• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday, 19 October 2022

Kolaborasi PTAR Bersama Pusat Sumber SK Sijangkang Jaya

Dari kanan: Guru Besar SK Sijangkang Jaya Puan Nor Hamizah binti Abdul Hamid, Puan Asmah, Nur Syarah Inyirah, Ummu Humairah, Puan Siti Salwa, Puan Zuhaslinda dan Guru Pusat Sumber Puan Norhafizhah binti Hamzah 

Kolaborasi antara PTAR bersama Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya diperkasakan menerusi sumbangan bahan bacaan berjumlah 584 naskhah buku. Sumbangan ini dilakukan oleh PTAR hasil kolaborasi berterusan bermula lawatan tapak pada bulan Januari dan penyerahan peralatan Pusat Sumber pada bulan Julai, tahun 2022. 

PTAR diwakili oleh Puan Zuhaslinda binti Sulaiman, Puan Siti Salwa binti A. Rahman, Puan Asmah binti Sabtu, Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad dan Encik Muhammad Hazhar bin Abd Aziz. 

Ketibaan wakil PTAR seramai lima (5) orang telah disambut oleh guru Pusat Sumber, Puan Norhafizhah binti Hamzah, dengan amat mesra sekali. Setelah membawa naik kotak-kotak buku ke lokasi Pusat Sumber di aras 4, majlis penyerahan sumbangan ini telah dimulai dengan persembahan pengenalan Pusat Sumber SK Sijangkang Jaya tepat jam 10:30 pagi. Seramai tiga orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah; Nur Irdina Hasya binti mohd Azlan, Nur Syarah Insyirah binti Amiruddin dan Ummu Humairah binti Nurul Khatimi, telah secara bergilir-gilir mempersembahkan kemudahan, koleksi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber SK Sijangkang Jaya. 

Persembahan pengenalan oleh pelajar tahun lima ini diteruskan dengan wakil PTAR dibawa melawat ke ruang Studio dan ruang Tayangan. Tiga orang wakil PTAR telah terpilih secara bergilir-gilir, ditemubual oleh Pengawas Pusat Sumber tersebut. Sesi temubual telah diadakan di Studio dan dipancarkan secara langsung di ruang Tayangan yang turut disertai oleh Guru Besar SK Sijangkang Jaya, Puan Nor Hamizah binti Abdul Hamid. Rakaman temubual ini boleh dilayari di pautan berikut:

1. Sesi Wawancara 1 Bersama Puan Siti Salwa

2. Sesi Wawancara 2 Bersama Puan Zuhaslinda

3. Sesi Wawancara 3 Bersama Encik Khairul Idzwan 

Selesai sesi temubual, majlis diteruskan di ruang Pusat Sumber apabila Guru Pusat Sumber telah  mengundang Guru Besar SK Sijangkang Jaya menyampaikan ucapan penghargaan sekolah terhadap PTAR. Dalam ucapannya, Puan Nor Hamizah merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan buku yang akan dimanfaatkan oleh kira-kira 800 orang pelajar SK Sijangkang Jaya. Beliau turut berharap agar kolaborasi ini diteruskan pada masa hadapan terutama perkongsian kepakaran pengurusan perpustakaan daripada PTAR. 

Majlis penyerahan sumbangan ini diakhiri dengan penyerahan surat sumbangan oleh PTAR yang diserahkan oleh Puan Siti Salwa binti Ab Rahman  kepada Puan Nor Hamizah. Majlis telah berakhir kira-kira jam 12:00 tengahari.

Dari kanan: Puan Asmah, Nur Syarah Inyirah, Ummu Humairah, Nur Irdina Hasya, Puan Zuhaslinda dan Puan Siti Salwa (belakang) 

                        Puan Siti Salwa ditemubual oleh Pengawas Pusat Sumber, Nur Irdina Hasya

                     Pengawas Pusat Sumber Sekolah memberi penerangan tentang ruang Tayangan 

Puan Siti Salwa (kanan) menyerahkan surat sumbangan buku  kepada Guru Besar SK Sijangkang Jaya

Guru Besar SK Sijangkang Jaya (kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada Puan Siti Salwa



 


Share:

Friday, 14 October 2022

Selamat Ulang Tahun Kelahiran YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.




"Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat
YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM"

Sempena ulang tahun kelahiran Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor pada 12 Oktober 2022, Ketua Pustakawan UiTM, Tuan Jamalludin bin Hj. Sulaiman dengan diiringi Ketua Jabatan Pengurusan Perpustakaan, Tuan Ts. Haji Azizi bin Jantan dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad, Bahagian Korporat dan Kolaborasi, telah menyampaikan kad ucapan dan bingkai gambar kain Pua tenunan tangan sebagai tanda kenangan daripada seluruh warga perpustakaan UiTM.

Upacara penyerahan ini telah berlangsung pada pagi 14 Oktober 2022 hari Jumaat di Pejabat Naib Canselor, UiTM.

Seluruh warga perpustakaan UiTM mendoakan semoga diberkati usia dan sentiasa mendapat kerahmatan Allah SWT.
Share:

Monday, 3 October 2022

BENGKEL SPEED READING FOR SPEEDY LITERATURE REVIEW

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam menganjurkan Bengkel Speed Reading for Speedy Literature Review pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 03 hingga 04 Oktober 2022

Masa : 08.00 pagi – 05.00 petang

Tempat : Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam


Objektif penganjuran latihan adalah untuk:

  • Melahirkan Subject Matter Experts (SME) di dalam Speed Reading.
  • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari dan menguasai teknik bacaan pantas.
  • Melatih peserta untuk meningkatkan keyakinan diri dengan kompetensi ini untuk menyampaikan kemahiran bacaan pantas kepada warga UiTM.


Share:

Labels

Total Pageviews