• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Monday, 3 April 2023

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh UiTM


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) seperti butiran berikut: 

    Tarikh: 3 April 2023 (Isnin)
    Masa: 11:30 pagi 
    Lokasi: Bilik Mesyuarat Utama PTAR. 
    
Lawatan ini dihadiri seramai 7 orang panel penilai seperti berikut: 

    Panel (4 orang):
  1. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nizam bin Husen - Pengerusi Panel
  2. Prof. Madya Ts. Dr. Saliyah binti Kahar - Ahli Panel
  3. Ts. Dr. Husna Sarirah binti Husin - Ahli Panel
  4. Puan Nur Farhana binti Mohd Muhaidin – Sekretariat
    Pemerhati Panel Antarabangsa (3 orang):
  1. Prof. Stanly Thomas of ABET (sjt@wfu.edu)
  2. Prof. Sheng Lin Chou of IEET (slchou@itri.org.tw)
  3. Prof. Paul Hanna of BCS (jrp.hanna@ulster.ac.uk)
Lawatan ini bertujuan penilaian akreditasi penuh program Sarjana Muda Sains Komputer (CS230) bagi Pusat Pengajian Sains Pengkomputeran dan Matematik 

Tuan Ts Hj, Azizi Hj. Jantan telah membentangkan mengenai perkhidmatan PTAR secara fizikal dan maya. Turut hadir staf PTAR seperti berikut: 
  1. Puan Hani Liza Norfin - Ketua Jabatan Perkhidmatan.  
  2. Encik Ahamad Zuber Mohamed - Ketua Jabatan Perpustakaan Digital 
  3. Puan Nor Hafizah Md Hanafiah - Ketua Perpustakaan Sains dan Teknologi (PST).
  4. Pn. Shahidatul Akhmam Rambeli- Bahagian Korporat & Kolaborasi.
  5. Puan Azura Md Hashim - Ketua Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. 
  6. Puan Nor Azwani Mohamad - Ketua Bahagian Dasar & Perancangan Strategik. 
  7. Puan Siti Salwa A. Rahman - Ketua Unit Sirkulasi 





















 

Share:

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam bil. 1/2023


Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam bil. 1/2023 telah menjadi medan pertama buat Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts Hj Azizi Hj. Jantan menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan UiTM bermula 3 April 2023 sehingga ketetapan baharu dibuat kelak. 

Dalam ucapan pembukaannya, Tuan Ts Hj. Azizi telah membuka ruang dan peluang seluas-luasnya agar perkara berikut ditambah baik: 

  1. Tempoh masa pengauditan dikurangkan daripada tempoh lima hari kepada tempoh sehari.       
  2. Bilangan auditor dikurangkan daripada 30 orang kepada 10 orang sahaja.     
  3. Autonomi auditor buat PTAR UCS seiring dengan status kampus autonomi. 
  4. Pengauditan fokus kepada tema audit.      
  5. Hasil pengauditan terus direkodkan ke dalam sistem Audit PTAR (paperless). 
  6. Penemuan audit hendaklah jelas terhadap pelanggaran kepada peraturan/ prosedur/ proses. 

Ts. Hj. Azizi turut memaklumkan bahawa pensijilan ISO akan diperluaskan ke PTAR cawangan dan harapan beliau agar peluasan lokasi PTAR ini akan berlangsung dalam tempohmasa yang singkat. 

Mengambil peluang ini, Ts. Hj. Azizi turut menyeru kerjasama sepenuhnya seluruh jabatan PTAR bagi menggerakkan inisiatif PTAR seperti berikut: 

