• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Saturday, 17 February 2024

Majlis Apresiasi Sudut IQRA' dan Persaraaan Staf

Jumaat, 
6 Syaaban 1445H,
16 Februari 2024M:  

Para pemenang Pertandingan Sudut IQRA' 2023, barisan pesara dan bakal pesara telah diraikan dalam Majlis Apresiasi Sudut IQRA' & Persaraan Staf pada 16 Februari 2024 hari Jumaat. 

Majlis yang diadakan di ruang Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam telah dihadiri hampir seratus orang hadirin yang terdiri daripada ketua dan wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ), pesara dan bakal pesara serta staf PTAR. 

Pada tahun 2023, sejumlah 11 PTJ telah menyertai pertandingan Sudut IQRA' iaitu: 
  1. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 
  2. Pejabat Pendaftar
  3. Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
  4. Kursi Instusi Raja-Raja Melayu
  5. Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI)
  6. Unit Integriti
  7. Jabatan Komunikasi 
  8. Kolej Kediaman Mawar
  9. Kolej Kediaman Melati
  10. Institut Kecemerlangan Perniagaan (IBE) 
  11. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Manakala seramai 5 orang staf PTAR yang telah dan akan bersara pada tahun 2024 iaitu:  
  1. Encik Abdul Rahim Abdol Wahab (Bersara Wajib berkuatkuasa 2 Februari 2024)
  2. Encik Jamaluddin Jukari (Bersara Wajib berkuatkuasa 9 Februari 2024)
  3. Encik Noorwazit Nuruddin (Bersara Wajib berkuatkuasa 10 April 2024)
  4. Hajah Norasimah Mahmud (Bersara Pilihan berkuatkuasa 1 Mei 2024)
  5. Encik Mohd Jamil Mohd Noor (Bersara Wajib berkuatkuasa 11 Jun 2024)
Lebih istimewa, Majlis Apresiasi ini telah dikendalikan oleh Pelajar Latihan Industri dalam program Diploma Pengurusan Maklumat, UiTM iaitu:
  1. Aina Afrina Mazhar- UiTM cawangan Kelantan (sebagai Pengacara Majlis).
  2. Mohammad Inaayat Hussein Khan - UiTM cawangan Johor (sebagai Pengurus Majlis).
  3. Ahmad Danish Mohd Yatim - UiTM cawangan Negeri Sembilan (sebagai Pembaca Doa).
  4. Muhammad Khaliff Emir Mohd Zamri - UiTM cawangan Johor (menyediakan gerak kerja majlis).

Berikut ialah barisan pemenang pertandingan Sudut IQRA' 2023:

Kategori PTJ 

Tempat Pertama: BHEI
Tempat Kedua: Pejabat Pendaftar
Tempat Ketiga: Jabatan Komunikasi

Kategori Kolej Kediaman 

Tempat Pertama: Kolej Mawar
*Tiada pemenang tempat Kedua dan tempat Ketiga. 

Kategori Fakulti/ Kolej Pengajian: 

*Tiada pemenang

Anugerah Khas Ketua Pustakawan: PTJ/ Kolej Kediaman/ Kolej Pengajian/ Fakulti Yang Istiqamah: 

Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), TNCPI

Para pemenang Sudut IQRA' telah menerima hadiah wang tunai dan sijil.  

Majlis berakhir jam 11 pagi. 

Aina Afrina Mazhar

Ahmad Danish Mohd Yatim

Tetamu Kehormat
Duduk kiri: Profesor Madya Dr. Nor Aizam Adnan, Profesor Dr. Azizah Abdullah, Ts Haji Azizi Haji Jantan, Ezurya Rathi dan Profesor Madya Dr. Mohd Ali Bahari Abdul Kadir



Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Profesor Dr. Azizah Abdullah, 
Penolong Naib Canselor, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Profesor Madya Dr. Nor Aizam Adnan, 
Pengetua Kolej Kediaman Melati.

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Profesor Madya Dr. Mohd Ali Bahari Abdul Kadir, 
Ketua Pemasaran dan Peruncitan, Institut Kecemerlangan Perniagaan (IBE).

