• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Monday, 18 September 2023

Pameran Dekad Perkembangan Kesatuan Sekerja di UiTM

SHAH ALAM, 18 September 2023 - Tuan Haji Azizi bin Haji Jantan telah diundang bagi merasmikan Pameran Dekad Perkembangan Kesatuan Sekerja di UiTM anjuran bersama Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUiTM dan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA). 

Pameran ini diadakan di Ruang Bicara, PTAR 1 UiTM Shah Alam selama 26 hari bermula 18 September hingga 13 Oktober 2023. 












Share:

Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Ketua Perangkawan Malaysia


PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2023 - Kunjungan Hormat ke atas Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang julung kalinya diadakan bertujuan menjalin hubungan kerjasama antara Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Selama sejam, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Haji Azizi bin Haji Jantan telah membentangkan profail PTAR dan prospek kerjasama dihadapan sebelas orang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi kedua belah pihak .

Hadir bersama Tuan Haji Azizi ialah: 
  1. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan 
  2. Encik Mohd Izwan Salim - Pustakawan Kanan 
  3. Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi 
Jabatan Perangkaan Malaysia turut diwakili oleh: 
  1. Puan Ezatul Nisha Abdul Rahman - Pengarah, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa. 
  2. Puan Juniadah Ali - Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan 
  3. Encik Herzie Mohamed Nordin - Pengarah, Bahagian Integrasi dan Pengurusan Data 
  4. Puan Veronica S. Jamilat - Ketua Penolong Pengarah, Core Team Analitik Data Raya 
  5. Encik Anuar Abdul Aziz - Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa 
Kunjungan Hormat telah diadakan pada pagi Khamis bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya. 















Share:

Tuesday, 12 September 2023

BHEI, PTAR bekerjasama jayakan program literasi maklumat di sekolah daerah Jerantut, Pahang


JERANTUT, 7 September 2023 - Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah mengadakan program Khidmat Masyarakat di dua buah sekolah Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang selama empat hari bermula 7 September 2023 hingga 10 September 2023. 

Objektif program ini adalah membentuk generasi muda yang celik maklumat dan suka membaca.

Seramai 12 orang terdiri daripada staf perpustakaan dan pelajar Latihan Industri terlibat dalam mengendalikan empat aktiviti di SK Kampung Pagi dan SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. 

Staf PTAR diwakili oleh: 

  1. Azura Mohamad Hashim 
  2. Mohd Hazrul Mohd Hussin
  3. Muhammad Zaidie Bardan
  4. Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli 
  5. Anis Fadilah Zulkifli 
  6. Abdul Halim Mohd Daud
  7. Muhammad Hazhar Abdul Aziz
  8. Zayani Zakaria 
  9. Muniratul Husna Mohd Zaki (Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM cawangan Pahang)
Berikut ialah pelajar Latihan Industri dari Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM cawangan Pahang: 
  1. Muna Farihah Mazul Hisham 
  2. Siti Zubaidah Pahrurozi 
  3. Syed Mohd Ezam Syed Abd Rahim
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: 

  1. Menyediakan IQRA' Corner di SK Kampung Pagi.
  2. Melaksanakan program Galakan Membaca bersama pelajar di SK Kampung Pagi.
  3. Melaksanakan program Celik Maklumat di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
  4. Melaksanakan program Bacaan Pantas di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Sambutan pelajar terhadap aktiviti literasi maklumat adalah amat menggalakkan apabila seramai 200 orang pelajar telah mengikuti program Celik Maklumat dan Bacaan Pantas manakala 36 orang pelajar telah menyertai program Galakan Membaca. 

Ruang IQRA' Corner yang terbuka, ceria dan terletak di laluan utama pelajar dijangka akan menjadi daya tarikan pelajar untuk membaca.   



















Share:

Monday, 11 September 2023

Kunjungan pelawat dari University of Karachi, Pakistan

SHAH ALAM, 8 September 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan pelawat dari Pakistan seramai 14 orang terdiri daripada pensyarah dan pelajar. 

Lawatan tersebut diketuai oleh Dr. Muhammad Saeed Shahbaz bersama 13 orang pelajar daripada Shaheed Zulfikar Ali Bhutto Institute of Science and Technology, University of Karachi, Pakistan

Puan Shahidatul Akhmam Rambeli telah mengiringi lawatan kumpulan ini yang bermula jam 10:00 pagi.  Turut serta dalam lawatan ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan  Dr. Nursaadatun Nisak Ahmad.










Share:

Labels

Total Pageviews