  1. Jabatan Pengurusan Perpustakaan (JPnP). 
    1. Sistem EIS hendaklah senantiasa dikemaskini agar pelaporan ke peringkat universiti adalah tepat.
    2. Laporan pencapaian PI universiti oleh PTAR iaitu PI 102 (IR) dan PI 103 (top-cited research paper) adalah kekal bagi tahun 2023. PI 103 ada perubahan OD. 
    3. Persediaan hubungan kerjasama antara PTAR dan Pustaka Negeri Sarawak.  
    4. Library Graduate Assistance Program (LibGAP). 
    5. Pembangunan bakat staf PTAR. 
    6. Kemaskini status resolusi ACALIS dan status resolusi program pelaksana. 
  2. Jabatan Sumber Rujukan Universiti (JSRU). 
    1. Data peratus pemilikan bahan silibus perlu dipapar di dalam sistem EIS kerana perolehan bahan silibus ialah nadi fungsi perpustakaan dan menyokong kepada auditan program universiti. 
    2. Article indexing perlu dipertingkat sebagai salah satu sumber rujukan. 
    3. Pembangunan Niche Collection. 
  3. Jabatan Arkib Universiti (JAU). 
    1. Persiapan Hari Arkib Antarabangsa pada 9 Jun 2023. 
    2. Memperoleh kelulusan Mesyuarat Eksekutif Universiti (MEU) berkenaan Klasifikasi Fail    (KF) dan akses teks penuh bahan IR. 
  4. Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan (JPP). 
    1. Pertingkatkan program kerjasama berbentuk penyelidikan bersama fakulti. 
  5. Jabatan Perpustakaan Digital (JPDg). 
    1. Pencapaian log in Mobile App PTAR kurang tepat. Sasaran pencapaian ialah terhadap prestasi log in Mobile App di kalangan pelajar semester pertama. 





   

    

  







                                                                           


Share:

Friday, 31 March 2023

Hari terakhir Ketua Pustakawan UiTM ke-7 Bertugas Rasmi

31 Mac 2023, Jumaat adalah hari terakhir Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman hadir bertugas dan akan mula bercuti rehat pada 1 April 2023 sehingga tibanya tarikh persaraan beliau pada 15 Mei 2023.

Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan akan menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan UiTM bermula 3 April 2023 sehingga ketetapan baharu kelak.

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti Encik Jamalludin Hj. Sulaiman selama 37 tahun, seluruh warga kerja PTAR Shah Alam telah beramai-ramai berkumpul di ruang masuk pejabat PTAR bagi menyaksikan perjalanan pulang beliau.

Walaupun hilang daripada pandangan mata, namun seluruh warga kerja PTAR senantiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Ketua Pustakawan UiTM ketujuh ini.










Tuan Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan (dua dari kanan) menyerahkan bunga kepada Encik Jamalludin Hj. Sulaiman. 


Share:

Sinergi BTU dan PTAR menerusi program "Strategy Dialogue Series 1"

 

Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berkolaborasi dalam satu program Live@PTAR menerusi siri program Strategy Dialogue Series (SDS) berikut:

    Tajuk      : Strategies Towards Globally Renowned University in Research & Innovation
    Tarikh     : 31 Mac 2023 (Jumaat)
    Masa      : 9:00 pagi - 11.00 pagi
    Platform : Saluran Youtube Rasmi Perpustakaan UiTM 

SDS siri 1 yang julung kalinya bersiaran ini menampilkan moderator dan panel berikut:

Moderator : 
Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad 

Penolong Naib Canselor (Strategi)

Panel 1 : 
Prof. Ts. Dr. Norazah Abd. Rahman 
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Panel 2 : 
Prof. Engr. Ts. Dr. Mohamad Rusop Mahmood
Pengarah Institut Sains

Panel 3 :
Prof. Dr. Ir. M.F.W.H.A. Marijn Janssen
Head of the Engineering Systems and Services (ESS), Delft University of Technology

Siaran SDS siri 1 ini membincangkan mengenai strategi untuk meningkatkan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga UiTM seiring dengan halatuju strategik UiTM tahun 2023 iaitu Kebolehpasaran Global (Globally Marketable). 

Sejumlah seribu tontonan telah direkodkan sehingga artikel ini ditulis. 