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Mohd Syafiq Kamaruzaman, 
Penolong Pendaftar Kanan, Unit Integriti.

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Mohamad Sufian Abdul Manan, 
Penolong Pendaftar Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Siti Amizza Mohd Amin, 
Kerani, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Mohd Shahril bin Zamri, 
Kerani, Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu 

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Mohd Bakri bin Aminuddin, 
Kerani (Bilal), Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI).

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: (Wakil Kolej Kediaman Mawar) Norhani Hafizah binti Ahmad Nor Hizam. 

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: Ezurya Rathi, 
Pengarah Kanan, Jabatan Komunikasi.

Penyampaian Sijil Penyertaan:
Kanan: (Wakil Pejabat Pendaftar) Eza Eliana A. Wahid. 

Tempat Pertama (Kategori PTJ): BHEI

Tempat Kedua (Kategori PTJ): Pejabat Pendaftar

Tempat Ketiga (Kategori PTJ): Jabatan Komunikasi

Tempat Pertama (Kategori Kolej Kediaman): Kolej Mawar

Anugerah Khas Ketua Pustakawan: PTJ/ Kolej Kediaman/ Kolej Pengajian/ Fakulti Yang Istiqamah: Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), TNCPI

Ucapan persaraan Encik Abdul Rahim Abdol Wahab

Ucapan persaraan Encik Jamaluddin Jukari 

Ucapan persaraan Encik Noorwazit Nuruddin

Ucapan persaraan Hajah Norasimah Mahmud

Penghargaan kepada pesara Encik Abdul Rahim Abdol Wahab (kanan).

Penghargaan kepada bakal pesara Hajah Norasimah Mahmud (kanan). 

Penghargaan kepada bakal pesara Encik Noorwazit Nuruddin (kanan). 

Penghargaan kepada pesara Encik Jamaluddin Jukari (kanan). 

Penghargaan kepada bakal pesara
Kanan: (Wakil Encik Mohd Jamil Mohd Noor) Encik Muhammad Zaidie Bardan

 Bersama rakan staf dari Jabatan Arkib Universiti (JAU)
Dari kiri: Mohamad Fairuz Abdul Rahim, Rahim Ali, Azniza Mohamad Nor, Nor Hafizah Ismail, Noor Hayati Abu Kassim, Encik Abdul Rahim Abdol Wahab, Noor Syafika Zulkefli, Siti Aminah Daniyan, Wan Nur Khalidah Wahed dan Muhamad Shazwan Mohamad Noor.

Encik Abdul Rahim Abdol Wahab bersama Pemandu Kanan Encik Khairy bin Mohd Zain

Pelajar Latihan Industri Kumpulan 1 bagi tempoh 5 Februari hingga 29 Mac 2024
Dari kiri: Ahmad Danish Mohd Yatim, Aina Afrina Mazhar, Mohammad Inaayat Hussein Khan dan Muhammad Khaliff Emir Mohd Zamri
Share:

Thursday, 15 February 2024

Tazkirah@PTAR: Jangan Marah


Khamis, 
5 Syaaban 1445H,
15 Februari 2024M:

Jangan Marah! membawa kandungan tazkirah yang santai dan dekat dihati setiap yang mendengar. 

Sifat marah sememangnya naluri semula jadi setiap insan dan lazimnya memberi impak yang negatif. 

Namun ada kala perasaan marah itu perlu seperti mana contoh junjungan kita yang meletakkan sifat marah di tempat yang betul seperti marah kerana membanding-banding, marah kerana tidak bertoleransi, marah kerana berat hari berbuat baik, marah kerana membela saudara yang salah, marah kerana memakai benda yang haram dan marah kerana mempertikaikan niat orang lain. 

Ustazah Norfaizah turut berkongsi kaedah terbaik untuk mengawal sifat marah sebagaimana amalan Nabi Muhammad SAW. 







