• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Monday, 17 March 2025

Perbincangan bersama Unit Korporat ACIS

Isnin
17 Mac 2025 
16 Ø±Ù…ضان 1446

Satu perbincangan telah diadakan antara Unit Korporat Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) bersama wakil Perpustakaan Tun Abdul Razak iaitu Encik Mohd Izwan Salim dan Puan SIti Salwa A. Rahman. 

Perbincangan selama hampir 2 jam bermula jam 10:00 pagi di Bilik Smart Classroom menfokuskan mengenai pengurusan maklumat antaranya penerbitan Minda ACIS bagi memudahkan aksesibiliti maklumat pada bila-bila masa. 

Unit Korporat ACIS diwakili oleh: 

  1. Nur Hidayah Zainal (Penyelaras korporat ACIS)
  2. Ustaz Ikmal Hafiz Jamal
  3. Dr Mohd Norazri Mohamad Zaini
  4. Dr Fatin Nabilah Abdul Wahid
  5. Dr Muhammad Remy Othman






Share:

Friday, 14 March 2025

Tahniah Jabatan Perpustakaan! Tempat Kedua AKPU 2024

Jumaat
14 Mac 2025 
13 Ø±Ù…ضان 1446

Jabatan Perpustakaan telah melakar satu lagi detik kejayaan apabila berjaya menduduki tempat kedua Transformasi Digital di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Prestasi Universiti (AKPU) yang berlangung di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan. 

Anugerah berupa sijil penghargaan telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Profesor Dr Haji Mohd Sazili Shahibi kepada Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan pada lewat petang Jumaat 14 Mac 2025 bersamaan 13 Ramadan 1446. 

AKPU merupakan suatu pengiktirafan yang diberikan oleh universiti ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM yang telah berjaya merealisasikan pencapaian cemerlang di dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) universiti sepanjang tahun 2024. Terdapat 3 PI yang diletakkan di bawah Jabatan Perpustakaan iaitu PI058 (Institutional H-Index), PI102 (Visibility of UiTM Publication) dan PI103 (Top Cited research Papers). 

Ini kali pertama Jabatan Perpustakaan merangkul AKPU yang pertama kali diperkenal pada tahun 2023. 



Share:

Monday, 3 March 2025

Pembentangan Laporan Pencapaian PS Suku Ke-4 Tahun 2024

Isnin
3 Mac 2025 
رمضان 1446

Sejumlah 6 petunjuk prestasi utama (KPI) dan 6 petunjuk prestasi (PI) Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mencapai sasaran 100% manakala selebihnya mencapai antara 57%-86% sebagaimana dibentangkan oleh Puan Nor Azwani Mohamad, Ketua Unit dasar dan Perancangan Strategik pada pagi Isnin jam 9:00 pagi. 

Laporan pencapaian Perancangan Strategik (PS) sukuan keempat telah dibentangkan dihadapan Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan turut diikuti oleh seramai 400 orang staf perpustakaan menerusi medium Google Meet. 

Skop laporan meliputi keseluruhan Petunjuk Prestasi Utama Perpustakaan iaitu 7 KPI dan 13 PI meliputi keseluruhan 40 lokasi perpustakaan UiTM. 

Sejurus sesi pembentangan laporan PS dan ulasan Ketua Pustakawan berakhir tepat jam 10:45 pagi, sesi bersama Pengarah Bahagian/ Peneraju Inisiatif  mengambil tempat membentangkan strategi inisiatif untuk tahun 2025. Seramai 4 orang Pengarah dan 2 orang Ketua Unit telah terlibat membentangkan strategi inisiatif yang akan melonjakkan pencapaian KPI dan PI. 

Dalam ulasannya, Ketua Pustakawan menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Perpustakaan UiTM atas pencapaian yang membanggakan ini. Disamping itu, beliau menuntut komitmen seluruh warga Perpustakaan UiTM agar memberi fokus terhadap agenda pembudayaan ilmu khususnya budaya membaca yang seharusnya menjadi identiti warga Perpustakaan UiTM. Beliau turut mengajak warga Perpustakaan UiTM menghayati beberapa karya tentang keilmuan seperti Budaya Ilmu oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun oleh Syed Hussein al-Attas dan Menghayati Budaya Ilmu oleh Zaini Ujang. 

Pembentangan berakhir jam 2:00 petang. 





Share:

Labels

Total Pageviews