Share:

Thursday, 30 March 2023

Lawatan Audit Pematuhan Status Swaakreditasi UiTM


Shah Alam, 15 Mac 2023 - Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman beserta pengurusan eksekutif Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan kumpulan auditor luar seramai tujuh orang seperti berikut: 

  1. Profesor Dr. Azlinda Azman   - Universiti Sains Malaysia
  2. Profesor Dr. Shahrin Mohamad  - Universiti Teknologi Malaysia     
  3. Profesor Dr. Alan Ong Han Kiat - Universiti Tunku Abdul Rahman    
  4. Profesor Madya Dr. Firuza Begham Haji Mustafa - Universiti Malaya    
  5. Profesor Madya Dr. Che Aniza Che Wel - Universiti Kebangsaan Malaysia 
  6. Farrah Wahida Mohd Aris - Sekretariat MQA
  7. Adibah Mat Russ - Sekretariat MQA                                                                                       

Kunjungan ini adalah bersempena Lawatan Audit Pematuhan Status Swaakreditasi UiTM yang berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2023. 

Sebagai jabatan yang menyokong kepada pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. kunjungan ini amat penting buat PTAR kerana para auditor akan menilai mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR buat penuntut, pensyarah dan penyelidik UiTM. 

Turut hadir ialah kumpulan staf Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) seramai lima orang seperti berikut: 

  1. Prof. Madya Dr. Kamarulariffin Abd Jalil. 
  2. Ts. Dr. Razulaimi Razali. 
  3. ChM. Dr. Shahrul Nizam Ahmad. 
  4. Ts. Linda Abd Hamid 
  5. Dr. Shatina Saad
Ketua Pustakawan telah mengetuai pertemuan ini bersama-sama enam orang staf PTAR berikut: 

  1. Ts Hj Azizi bin Jantan
  2. Ahmad Amiri bin Mohamad
  3. Hani Liza binti Norfin
  4. Aznur Umiza binti Abu Kassim
  5. Shahidatul Akhmam binti Rambeli
  6. Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak






Share:

JPE PTAR Meraikan Sempena Persaraan Ketua Pustakawan UiTM En. Jamalludin bin Hj Sulaiman

Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Perpustakaan UiTM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pustakawan UiTM En Jamalludin bin Hj Sulaiman yang akan mula bercuti pada 1 April 2023. Beliau akan bersara wajib bermula 15 Mei 2023.

En Jamalludin Hj Sulaiman pada hari ini telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif buat kali terakhir dan menitipkan pesanan agar kepimpinan sedia ada ini dapat menggalas tanggungjawab dengan lebih cemerlang. Beliau juga berharap, kepimpinan sedia ada ini sentiasa bersedia dengan cabaran masa depan dan sentiasa bijak meletakkan peranan PTAR sebagai nadi dalam Universiti.


Semoga En. Jamalludin bin Hj Sulaiman diberikan kesihatan dan keceriaan. 


Mesyuarat juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada En Norhazlan, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang dinaikkan pangkat dan menjadi Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka bermula 3 April 2023.





Share:

Wednesday, 29 March 2023

Kunjungan Hormat PTAR ke Atas Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Sumber foto: Facebook Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Shah Alam, 28 Mac 2023 - Bahagian Korporat & Kolaborasi (BKK), PTAR telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Selangor Puan Normaizatulakmal Tujad bagi menyatakan hasrat jalinan kerjasama antara kedua-dua organisasi. 

Pertemuan yang berlangsung di bilik Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor ini telah berlangsung selama dua jam dan dihadiri seramai sembilan orang staf. 

Pertemuan yang mesra ini telah membincangkan program atau aktiviti secara kolaboratif antaranya program kemerdekaan, program MADANI dan isu semasa yang dekat dengan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti isu dadah dan penipuan dalam talian (scammer). 

Kunjungan hormat PTAR ini telah diketuai oleh Ketua BKK Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Puan Zuhaslinda Sulaiman, Puan Asmah Sabtu, Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad dan Encik Muhammad Fikree Rahmat. 

Selain Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Selangor diwakili oleh Penolong Pengarah Encik Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif dan Encik Nasrudin Wahid serta Penolong Pegawai Penerangan Puan Norshazila Ahmad. 

Puan Normaizatulakmal Tujad (kiri) dan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli

Wakil Jabatan Penerangan Negeri Selangor: Dua dari kanan; Puan Norshazila Ahmad, Encik Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif dan Encik Nasrudin Wahid. 

Suasana perbincangan bilik Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor



Share:

Labels

Total Pageviews