Share:

Wednesday, 14 February 2024

Usah Ragu Mengisi PADU

Rabu, 
4 Syaaban 1445H,
14 Februari 2024M:  

Akhirnya terjawab persoalan yang berlegar seputar pengisian data peribadi rakyat Malaysia ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) apabila Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengundang Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Puan Wan Roslida Othman ke dalam program siaran langsung seperti berikut: 

Tarikh:     14 Februari 2024 (Rabu) 
Masa:       2:30 petang
Tempat:    Ruang Media PTAR UiTM Shah Alam

Dengan jumlah tontonan sewaktu bersiaran berjumlah 749 jumlah tontonan di dalam talian dan bersemuka menjadikan siaran langsung PADU: JANGAN RAGU berada di kedudukan kedua tertinggi buat masa ini. 

Program yang diadakan secara hibrid adalah anjuran PTAR dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Selangor. 

Bagi menonton kembali PADU: JANGAN RAGU sila layari YouTube Perpustakaan UiTM atau Facebook Perpustakaan UiTM. 


743 jumlah tontonan secara dalam talian. 

Penonton di Ruang Media 



Share:

Lawatan Tanda Aras Perpustakaan Dar Al-Hikmah, UIA


Rabu, 
4 Syaaban 1445H,
14 Februari 2024M: 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbesar hati menerima kunjungan Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada: 

Tarikh:     14 Februari 2024 (Rabu) 
Masa:        9:00 pagi - 1:00 petang
Tempat:    Bilik Seminar, Jabatan Arkib Universiti (JAU) 

Kumpulan pelawat seramai 26 orang terdiri daripada staf profesional dan staf sokongan berhasrat untuk menanda aras aktiviti pemuliharaan dan penjilidan buku disamping penjagaan koleksi perpustakaan daripada masalah kulat dan serangga perosak. 

Perpustakaan Dar Al-Hikmah diwakili oleh:   

  1. Puan Yusrina Abu Bakar - Ketua Pustakawan
  2. Puan Fazlinda Ayu@ Nurul Huda Daud - Penolong Pengarah Kanan
  3. Puan Siti Hawa Darus - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
  4. Puan Siti Aidah Rabingan - Timbalan Ketua Pustakawan
  5. Dr. Zahila Haji Mohd Nor - Timbalan Ketua Pustakawan
  6. Dr. Raudhah Osman - Pustakawan Kanan
  7. En. Ahmad Zaki Rashid - Pustakawan Kanan
  8. Puan Wan Salwati Wan Salleh - Pustakawan Kanan
  9. Cik Faizah Shahbudin - Pustakawan Kanan
  10. Cik. Nur Liyana Abdul Halil - Pustakawan
  11. Cik Suhani Saarani - Pustakawan
  12. Cik Balqis Shairah Ismail - Pustakawan
  13. En. Mohd. Hairulnizam Masri - Pembantu Pustakawan Kanan
  14. Cik Nor Sabarina Mohd. Takyin - Pembantu Pustakawan Kanan
  15. En. Wan Mohd. Nor Wan Abdullah - Pembantu Pustakawan Kanan
  16. En. Masrizan Miswan - Pembantu Pustakawan Kanan
  17. En. Mohd. Kamarulazizan Che Soh - Pembantu Pustakawan Kanan
  18. En. Norazizan Mohd. Yusof - Pembantu Perpustakaan
  19. Cik Nurzahirah Mohd. Nizam - Pembantu Perpustakaan
  20. En. Omar Jamil - Penolong Tadbir Kanan
  21. Cik Noorhafizah Hashim - Pembantu Perpustakaan
  22. En. Mohd. Ramdhan Mohd. Ramli - Pembantu Penerbitan Kanan
  23. En. Mohd. Najmuddin Hj. Palatehan Arsyad - Pembantu Perpustakaan
  24. En. Mohd. Faizal Abd. Rahman - Pembantu Penerbitan
  25. En. Muhammad Fazlee Abu Bakar - Pembantu Operasi
  26. En. Muhammad Syakhir Wahid - Pemandu
Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan telah melapangkan masa menyampaikan ucapan mengalu-alukan kunjungan pelawat dan berharap agar kedua belah pihak saling berkongsi pengetahuan dan kemahiran demi memartabat fungsi arkib. 

















Share:

Labels

Total Pageviews