya pertama kali ruang ini digunakan bagi sesi fotografi staf PTAR. 





Share:

Labels

Total Pageviews