• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 2 February 2023

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 & 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 (𝐏𝐓𝐀𝐑) 𝐔i𝐓𝐌 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦





 

𝟐.𝟐.𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦 - Pejabat PERKESO Negeri Selangor telah mengadakan perbincangan serta lawatan tapak bagi program karnival kerjaya.

Kesinambungan kunjungan hormat dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UITM bersama PERKESO Negeri Selangor, Pejabat PERKESO Negeri Selangor dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UITM bakal mengadakan karnival kerjaya pada Februari ini.

Sesi perbincangan pada hari ini membincangkan hala tuju PERKESO dalam memastikan program penempatan pekerjaan melalui Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan Negeri dapat membantu Orang Berinsurans dibawah Sistem Insurans Pekerjaan yang kehilangan pekerjaan dan juga Penganggur mendapatkan pekerjaan.

Peranan Perpustakaan sebelum ini yang merupakan tempat rujukan pelajar untuk mendapat maklumat telah diperkembangkan lagi dengan menjadikan perpustakaan sebagai Pusat Sumber untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Ini merupakan salah satu bentuk jajaran baru dari pihak PTAR bagi memastikan kepelbagaian fungsi perpustakaan kepada pelajar UITM dan juga orang awam.

Sesi perbincangan pada hari ini telah dihadiri oleh YBrs Tuan Hj Azizi bin Hj Jantan Ketua Timbalan Pustakawan, Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Zuhaslinda binti Sulaiman Pustakawan Kanan, Encik Khairul Idzwan bin Mohd Saad Pembantu Pustakawan Tertinggi.

Barisan dari Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Selangor YBrs Mohammed Syaddad Bin Marop Ketua Negeri Perkhidmatan Pekerjaan, Khairina Fatin Shahirah Binti Khairuddin Pengurus Kes, Muhammad Iqbal Bin. Mohd Yusop Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Syaznida Binti. Othman Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan En Mohd Sazuan bin Abdul Hadi Pegawai Strategik Korporat PERKESO Negeri Selangor.

Semoga dengan usaha kerjasama ini dapat mempelbagaikan lagi ruang dan peluang kepada semua pencari kerja untuk mendapat pekerjaan seterusnya menjadikan Perpustakaan ini sebagai salah satu Pusat Satelite MyFutureJobs.

Share:

Wednesday, 1 February 2023

Penerimaan Buku Sumbangan Perpustakaan UiTM kepada Perpustakaan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI)

 




Perpustakaan UiTM telah menyumbang sebanyak 68 judul buku kepada Perpustakaan UPI. Ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan berdasar kepada Memorandum Kerjasama (MOC) antara Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dengan Perpustakaan Universiti Pendidikan Indonesia pada 11 Disember 2022.

Pihak Perpustakaan UPI juga telah mengkatalog bahan tersebut di dalam sistem OPAC untuk proses pinjaman.Buku UiTM di dalam OPAC UPI




Share:

Wednesday, 25 January 2023

MESYUARAT SEMAKAN DATA STRATEGIK UNIVERSITI

Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dengan kerjasama Jawatankuasa Ranking Universiti ke arah mendokumentasi dan membangunkan data architecture UiTM secara keseluruhan. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyemak data strategik di setiap domain utama pusat tanggungjawab (PTJ) universiti selaku pemegang data-data strategik universiti.


Tarikh             :  25 Januari 2023 (Rabu)

Masa               :  8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat           :  Dewan Melati Perak, Kolej Melati



Share:

Friday, 20 January 2023

Bengkel Persediaan ABM 2024 Perjawatan Perpustakaan UiTM

 Bengkel persediaan perjawatan bagi ABM 2024 telah dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Pn Norazwani Mohamad Timbalan Ketua Pustakawan. Kehadiran ini penting untuk memastikan dokumen permohonan Perpustaaan UiTM adalah lengkap dan tepat.

Semoga Perpustakaan UiTM akan lebih kukuh pengorganisasian dan penstrukturan di masa hadapan.



Share:

Wednesday, 18 January 2023

Perbincangan Program MyFutureJob UiTM

Perbincangan bersama pihak Perkeso En Mohd Sazuan Abdul Hadi Pegawai Khas Pengarah Perkeso Negeri Selangor untuk membantu pelajar UiTM mendapatkan maklumat pekerjaan. Ini selari dengan keperluan kebolehpasaran pekerjaan oleh graduan UiTM. Perpustakaan bukan sahaja menjadi gedung ilmu tetapi menjadi hub rujukan maklumat yang memberikan perhidmatan pelbagai secara fizikal. 




Share:

Monday, 16 January 2023

Mesyuarat Pengurusan Dalaman Perpustakaan (JPD)

 Mesyuarat JPD Bil.1 Tahun 2023 telah diadakan pada 16 Januari 2023 (Isnin) bertempat di Bilik Seminar PTAR. Tumpuan agenda adalah berkisar kepada perancangan oleh setiap jabatan bagi memastikan pegawai dapat memahami perkara yang bakal berlaku tahun 2023. 

Share:

Friday, 13 January 2023

Research Talk@IOS

Program Research Talk@IOS tahun 2023 telah bermula bagi siri 1 yang diadakan pada 13 Januari 2023. Program ini merupakan hasil kerjasama antara PTAR dengan IOS. Lebih bermakna apabila PTJ IOS merupakan PTJ pertama yang menggunakan ruang baharu yang dikenali sebagai Ruang Media. 

Sebelum ini, Ruang Media ini merupakan sebuah simpanan stor barang-barang dan telah berjaya di beri fungsi baharu hasil kerjasama staf yang terlibat.

Disertakan pautan program di channel Youtube : 

https://www.youtube.com/watch?v=hgbPMN2qELo



Ruang Media Perpustakaan Tun Abdul Razak



Share:

Labels

Total Pageviews